Anda di halaman 1dari 3

Ekspo Pertanian UPM kembali

ABD. Wahid Haron (tiga dari kiri) dan Pengurus Kanan Pengedaran Utusan Melayu (M) Berhad, Rosman Zulkifli (tiga dari
kanan) pada sidang akhbar di upm baru-baru ini.
BAGI pencinta tumbuh-tumbuhan, buah-buahan mahupun inovasi pertanian, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung
ke Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan pada 25 hingga 30 Oktober ini.

Program yang akan diadakan di Bukit Ekspo, Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menyediakan
150 gerai dan mengangkat tema 'Pertanian Bandaran Memupuk Kesejahteraan Rakyat' itu bermula dari pukul 10 pagi
hingga 10 malam.

Menurut Pengarah Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM, Prof. Dr. Abd. Wahid Haron, orang ramai terutamanya pencinta
industri pertanian diharap mengambil peluang tersebut untuk memeriahkan ekspo kali ke-37 ini kerana penganjurannya
berbeza berbanding pesta konvokesyen di universiti-universiti tempatan lain.

"Masyarakat akan mengetahui idea dan cara pertanian bandaran mudah dan ringkas melalui demonstrasi aktiviti bercucuk
tanam yang boleh dipraktikkan di persekitaran halaman rumah.

"Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan usahawan tani moden seperti mana saranan kerajaan sekali gus dapat
menjimatkan kos dan dalam masa yang sama mampu menambah pendapatan isi rumah," katanya ketika sidang media di
UPM Serdang baru-baru ini.

Jenama Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM menampilkan kelainan menerusi pelbagai pameran dan aktiviti
berteraskan pertanian termasuk jualan hasil tani yang tidak terdapat di universiti lain.

Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuklah pameran ternakan, lelongan kuda, jualan hasil pertanian termasuk anak
pokok buah-buahan seperti durian dan mangga serta hiasan. Turut diadakan pertandingan ikan laga, klinik pertanian dan
gubahan orkid.

Tambahnya, Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM kali ini akan dirasmikan pada 25 Oktober oleh Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menjelaskan lebih lanjut beliau memberitahu, pihaknya mensasarkan kehadiran kira-kira 70,000 pengunjung berdasarkan
tempoh enam hari program itu berlangsung.

Keyakinan jumlah tersebut berdasarkan tempoh acara yang bakal berlangsung berbanding lima hari pada ekspo sama
tahun lalu yang berjaya menarik seramai 50,000 pengunjung.
CARA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting ynag mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia
kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia,
sektor pertanian amat penting dan meyumbang lima peratus kapada pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu
meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara kita. Sektor pertanian di
Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk di Malaysia. Namun begitu kita masih
lagi mengimport tenaga asing dalam sektor perladangan dan di sektor lain. Ramai dalam kalangan masyarakat kita
masih tidak peduli tentang sektor pertanian ini, padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk di majukan.

Masalah sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Hal
ini demikian kerana ramai ramai golongan muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk
mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik
matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat untuk makan gaji. Namun demikian golongan ini
kurang meneroka untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari itu denagn sektor pertanian. Sebagai contoh, pelajar
yang mengambil jurusan sains boleh menggabungkan bidang sains dan pertanian untuk menghasilkan satu bidang
pertanian ynag lebih moden iaitu bioteknologi. Golongan ini jugaharus menyedari bahawa sekarang ini sektor pertanian di
dominasi oleh golongan tua dan ini menyebabkan produktiviti menjadi rendah. Dengan itu, golongan belia ynag
mempunyai banyak kudrat harus membantu membangunkan sektor ini.

Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan bantuan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian termasuk
perikanan dan ternakan. Kementerian ini juga memberi peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan dalam sektor
tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Mardi ditubuhkan dengan
matlamat memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di
Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan denagn memodenkan sektor pertanian
selain membantu meningkatkan pulangan petani. Selain Mardi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga
berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju
dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke
Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan.
Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantu
kementerian ini amat diperlukan.

Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan pertanian, baja organik
serta benih-benih ynag telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian,
Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman
Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor.
Lebih seratus jenis orkid di pamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang dilancarkan
iaitu Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantik dan mempunyai saiz bunga yang lebih besar serta mampu
bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar
negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. D samping itu, pameran ini dapat membantu hubungan dua
hala Malaysia dengan negara lain untuk mengembangkan bidang ynag berkaitan dengan pertanian seperti perikanan dan
ternakan. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebihlama ke pasaran
antarabangsa. Contohnya, buah pisang ialah buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan
menghasilkan makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama
tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para petani yang sedia ada dan yang bakal menceburi bidang ini seharusnya
mempunyai pengetahuan yang tinngi tentang strategi pemasaran ynag berkasan.

Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan
menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagai bioteknologi.bioteknologi menghasilkan
manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun
perosak dan racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan.
Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa
sawit sepsis Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu sepsis dura dan pisifera. Manakala
kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk. Kaedah ini sering digunakan di kawasan ladang kelapa
sawit bagi mengawal kerosakan buah oleh tikus. Mereka lazimnya menggunakan ular atau burung hantu untuk memakan
tikus tersebut. Kaedah ini merupakan kaedah ynag mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar kerana tidak
melibatkan bahan kimia dan hanya menggunakan sifat semula jadi haiwan ynag berkenaan. Dengan itu, penggunaan
teknologi moden amat diperlukan dalam dunia yang kian berkembang.

Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak bank pertanian khususnya boleh
memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Pinjaman yng dibuat dapat membantu
membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih bermutu .skim pinjaman yang
berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank untuk pekabun kecil. Sebagai contoh,
Agrobank telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industry kecil dan
sederhana IKS yang berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat megusahakan pertanian atau penternakansecara komersial dan saintifik
dan berupaya menjalankan iks.oleh itu, pihak bank amat membantu dalam mengubah hidup para petani kita.

Tuntasnya, kata orang tua-tua, genggam bara api biar sapai jadi arang.semua pihak yang terlibat perlu
menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. ibu bapa harus memainkan peranan untuk memberi pendedahan
tentang kelebihan bidang pertanian kepada anak –anak sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Ibu bapa juga boleh menyemai sikap cinta akan pertanian dalam diri anak-anak dengan membawa mereka
ke pameran pertanian seperti MAHA yang dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkan anak-anak dalam dunia
pertanian yang menguntungkan. Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita bahawa bidang pertanian ini amat
menguntungkan dan bukannya memenatkan sahaja..bak kata pujangga Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan,itik
di air mati kehausan. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak
diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai