Anda di halaman 1dari 2

Transformasi pertanian bandaran merupakan satu inisiatif UPM melestarikan pertanian bandaran bagi

menggalakkan komuniti bercucuk tanam dalam kawasan tanaman yang minimum meliputi kemahiran
dan inovasi yang dihasilkan bagi mengeluar sendiri bahan makanan yang segar, berkhasiat dan selamat.
Mengikut definisi UPM – Pertanian bandaran merupakan aktiviti penanaman dan pemeliharaan oleh
komuniti di dalam dan di sekitar bandar secara rekreasi dan santai untuk keperluan keluarga atau
tambahan pendapatan.Pertanian bandar adalah konsep penting yang membawa pelbagai manfaat alam
sekitar, ekonomi, dan sosial kepada masyarakat setempat.

Sektor pertanian sering dilihat sebagai satu aktiviti ekonomi yang boleh membawa banyak impak positif .
Sektor ini mampu menjana pendapatan yang besar petani. Iklim dan tanih yang sesuai mampu
memberikan pulangan yang lumayan. Hasil tani yang dituai oleh petani kecil boleh menjadi penyambung
rezeki. Bagi tanaman komersial pula, negara dapat menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
melalui pengeskportan tanaman seperti kelapa sawit dan lada hitam. Secara tidak langsung, pengaliran
wang dari luar negara dapat ditambahkan dan memanfaatkan ekonomi negara kita. Pendapatan yang
stabil dari bidang pertanian akan membantu negara kita menghadapi masalah kemelesetan ekonomi.

Satu lagi kepentingan Sektor Pertanian ialah untuk menjadi sekuriti bekalan makanan yang cukup kepada
negara kita. Malaysia merupakan antara negara yang menjadikan beras sebagai makanan utama
seharian. Negara kita memerlukan banyak belakan makanan kerana kadar pertumbuhan penduduk
negara kita yang semakin pesat. Pertanian bandar juga membantu mengurangkan kos pengangkutan
makanan dari kawasan luar bandar ke bandar.

Pihak bank pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek
pertanian mereka. Pinjaman yng dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga
manusia dan membeli benih yang lebih bermutu .skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu
disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank untuk pekabun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah
menawarkan modal usahawan kepada petani kita untuk mengusahakan industry kecil dan sederhana
yang berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat megusahakan pertanian atau penternakan secara
komersial dan saintifk. Oleh itu, pihak bank amat membantu dalam mengubah hidup para petani kita.
Kewujudan agensi-agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
sepatutnya menjadi penggerak kepada inisiatif untuk memajukan sektor pertanian.

Kita seharusnya merancang dan mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pertanian bandar. Ini termasuk
dalam bentuk taman komuniti, pertanian di bumbung bangunan, atau bahkan di dalam rumah
menggunakan teknik hidroponik atau akuaponik. Rancangan ini harus mempertimbangkan aspek seperti
akses cahaya matahari, ketersediaan air, dan ruang yang diperlukan untuk menanam tanaman.

Cara seterusnya adalah pemilihan jenis tanaman yang sesuai dengan persekitaran tempatan.
Penyelidikan tanaman yang tahan kekeringan atau sesuai dengan cuaca setempat adalah penting untuk
memastikan kesuksesan pertanian bandar. Teknik penanaman seperti hidroponik, akuaponik, atau
penanaman vertikal juga perlu dipilih berdasarkan keperluan dan kebolehannya untuk diaplikasikan
dalam persekitaran bandar.

Pertanian bandar melibatkan pelbagai teknik seperti penanaman dalam bangunan, hidroponik,
akuaponik, dan penanaman di atas bumbung. Pilih teknik yang paling sesuai untuk ruang dan sumber
daya yang anda miliki. Jika anda memilih hidroponik atau akuaponik, pastikan anda memahami cara
kerjanya dan menyediakan semua perlengkapan yang diperlukan.

Semua pihak hendaklah melihat kepentingannya dan memajukannyua. Kita harus berusaha bersama-
sama bak kata pepatah bagai aur dengan tebing supaya sektor ini mendapat perhatian dan pengiktirafan
yang sewajarnya daripada rakyat serta negara. Kerajaan yang sudah mula menyedari kepentingan
industri ini terus berusaha untuk menarik lebih banyak rakyat Malaysia turut menceburinya.

Anda mungkin juga menyukai