Anda di halaman 1dari 2

Perindustrian

Pertama sekali, sektor perindustrian dapat meningkatkan pendapatan negara. Hal ini demikian
kerana aliran wang masuk ke dalam negara dapat ditingkatkan apabila negara mengeksport
barangan perindustrian ke luar negara. Barangan industri juga boleh dijual dengan harga yang jauh
lebih tinggi berbanding dengan barangan sektor lain.Pada masa yang sama, pendapatan kerajaan
turut meningkat apabila lebih ramai pengusaha bidang perindustrian membayar cukai. Maka, secara
tidak langsung, ekonomi negara menyumbang kepada pendapatan negara.

Selain itu, sektor perindustrian turut mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Peluang pekerjaan semakin bertambah apabila lebih banyak bidang perindustrian diterokai di negara
kita. Apabila peluang pekerjaan meningkat,maka pendapatan mereka meningkat.Hal ini turut
meningkat kuasa beli masyarakat dan pendapatan negara turut meningkat. Kerajaan mampu
membina pelbagai infrastruktur yang sempurna untuk memaksimumkan kebajikan masyarakt.Hal ini
jelas menunjukkan bahawa taraf hidup rakyat boleh ditingkatkan

Seterusnya, kemajuan sektor perindustrian turut mampu meningkatkan imej negara kita di seluruh
dunia. Kemajuan dalam sesebuah bidang perindustrian membolehkan kita bersaing dengan negara-
negara di seluruh dunia. Lebih menggembirakan lagi apabila budaya negara kita dapat diperkenalkan
kepada masyarakat di luar negara melalui bidang perindustrian. Pelabur asing akan meningkat
yakinan kepada negara kita.Bidang perindustrian tempatan dan imej negara dapat ditingkatkan pada
masa yang sama. Maka, situasi ini pasti menjadikan negara kita lebih terkenal pada pandangan mata
masyarakat dunia

Sektor perindustrian merujuk kepada sektor kilang yang menghasilkan pelbagai produk yang
berguna buat manusia seperti penghasilan kereta dan makanan. Impak yang paling ketara yang
ditimbulkan oleh sektor perindustrian ialah kemusnahan kawasan hutan negara kita yang terkenal
dengan flora dan fauna yang tersendiri. Hal ini telah memusnahkan habitat hidupan liar negara yang
suatu masa dahulu menjadi kebanggan negara kita pula seperti harimau dan gajah serta badak
sumbu Sumatera. Oleh itu, kewujudan sektor perindustrian telah membawa kemusnahan kawasan
hutan negara yang luas dan sukar untuk dipulihkan semula.

Kadar pencemaran alam turut meningkat kerana sektor perindustrian dikatakan sering menghasilkan
sisa-sisa toksik yang tidak dibuang secara sistematik atau dengan baik.Kebanyakan bahan buangan
sektor ini dialirkan begitu sahaja tanpa dilakukan sebarang rawatan yang sesuai untuk memastikan
sungai dan udara negara tidak tercemar.

Impak yang lain yang turut ditimbulkan oleh sektor ini ialah terpinggirnya sektor pertanian di negara
ini. Dahulu sebelum pengenalan sektor perindustrian, kebanyakan penduduk negara ini terlibat
dalam sektor pertanian dengan begitu meluas. Kini, sektor pertanian semakin terpinggir kerana
kadar upah dan cara kehidupan di ladang yang dikatakan tidak lagi menepati kehendak zaman dan
terpaksa menggunakan pekerja asing untuk bekerja di sektor peladangan. Maka, sektor
perindustrian turut memusnahkan sektor pertanian negara yang dahulunya menjadi kebanggaan kita
semua.
Langkah pertama ialah dengan mempergiatkan usaha menarik lebih ramai pelabur asing untuk
datang melabur di negara kita. Justeru, kedudukan Malaysia yang strategik perlu digunakan oleh
kerajaan untuk menarik pelabur asing yang baru. Kerajaan boleh memperkenalkan beberapa insentif
kepada pelabur asing untuk memikat mereka agar membuka kilang-kilang pembuatan di Malaysia.
Antara insentif yang boleh diperkenalkan ialah memberikan taraf perintis dan mengurangkan cukai
keuntungan syarikat oleh pihak kerajaan.

Di samping itu, pihak kerajaan juga mesti menambahkan kemudahan pengangkutan yang terdapat
dalam negara bagi urusan eksport dan import barangan. Walaupun negara sudah memiliki
kemudahan pengangkutan awam yang baik tetapi kemudahan pengangkutan awam ini perlu
dipertingkatkan lagi. Antara kemudahan pengangkutan awam tersebut ialah kemudahan pelabuhan
dan kemudahan lapangan terbang. Di samping itu, kerajaan juga perlu memudahkan proses
mengeksport barangan agar syarikat yang terlibat tidak menghadapi masalah dan lebih mudah.

Langkah lain ialah pihak kerajaan perlu menyediakan tenaga pekerja yang mencukupi. Kerajaan perlu
mendirikan banyak pusat pendidikan yang dapat mengeluarkan tenaga pekerja mahir atau tidak
mahir. Tindakan kerajaan membuka pusat latihan komuniti adalah langkah yang baik dalam
membekalkan tenaga kerja yang diperlukan oleh kilang-kilang. Daya pengeluaran akan meningkat
dan dapat meningkatkan kedudukan negara kita secara tidak langsung.

Sumber ekonomi negara masih bergantung pada sektor pertanian maka turun naik harga barang-
barang pertanian kerap kali menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Malaysia juga menghadapi
tekanan yang hebat akibat persaingan daripada negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian.

Malaysia merupakan pengeluar baru dalam industri pembuatan, pasaran bagi hasil keluaran industri
Malaysia oleh negara-negara lain di dunia secara umumnya masih terhad dan terlalu kecil. Akibat
kenaikan sumber utama pengeluaran ini, banyak kilang dan syarikat besar di Malaysia menghadapi
masalah dan kesannya banyak daripada syarikat ini yang terpaksa gulung tikar.

Anda mungkin juga menyukai