Anda di halaman 1dari 3

Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting yang mendapat tumpuan dalam

perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada
pendudu dunia. Di Malaysia , sektor pertanian amat penting dan menyumbang lima peratus kepada
pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak
langsung dapat membantu ekonomi negara kita. Sektor pertaninan di Malaysia berfungsi sebagai
pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk Malaysia. Namun begitu kita masih lagi
mengimport tenaga asing dalam sektor pertanian dan sektor lain. Ramai dalam kalangan masyarakat
kita masih tidak peduli tentang sektor pertanian ini , padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar
untuk dimajukan.Masalah sektor ini belum dapat dimajukan kerana negara kita kekurangan tenaga kerja
mahir dan separa mahir . Hal ini demikian kerana ramai golongan muda dan golongan mahasiswa dan
mahasiswi tidak minat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak
mahu bersusah payah di bawah panas teri matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri sendiri
serta berminat untuk makan gaji. Namun demikian golongan ini kurang meneroka untuk
mengaplikasikan apa yang mereka pelajari itu dengan sektor pertanian. Sebagai contoh, pelajar
mengambil jurusan sains boleh menggabungkan bidang sains dan pertanian untuk menghasilkan satu
bidang pertanian yag lebih moden iaitu berteknologi. Golongan ini juga harus neyedari bahawa sekarang
ini sektor pertanian di dominasi oleh golongan tua dan menyebabkan produktiviti menjadi
rendah.Dengan itu , golongan belia yang mempunyai banyak kudrat harus membantu membangunkan
sektor ini.Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan
bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas pertanian termasuk perikanan dan ternakan. Kementerian ini juga memberi peruntukan yang
besar untuk membuat penyelidikan dalam sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). MARDI ditubuhkan dengan matmalat memajukan dan
menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia.
Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan dengan memodenkan sektor
pertanian selain membantu meningkatkan pulangan petani. Selain MARDI , Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertaian khususnya kelapa sawit. MPOB
dipertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini
merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat . Hasil daripada
penyelidikan ini juga , penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan . Contohnya
penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit . Oleh itu,
bantuan kementerian ini amat diperlukan.

Seterusnya,strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan pertanian ,


baja organik serta benih- benih yang telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang bervariasi
contohnya orkid. Pameran Pertanian , Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006)
merupakan pameran pertanian itu termasuk dua spesies hybrid orkid baru yang dilancarkan iaitu
Dendrobium dan Ascorahnis. Spesies ini amat cantik dan mempunyai saiz bunga yang lebih besar serta
mampu bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanta pameran seperti ini Malaysia dapat menarik
perhatian sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. Disamping
itu, pameran ini dapat membantu hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain untuk
mengembangkan bidang yang berkaitan dengan pertanian seperti perikanan dan ternakan. Pertanian
hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebih lama ke pasaran atarabangsa.
Contohnya , buah pisang ialah buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan
menghasilkan makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai temph pasaran
yang lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para petani yang sedua ada dan yang bakan
menceburi bidang ini seharusya mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang strategi pemasaran yang
berkesan.

Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan
menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini ipanggil sebagai bioteknologi. Bioteknologi
menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran , peningkatan hasil pertanian ,
pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Pelbagai kaedg digunakan untuk
meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya , kaedah membiak bakaan yang
sering digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang berkualiti. Kelapa sawit spesies Tenera
dihasilkan melalui pembiak bakaan dua spesies kelapa sawit iaitu spesies Dura dan Pisifera. Manakala
kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk . kaedah ini sering digunakan di
kawasan ladang kelapa sawit bagi mengawal kerosakan buah oleh tikus. Mereka lazimnya menggunakan
ular atau burung hantu untuk memakan tikus tersebut. Kaedah ini merupakan kaedah yang mesra alam
dan tidak mencemarkan alam sekitar kerana tidak melibatkan bahan kimia dan hanya menggunakan sifat
semula jadi haiwan yang berkenaan. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam
dunia yang kian berkembang.

Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak bank pertanian
khusunya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka.
Pinjaman yang dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan
membeli benih yang lebih bermutu. Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh
bank, terytamanya Agrobank untuk pekebun kecil.Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan Modal
Usahawan 1 Malaysia kepada petani untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana IKS yng
berasaskan pertanian.Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Dengan
adanya skim mikro, pekebun kecil dapat mengusahakan pertanian atau penternakan secara komersial
dan saintifik. Oleh itu , pihak bank amat membantu dala mengubah hidup para petani kita.

Tuntasnya, kata orang tua-tua , genggam bara api biar sampai jadi arang. Semua pihak yang terlibat
perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. Ibu bapa harus memainkan peranan untuk
memberi pendedahan tentang kelebihan bidang pertanian kepada anak anak sejak mereka kecil lagi. Bak
kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga boleh menyemai sikap cinta akan
pertanian dalam diri anak anak dengan membawa mereka ke pameran pertanian yang mnguntungkan.
Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan
dan buknnya memenatkan sahaja. Bak kata pujangga Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan , itik
di air mati kehausan. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa apa bidang sekalipun
jika tidak diuahkan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan , kita tidak akan dapat mengubah hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai