Anda di halaman 1dari 9

SEKTOR PERTANIAN merupakan salah satu

daripada cabang ekonomi yang penting di negara


kita selain daripada Sektor Industri, Sektor
Perkhidmatan dan sebagainya. Kehebatan
sesebuah negara apabila mempunyai bekalan
makanan mencukupi untuk kegunaan domestik dan
mampu menghasilkan makanan untuk eksport.
Sektor Pertanian negara melalui astu transformasi
yang hebat semenjak sebelum merdeka sehingga
kini melibatkan penggunaan teknologi dan amalan
agronomi yang lebih canggih untuk penghasilan
bahan makanan yang banyak, berkualiti dan paling
penting mempunyai keselamatan makanan
terjamin. Kalau dahulu amalan pertanian hanya
untuk kecukupan sendiri (self sufficiency) bagi
keluarga tetapi kini pertanian beralim kepada
penghasilan komersil untuk dijual sebagai punca
pendapatan kerana kini 'pertanian adalah suatu
perniagaan'. Bidangusaha dalam sektor tanaman,
ternakan, ternakair, industri asas tani dan
perkhidmatan pertanian kini dojalankan secara
komersil dan berpandukan kepada skala komersil
serta penggunaan teknologi moden. Foto diatas
adalah salah satu teknologi penanaman secara
fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH)
yang mampu menghasilkan sayuran dan buah-
buahan lebih berkualiti dan produktiviti tinggi.
Pastinya sektor pertanian mempunyai cabaran
berterusan walau pun ia mesti diperkukuhkan dari
semasa kesemasa. Sektor pertanian perlu terus
berkembang walau pun kekangan kos pengeluaran,
kekurangan tenaga kerja ladang, serangan perosak
dan penyakit serta harga pasaran yang tidak
menentu. Ramai kalangan pengusaha pertanian
kini terdiri daripada golongan tua mula berubah
kepada mereka yang masih muda dan
berkemampuan. Artikel malam ini saya terus
menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai
beberapa cabaran dalam sektor pertanian untuk
dikongsi bersama dengan pembaca semua.

Salah satu cabaran dalam sektor pertanian


dinegara ini adalah tahap penggunaan jentera
moden dalam mentransformasikan sektor
pertanian. Dalam sektor tanaman padi kini
penggunaan jentera banyak membantu pesawah
daripada aktiviti penyediaan tanah sehingga jentuai
untuk menuai padi. Sektor perikanan juga
mengalami modenisasi jentera dan automasi dalam
penternakan ikan dan tangkapan ikan dilaut.
Sejarah menunjukkan dimana Malaysia bermula
dengan sebuah negara pertanian dengan tumpuan
kepada tanaman komoditi seperti sawit, getah dan
kelapa. Sejarah negara memang jelas bergantung
sektor tanaman komoditi yang kini dikenali sebagai
pertanian industri yang masih dikendalikan bawah
Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi (KPPK). Malaysia dikenali antara
pengeluar terbesar komoditi tersebut sejak dahulu
hingga sekarang dan tidak ada masalah timbul
mengenainya dari segi teknologi dan ekonomi
pengeluarannya. Penanaman kelapa sawit masih
menjadi tulangbelakang ekonomi pertanian negara
dengan keluasan tanaman sawit  mencecah seluas
4,691,160 hektar pada tahun 2009. Keluasan
tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 1975
hanya cuma 642,00 hektar sahaja. Pada masa ini
didapati Negeri Sabah merupakan kawasan utama
tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau
29.7%) diikuti oleh Sarawak (0.840 juta hektar atau
16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau pun
15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman
kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma
14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan
tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit
ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara
20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA -
675,167 ha, RISDA- 80,262 ha dan FELCRA -
160,832 ha) sementara seluas 321,947 ha (7,1%)
oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas
540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.

Dalam pada itu bagi sektor tanaman makanan yang


menjadi tanggungjawab Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, banyak perkara perlu dilihat dan
diberikan perhatian serius kerana terdapat banyak
kekangan dalam pengeluarannya. Antara beberapa
isu adalah bagaimana cara untuk meningkatkan
pengeluaran bagi semua subsektor yang
melibatkan tanaman dan ternakan. Antara cabaran
seperti tahap pengeluaran yang tidak cukup tidak
dapat memenuhi permintaan yang lebih tinggi bagi
menampung kekurangan tersebut, oleh itu kerajaan
terpaksa mengimport bahan makanan. Laporan
Agromakanan MoA mendapati pada 2015 misalnya
jumlah import makanan mencecah kepada RM43
bilion dengan defisit atau kekurangan dalam
dagangan (BOT) sebanyak RM18 bilion.
Bagi sumber iaitu makanan dilaporkan hanya
produk ayam dan telur yang mampu dikeluarkan
melebihi permintaan atau melepasi kadar 100
peratus tahap sara diri (SSL) sedangkan padi
hanya 72 peratus SSL dapat dapat dipenuhi.
Terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan
Malaysia berdepan cabaran bagi meningkatkan
pengeluaran makanan menerusi pertanian.
Kenyataan dari Ketua Kluster Pertanian dan
Makanan Majlis Profesor Negara (MPN) iaitu Prof
Dr. Ghizan Saleh berkata bahawa di antara faktor
tersebut adalah faktor biologi, faktor fizikal dan alam
sekitar. Dakwanya faktor biologi merangkumi varieti
atau baka iaitu Malaysia masih kekurangan varieti
tanaman dan baka ternakan tempatan yang unggul.
Malaysia juga masih banyak mengimport varieti dan
baka ini dari luar. Antara faktor fizikal yang didakwa
mempengaruhi adalah keadaan jenis tanah di
negara ini yang kebanyakannya berasid dimana
perkara ini umumnya memerlukan kerja-kerja
pengapuran untuk merawatnya sebelum dapat
dimanfaatkan untuk tujuan penanaman.
Kos pengeluaran makanan di negara kita berkait
dengan harga bahan input dan kos tenaga buruh
upahan. Perkara ini telah menambahkan kos
pengeluaran dan juga merosakkan struktur dan
juga komposisi tanah. Keadaan alam sekitar yang
sentiasa berubah dan tidak menentu juga banyak
mempengaruhi kestabilan pengeluaran bahan
pertanian. Ketika ini penulis blog dapati ada kira-
kira 7.6 juta hektar tanahyang sesuai untuk
pertanian tetapi 70 peratus daripadanya merupakan
tanah berasid. Faktor tanah terbiar juga amat
penting dimana dilaporkan oleh Jabatan Pertanian
terdapat sekitar 120,000 hektar (ha)tanah terbiar
dan angka ini meningkat setiap tahun kerana
masalah pemegangan tanah yang tidak tukar nama
daripada tanah pusaka atau tidak ada kesepakatan
dalam keluarga untuk melakukan pembahagian
tanah. Dalam pada itu penelitian penulis blog juga
mendapati dimana keperluan baja dan sistem
pengairan tanaman yang dipasang akan
mengakibatkan kos pengeluaran terus meningkat.
Antara faktor yang berkaitan dengan persekitaran
banyak memberi impak dan memberi kesan kepada
bidang pertanian di negara ini. Penulis dapati
isu perubahan suhu bumi yang meningkat sehingga
0.2 darjah Celsius dalam tempoh tiap 10 tahun juga
akan mengakibatkan dijangka suhu naik sebanyak
dua darjah Celsius pada tahun 2100. selanjutnya
isu kenaikan suhu ini akan menyebabkan
terjejasnya kehidupan tanaman dan ternakan yang
banyak bergantung pada suhu sebagai faktor
kehidupan. Masalah pemanasan global ini juga
akan menyebabkan kenaikan paras air laut dan
sungai melimpah menyebabkan kawasan pertanian
rosak akibat limpahan air masin. Masalah bencana
alam seperti kerosakan akibat banjir juga boleh
mencecah sehingga berbilion-bilion ringgit. Sebagai
contoh bencana banjir di Thailand pada tahun 2011
telah menyebabkan kerugian pertanian sebanyak
RM40 bilion manakala di Acheh, Sumatera semasa
kejadian tsunami pada 2004 menyebabkan
kerugian RM16 bilion kepada industri pertanian.

Penulis blog mendapati semasa bertugas di


Pahang mendapai kesan banjir pada 2014
memusnahkan banyak tanaman sayuran dan buah-
buahan dengan teruk. Kejadian kemarau panjang
selama 4.5 bulan yang berlaku di TKPM Lanchang,
Temerloh, Pahang pada 2016 menyebabkan hasil
tanaman berkurangan 70% dan ada pokok nangka
yang mati akibat kekeringan. Kemudian pada awal
tahun 2017 pula berlaku banjir beberapa kali di
kawasan TKPM ini yang juga menyebabkan
kerosakan tanaman. Daripada laporan
menunjukkan dimana sektor tanaman banyak
mengalami kemusnahan sehingga di negara
kadangkala mencecah sekitar RM50 juta
setahun. Masalah seterusnya adalah kekurangan
tenaga buruh menyebabkan industri pertanian
terpaksa bergantung kepada 80 peratus buruh
asing. Ketika ini sektor pertanian makanan
tempatan terlalu bercirikan buruh intensif
sedangkan rakyat tempatan lebih berminat kepada
pekerja di bawah pendingin hawa. Kini penulis
dapati faktor teknologi menjadi masalah yang tidak
kurang pentingnya dan menjadi ancaman dalam
usaha pemodenan pertanian. Walau pun teknologi
kita ada banyak tetapi banyak juga yang kurang
sesuai kerana kurang diadaptasikan aplikasinya.
Sebagai contoh teknologi rumah kaca di negara
Barat dimanfaatkan untuk mengelak cuaca sejuk
manakala suasana di negara kita berbeza dan
memerlukan rumah kaca tidak mengakibatkan suhu
yang terlalu panas di dalamnya. Penghasilan
teknologi untuk membantu memodenkan sektor
pertanian kurang berjaya kerana tidak sampai
kepada pengguna menerusi proses pemindahan
teknologi. Peranan ini wajar dimainkan oleh jabatan
dan kementerian tertentu yang terlibat.
Penulis blog dapati dimana faktor ekonomi juga
penting kerana ia berkait dengan cara memasarkan
hasil-hasil pertanian. Peranan FAMA didakwa perlu
berusaha lebih dalam mereka dapat memberikan
jaminan harga yang stabil kepada pengusaha
bertujuan bagi memastikan petani mempumyai
saluran pemasaran yang melindung mereka.
Berkemungkinan mungkin satu sistem insentif
harga seperti padi juga perlu diwujudkan untuk
tanaman-tanaman lain yang kritikal, seperti jagung
bijian untuk ternakan ayam dan beberapa sayuran
terpilih. Selain itu menyentuh mengenai isu
keselamatan makanan yang memerlukan kerajaan
memantapkan jaminan bekalan bagi mengelakkan
berlakunya krisis seperti yang pernah berlaku pada
2008. Stok penimbal makanan utama seperti beras
perlu dimantapkan, dan setakat ini untuk beras, ia
sudah meningkat dari 30 hari kepada 45 hari. Ini
bermakna, jika tidak ada pengeluaran atau import
beras, Malaysia boleh bertahan tanpa bekalan ini
selama tempoh tersebut. Adalah dicadangkan agar
sistem stok penimbal seumpama ini juga
diwujudkan untuk jagung bijian yang merupakan
makanan penting untuk ayam ternakan. Malaysia
juga berdepan dengan isu kenaikan harga makanan
terutama padi, gandum, jagung dan kacang soya.
Kini terdapat beberapa isu yang menghambat
sektor pertanian makanan iaitu kenaikan harga
seperti mana yang berlaku ketika krisis dahulu
(2007/2008) yang mencatatkan kenaikan antara
125 hingga 150 peratus. Kenaikan harga makanan
seperti jagung juga antara lain disebabkan oleh
polisi kerajaan negara luar yang menggunakan
bahan makanan seperti jagung diproses menjadi
bahan bakar bio (biofuel). Semuga tulisan ini
memberi info berguna kepada anda semua.
Wasallam!!!.

SEKTOR PERTANIAN...BANYAK CABARAN...


BENCANA ALAM... BANYAK KEROSAKKAN...
TEKNOLOGI MODEN... BELUM DIAMALKAN...
PERLU DIRANCANG... BEKALAN MAKANAN...

Anda mungkin juga menyukai