Anda di halaman 1dari 11

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Faktor Penglibatan Belia Tani Siswazah Dalam Pertanian Komersial


Norhasni Zainal Abiddin Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia nonie@ace.upm.edu.my Abstrak

Bidang pertanian komersial sehingga ke hari ini masih ketandusan penglibatan golongan belia lepasan sekolah lebih-lebih lagi belia berpendidikan dan lepasan IPT. Keperluan guna tenaga mereka di bidang pertanian komersial amat diperlukan oleh kerajaan dalam usaha melonjakkan pembangunan sektor pertanian, memodenkan industri asas tani dan membangunkan guna tenaga mahir di bidang pertanian komersial. Persepsi negatif terhadap bidang pertanian, mentaliti makan gaji dengan sektor awam dan swasta juga ketiadaan galakan serta sokongan daripada keluarga dan masyarakat serta ketiadaan maklumat lengkap tentang prosedur dan tatacara yang boleh diikuti untuk menceburi bidang ini membantutkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian tambah lagi kesukaran mendapatkan bantuan teknikal dan kemudahan pembiayaan daripada agensi yang berkaitan. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor penglibatan golongan belia tani siswazah yang mengambil keputusan menceburi bidang pertanian komersial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana seramai lima orang responden telah ditemubual secara mendalam (in-depth interview) bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat tiga faktor penarik dan penolak yang telah dikenalpasti berkaitan dengan penglibatan belia sebagai usahawan tani iaitu: (1) Faktor keluarga; (2) Faktor kewangan; dan (3) Faktor kemudahan. Kesemua responden yang ditemubual mempunyai keyakinan yang positif akan potensi dan prospek dunia tani sebagai satu bidang komersial dan perniagaan yang menguntungkan. Oleh itu, kajian ini diharapkan akan memberikan gambaran yang jelas dan lengkap kepada pihak-pihak yang berkaitan khasnya kerajaan melalui kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk merangka program dan skim belia tani atau usahawan tani secara lebih berkesan dan menyeluruh; memantapkan strategi dan dasar untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang pertanian komersial; mengenalpasti bentuk latihan dan kemahiran tambahan serta bantuan sokongan yang diperlukan bagi tujuan penggalakan kepada golongan belia terutamanya siswazah menceburi bidang pertanian komersial. Kata kunci: belia; komersial; pertanian; siswazah; usahawan

1.

Pendahuluan

Kaji selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan daripada seramai 22,016 siswazah bekerja yang ditinjau, hanya 2.8% bekerja sendiri. Begitu juga, daripada kumpulan seramai 11,313 pemegang diploma, hanya 1.4% yang bekerja sendiri [1]. Dalam usaha memberikan dorongan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi, pelbagai kursus yang ditawarkan di universiti, politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara, yang bertujuan menyemai teori perniagaan dan nilai keusahawanan yang baik dalam kalangan pelajar untuk membangunkan usahawan yang

berpengetahuan dan berkebolehan dari segi teknologi. Takrifan tentang belia oleh Kementerian Belia dan Sukan [2] merujuk kepada golongan yang berumur antara 15 hingga 40 tahun berlandaskan beberapa alasan yang dibuat oleh Majlis Belia Malaysia (MBM); seperti dianggap telah matang dan mampu berfikir secara positif. Usahawan ditakrifkan sebagai mereka yang mengambil risiko, menghidu peluang dan penting sekali mereka yang berinovasi. Bidang pertanian adalah amat luas yang meliputi usaha penternakan, penanaman, perikanan dan industri hiliran. Bidang pertanian komersial merujuk kepada

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 kegiatan pertanian yang diusahakan dalam bentuk perladangan dengan hasil produktiviti dalam skala besar, jumlah keluasan tanah yang diusahakan adalah besar, berdaya maju dan dimajukan dengan tanaman yang berpotensi untuk jualan bagi meningkatkan pendapatan dan menambah nilai guna tanah untuk pulangan yang bersifat komersial. Hasrat kerajaan pada masa kini ialah melahirkan ramai golongan belia yang menceburi sektor pertanian sepenuh masa dan menjadi usahawan tani yang berjaya. Pada masa kini telah ada golongan belia yang berjaya dalam industri pertanian dan membuktikan bahawa bidang pertanian merupakan satu perniagaan yang menguntungkan tetapi angka atau peratus yang terlibat dalam bidang ini adalah terlalu kecil [3]. Walaupun begitu, tidak ramai belia siswazah berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian komersial. Bagi belia tani siswazah yang melibatkan diri dalam bidang pertanian, dengan latar belakang pendidikan dan kelulusan sedemikian, mereka bukan lagi petani tradisional yang mengusahakan tanaman untuk mencukupkan keperluan makanan tetapi lebih daripada itu mereka merupakan belia berpendidikan yang meninggalkan kerjaya makan gaji untuk menjadi usahawan tani sepenuh masa, berkeyakinan tinggi, menjadi contoh belia yang sanggup menyahut seruan kerajaan dan merebut peluang melalui kerjaya pertanian. Budaya kerja yang diterapkan dalam mengusahakan projek juga telah beranjak ke satu paradigma baru yang menerima aspek-aspek pemodenan, usaha pengembangan dan jaringan pemasaran yang teratur. Maknanya, ilmu pengetahuan yang ada pada diri mereka dan semangat dalaman yang wujud menjadikan mereka kental dalam mengendalikan usaha tani dengan idea-idea baru yang bernas dan kreatif. Oleh yang demikian, kajian ini ingin mengkaji faktor penarik dan pendorong kepada penglibatan belia usahawan tani siswazah yang terlibat dalam bidang pertanian komersial. memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan biarpun peratusnya masih kecil. Apa yang pasti, generasi belia hari ini mulai sedar bahawa mentaliti makan gaji perlu ditinggalkan jika mahukan perubahan dan beranjak kepada kehidupan yang lebih berwawasan dan produktif. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong golongan belia berkesedaran mengambil keputusan menceburi bidang pertanian sebagai satu perniagaan dan asas tani sebagai satu industri biarpun memiliki diploma dan ijazah dalam bidang lain. Secara asasnya faktor-faktor itu dapat dinyatakan seperti berikut [4,5,6,7]: 1. Persepsi belia terhadap bidang pertanian Akibat kesukaran mendapatkan pekerjaan dan persaingan yang hebat dalam merebut jawatan di sektor awam dan swasta, persepsi belia lepasan IPT tentang bidang pertanian sedikit demi sedikit mulai berubah ditambah pula setelah melihat kejayaan usahawan tani yang berjaya dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Golongan belia berpendidikan pada hari ini juga lebih terbuka dan melihat potensi yang terbuka luas untuk mereka ceburi di bidang pertanian. Mereka tidak lagi boleh bergantung kepada kerja makan gaji, mereka perlu mengambil keputusan untuk keluar daripada paradigma lama menjadi usahawan yang berjaya di bidang pertanian. 2. Aplikasi teknologi di bidang pertanian Pemodenan bidang pertanian dewasa ini serta langkah kerajaan menghantar peserta projek untuk mempelajari teknik-teknik pertanian baru di dalam dan luar negara dan aplikasi teknologi moden yang lebih mudah dan menjimatkan masa ditambah pula dengan pengenalan baka dan benih bermutu yang mengeluarkan hasil dalam tempoh yang singkat menambahkan minat dan kecenderungan golongan belia untuk menceburi sektor pertanian. Pendapatan sampingan dan industri hiliran sektor pertanian Menceburi sektor pertanian juga tidak menghadkan peserta hanya kepada satu aktiviti. Kebiasaannya peserta yang terlibat dalam projek tanaman cili

2. Sorotan literatur Sejak akhir-akhir ini hasil kempen dan penerangan yang dijalankan secara kerap dan pro-aktif oleh pelbagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Belia dan Sukan bagi mengubah persepsi tentang bidang pertanian, sambutan yang diterima daripada golongan belia terutamanya golongan siswazah kian

3.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 umpamanya dapat mempelbagaikan usahanya dengan aktiviti lain seperti mengusahakan kolam ikan di kawasan yang sama dan mengeluarkan produk berasaskan cili seperti Sos Cili dan Cili Boh. Aktiviti tambahan dan industri hiliran ini memberikan pulangan yang lumayan. 4. Akses maklumat tentang sektor pertanian komersial dan industri asas tani Zaman globalisasi pada hari ini menyaksikan maklumat dapat diakses dengan mudah hanya dihujung jari. Kemudahan ini membolehkan golongan belia mendapat maklumat terkini tentang kemajuan pertanian di negaranegara lain, profil usahawan tani di serata dunia, maklumat tentang benih dan baka terpilih serta cara-cara menjadi usahawan tani yang berjaya. Semuanya ini mengubah persepsi dan tanggapan belia tentang bidang pertanian dan memberi mereka kekuatan semangat untuk menceburi bidang ini. Kemudahan pemasaran dan khidmat teknikal Ramai golongan belia enggan menceburi bidang pertanian apabila melihat akan pengalaman generasi sebelum mereka yang mengusahakan bidang pertanian. Mereka melihat sebab kegagalan projek pertanian berpunca daripada kelemahan strategi pemasaran, ketiadaan khidmat pengangkutan dan bantuan teknikal sehingga tanaman yang telah dituai gagal dipasarkan. Pandangan ini telah berubah melihat kepada kesungguhan kerajaan melalui agensinya sepertimana projek TKPM di Hulu Tiram yang menyediakan khidmat pemasaran, pengangkutan dan bantuan teknikal seperti khidmat nasihat, racun, baja, kawalan penyakit tanaman, pemilihan baka dan benih yang baik dan pelbagai lagi bantuan membolehkan kerja-kerja dilakukan secara teratur di samping mengurangkan beban yang dipikul oleh para petani. Antara agensi penting dalam pemasaran hasil pertanian ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 6. Sokongan penuh daripada kerajaan Kerajaan melalui agensi sedia ada diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Belia dan Sukan benarbenar menunjukkan kesungguhan untuk membuka peluang kepada lepasan IPT menceburi bidang pertanian komersial. Pelbagai usaha dijalankan antaranya skim pertanian berkelompok, projek ternakan udang, projek ternakan ikan, projek pemeliharaan kambing baka terpilih, projek tanaman pokok Naga dan pelbagai usaha lagi yang mendapat sokongan dari segi penyediaan tapak, bantuan modal, khidmat teknikal dan kepakaran, khidmat pemasaran dan khidmat lepas jualan untuk menarik minat golongan belia untuk mengambil keputusan menceburi bidang ini. Kempen-kempen kesedaran melalui media massa Peranan media massa dalam menyebarkan maklumat tentang pertanian komersial baik melalui media elektronik, media cetak, portal maya dan sebagainya menimbulkan kesedaran kepada golongan belia untuk mencuba nasib dalam sektor pertanian komersial ditambah pula dengan pelbagai insentif dan ganjaran yang menunggu mereka yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Pelancaran Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER) telah meningkatkan kesedaran belia tentang kepentingan dan keutamaan sektor pertanian sebagai peluang perniagaan baru yang tidak boleh dilepaskan. Sokongan keluarga dan masyarakat Keluarga dan masyarakat merupakan dua entiti berpengaruh dalam pengambilan keputusan oleh individu yang menjadi ahli keluarga dan ahli masyarakat. Perubahan zaman dan kepesatan pembangunan menyaksikan pandangan keluarga dan masyarakat juga telah berubah. Ibu bapa tidak lagi menghalang anak-anak mereka lepasan IPT menceburi bidang pertanian melihat insentif yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada golongan siswazah tani begitu juga pandangan dan tanggapan masyarakat. Mereka tidak lagi

7.

5.

8.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 memandang rendah keopada belia tani sebaliknya menghormati keputusan mereka malah turut memberikan sokongan dan bantuan. Semua faktor-faktor di atas dilihat sebagai pemangkin yang mendorong golongan belia berpendidikan mengambil keputusan untuk menceburi sektor pertanian komersial dan menjadi usahawan tani. ditranskrip secara manual kemudian dianalisa untuk mengenalpasti tema yang wujud. Di samping itu, sumber data sekunder juga digunakan seperti mendapatkan maklumat tertentu menerusi internet.

4. Hasil kajian Apa juga usaha dan bidang yang diceburi, terdapat faktor yang mendorong dan menghalang yang boleh kita namakan faktor penarik dan faktor penolak. Faktor penarik tentulah bersifat positif, seperti ia datangnya daripada ahli keluarga sendiri atau pihak-pihak lain seperti badan-badan kerajaan dan badanbadan bukan kerajaan. Manakala faktor kewangan dan laba merupakan tarikan lain yang boleh menjadi pemangkin kepada golongan belia menceburi bidang ini. Terdapat tiga tema utama yang telah dikenalpasti berkaitan tema berkaitan dengan kedua-dua faktor ini iaitu: (1) Faktor keluarga; (2) Faktor kewangan; dan (3) Faktor kemudahan. Apa yang dimaksudkan dengan faktor keluarga adalah seperti memberikan sokongan dan membangkang keputusan belia siswazah hendak menceburi bidang pertanian dengan alasan masing-masing yang dirasionalkan. Selain daripada itu, kewangan juga menjadi faktor penarik dan penolak. Seandainya seseorang belia itu diberikan kemudahan kewangan untuk memulakan usaha taninya, ini dinamakan faktor penarik yang berupaya mengubah pendirian dan persepsi golongan belia, manakala jika kewangan tidak mencukupi hal ini menghalang golongan belia untuk menceburinya, biarpun mereka berminat. Faktor penarik yang lain ialah bantuan dan bimbingan khidmat nasihat secara berterusan oleh agensi kerajaan yang terlibat dengan usaha tani bermula daripada kementerian hinggalah jabatan. Namun, aspek ini boleh menjadi faktor penolak jika terlalu banyak karenah birokrasi yang menghalang bimbingan berkesan kepada usahawan tani. 4.1 Faktor keluarga Pengaruh keluarga terhadap keputusan yang diambil oleh belia siswazah untuk menceburi bidang pertanian memang tidak dapat diabaikan. Pandangan dan sokongan keluarga memang memberi kesan terhadap keputusan yang diambil oleh golongan belia dan persepsi mereka terhadap bidang pertanian. Sokongan keluarga berupa nasihat, teguran membina dan

3. Metodologi kajian Sampel kajian yang dipilih ialah lima orang usahawan tani belia siswazah yang sedang mengusahakan projek pertanian komersial. Pemilihan mereka dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditentukan, iaitu: (1) belia-berumur di antara 15-40 tahun; (2) merupakan lepasan atau graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT); (3) kejayaan mereka mengusahakan pertanian dan mewujudkan industri hiliran berasaskan pertanian dan menjana pulangan bersih melebihi RM3000 sebulan per individu; (4) mempunyai aset perniagaan seperti milikan tanah tidak kurang 10 ekar; (5) pernah bekerja di sektor awam atau swasta. Responden tersebut adalah HO (tanaman landskap dan tanaman hiasan), KA (sayuran fertigasi), FZ (tanaman mangga), SY (tanaman serai, pisang, kelapa, ternakan kambing) dan HK (tanaman cendawan). Kaedah kualitatif digunakan bagi kajian ini di mana responden ditemubual secara mendalam (in-depth interview) bagi mendapatkan maklumat dan menjawab persoalan kajian. Soalan temubual yang disediakan adalah berbentuk separa struktur. Tujuan temubual secara mendalam ini adalah bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan yang mana soal selidik tidak mampu memperolehinya. Kaedah temubual juga berjaya mendapatkan pandangan sebenar orang yang ditemubual. Lima orang responden yang ditemubual memberikan maklumat yang hampir sama secara berulang-ulang, setiap kali soalan diajukan. Senario ini mewujudkan ketepuan maklumat dan penyelidik beranggapan bagi melengkapkan kajian ini memadai dengan lima orang responden yang telah dipilih. Proses temubual adalah sama bagi semua responden. Temubual dijalankan dengan menggunakan alat perakam dan pita rakaman. Catatan turut dibuat terhadap reaksi lima responden yang ditemubual. Data yang telah diperolehi daripada temubual telah

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 motivasi dianggap faktor penarik yang mendorong belia mengubah pandangan mereka untuk menceburi bidang pertanian. Kesemua responden bersetuju dan percaya, seandainya keluarga memberi galakan, menyokong daripada belakang terhadap keputusan untuk menceburi bidang pertanian, belia akan meneruskan niat tersebut secara serius dan komited, sebaliknya jika keputusan yang diambil tidak mendapat sokongan, dikritik dan dibangkang, besar kemungkinan belia tidak meneruskan niatnya atau kembali kepada mentaliti asal iaitu makan gaji. Namun, ada juga pengusaha yang cekal biarpun dibangkang tetap meneruskan usahanya bagi membuktikan tanggapan keluarganya itu salah dan meleset. Semuanya ini adalah cabaran, jika ditangani dengan baik, nescaya akan berubah sepertimana yang dinyatakan oleh responden kajian ini. KA:
Yang paling kuat menyokong ialah isteri. Orang perempuan kalau tidak betul-betul supportive akan menyusahkan kita. Keluarga tak menyokong pun susah juga. Nanti ayah atau emak atau adik beradik telefon La kenapa kau berhenti kerja. Buat susah je belajar tinggi, akhirnya bertani. Boleh kaya ke?. Macam-macam dugaan dan macam-macam ragam reaksi mereka tu. Mak pula selalunya akan kata Kesian anak aku dah tambah hitam, dah la tu, buatlah kerja lain. Memang ada sebelum ni saudara mara dan adik beradik mempersoalkan tindakan saya berhenti kerja maklumlah dah stabil, masa depanpun dah terjamin. Saya buat projek dia orang persoalkan, membantah dan tak bersetuju dengan tindakan saya tu, tapi saya yakin saya boleh buat, jadi saya teruskan juga. Sekarang dah senyap dah! Sebab mereka dah tahu dan nampak kejayaan saya. Keluarga.biasa je. Orang kampung sebenarnya tak nampak potensi bidang ni sebab mereka bertani untuk makan sahaja bukan komersial. Mula-mula berhenti kerja tu, dia orang bising jugalah dan saya tak cakaplah berhenti kerja sebab nak buka perusahaan cendawan. Saya beritahu mereka tempat kerja saya dulu persekitarannya bahaya kerana banyak bahan kimia dan serbuk-serbuk kaca fiber. Jadi keluarga pun Ayah tunjuk jalan macam mana nak buat dan mulakan projek ni. Tapi ayah sebelum ni memang tak buat apa-apa projek tetapi dia ada pengetahuan. Bagi saya, kalau keluarga tak bantu dan tak ajarpun tak ada masalah, sebab mudah je, cuma orang tak tahu caranya.

FZ:

Dugaan begitu banyak masa nak mulakan projek ni. Mula-mula tanam dulu, ada orang kampung cakap... tak jadinya mangga kau ni. Siap kena gelak lagi, kena kutuk. Mereka cakap kawasan tapak projek tu banjir, jadi mangga tu tak akan bertahan lama dan mungkin tak mengeluarkan buah yang elok. Memang betul pada musim pertama tu, pokok mangga tenggelam. Setelah hujan berhenti, airpun surut. Banjir tu tak lamapun. Pokok mangga tak de apaapa masalah. Tapi kalau kawasan rendah, air tak boleh keluar, kesannya mungkin ada pokok boleh mati. Biasalah tu, masa tu pokok baru setahun jagung. Sekarang OK apa... dah tak ada yang kutuk ke apa ke bila dah tuai hasil barulah dia orang senyap. Pada saya sokongan isterilah yang paling utama. Kalau saya ada masalah dialah tempat saya ceritakan masalah. Kadangkadang isteri bagi idea, kadang-kadang idea daripada pekerja, Ada masa-masanya saya baca buku motivasi nak tingkatkan motivasi kerja dan rangsangan dalaman kadangkadang tu, dugaan yang datang ni tak boleh nak jangka.

HO:

SY:

HK turut menambah bahawa kutukan, cercaan dan bantahan daripada keluarga dan orang yang terdekat adalah perkara biasa kepada sesiapa yang menceburi bidang pertanian. Oleh sebab itu harus hadapi dengan tenang dan bijak, jangan melenting tetapi jadikan satu cabaran untuk buktikan kita boleh melangkah jauh dalam bidang ini. HK memberi kenyataan berikut: HK:
Bila saya cakap nak berniaga sendiri, keluarga kurang memberi sokongan apatah lagi galakan, dia orang lebih suka kalau saya cari kerja lain. Jadi sambil-sambil buat cendawan ni, saya carilah kerja, malas nak kecoh-kecoh. Benda ni di peringkat awal tu macam-macam kutukan saya dapat, dia orang macam tak percaya terutama jiranjiran dekat rumah, merendah-rendahkan usaha saya ni. Cendawan ni boleh makan tak? Sebab mentaliti orang di sini, sebut je cendawan beracun.

HK:

akhirnya faham. Kebetulan pula ayah saya bekas pekerja di Jabatan Pertanian, jadi ayah ada bagi cadangan dan tunjukkan di mana dan pegawai mana di Jabatan Pertanian yang boleh saya jumpa untuk memulakan projek saya.

Sememangnya sokongan orang tersayang, keluarga terdekat, sahabat handai dan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 jiran boleh menggerakkan usaha kita ke arah satu kejayaan yang cemerlang. Namun apabila mereka memperlekehkan usaha yang telah kita ceburi, kita perlu abaikan dan kekal dengan prinsip bahawa tiada kejayaan yang datang menggolek dan tiada usaha yang tiada cabaran. Pandangan orang lain memang boleh membantu menjayakan usaha kita tetapi perlu diingat apapun juga, kekuatan dalaman. Seseorang pengusaha boleh mendapatkan nasihat, mendengar komen-komen tetapi jika komen dan pendapat yang diberi tidak membantu dan bertujuan membantutkan usaha yang telah dijalankan maka usahawan tani harus menghadapinya dengan tabah, tenang dan berfikiran terbuka. Maka, cabaran yang datang mampu dijadikan sebagai penggerak untuk melaksanakan segala perancangan dengan lebih tekun lagi. 4.2 Faktor kewangan Satu lagi faktor penarik dan penolak untuk golongan belia menceburi bidang pertanian atau meneruskan usaha tani yang telah mereka jalankan ialah faktor kewangan, kerana menguruskan ladang dan projek pertanian memerlukan modal. Jika faktor kewangan mengizinkan, usaha seseorang itu tentunya lancar, kerana apa yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan tetapi jika kewangan tidak mengizinkan, usaha mungkin menemui kebuntuan yang memerlukan jalan keluar untuk mengatasinya. Mempunyai modal permulaan untuk memulakan usaha pertanian adalah faktor penarik manakala kesukaran menghadapi karenah birokrasi bagi mendapatkan pembiayaan menguruskan projek adalah faktor penolak dan halangan untuk usahawan tani bergerak ke hadapan dan maju dalam perniagaan yang diceburi. Mendapatkan modal untuk menjalankan projek boleh diperolehi daripada pelbagai sumber, baik melalui agensi kerajaan, pihak bank ataupun para pelabur. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh responden: FZ:
Projek ni menggunakan modal daripada pelabur, kami cuma keluarkan tenaga, masa tu ada dua orang je. Kita mendapatkan modal daripada somebody. Permohonan itu berjaya sebab ada kena mengena dengan pelabur kami...orang kuat kerajaan Negeri Sembilan. Sebanyak 27 ekar tanah, kita sewa dengan harga RM150 seekar. Cukai tanah kita bayar. Tandatangani perjanjian pada hujung November 2000, lepas tu bersihkan kawasan guna jentera Jabatan Pertanian. Enam bulan selepas perjanjian ditandatangani, barulah mula projek dan bersihkan kawasan. Awal tahun 2000 hingga penghujung tahun 2001, baru siap tanam separuh. Bulan Ogos 2002 baru siap tanam semua sekali. Semua proses penanaman buat secara manual, apply balik apa yang dipelajari masa diploma.

KA:

Saya buat ladang asalnya modal mak angkat saya bagi. Saya berhenti kerja bulan Jun 2002, dia ajak saya ikut dia tinggal kat Cameron Highland, tiga minggu dengan dia. Dia cakap kalau tak nak kerja dengan orang, buka ladang sendiri. Jadi dengan dorongan dia, saya tak bertangguh lagi terus start projek. Dia panggil saya, dia suruh saya cap jari atas surat, tak de interest tak de apa, suka hati bila nak bayar. Saya balik saya sewa tanah ni, buat surat pajak dulu, sign kontrak dan perjanjian. Mula kenal dengan ibu angkat saya, bulan 2, 2002 di Cameron Highland, waktu kursus jumpa balik dan sembang-sembang, bulan 6 terus dia kasi duit. Modal awal untuk set up buat rumah ladang, peralatan dan alat kerja sekaligus dengan modal pusingan habis RM10. Duit yang saya kumpul waktu kerja dulu. Saya mulakan perusahaan cendawan ni pada bulan Januari 2006, kiranya baru setahun. Saya mulapun secara tidak formal, maknanya saya tidak pergi mana-mana kursus terus jumpa pegawai di Jabatan Pertanian, kami siasat la apa yang nak kena buat pegawai tu beritahu mereka boleh berikan bantuan dan tunjuk ajar tetapi semua peralatan perlu cari sendiri. Jabatan bagi tempat, tetapi bahan-bahan input cari sendiri macam serbuk kayu, dedak, benih, baja dan plastik dan dia orang akan ajar macam mana nak buat campuran yang betul. Modal sendiri, sikit-sikit la. Saham dalam Guthrie masa kerja dulu saya keluarkan. Saya tak buat pinjaman bank. Boleh dapat pinjaman, tapi saya fikir-fikir dan tengok kewangan saya, saya tak berani nak buat pinjaman sebab kita belum tentu berapa pendapatan kita. Memang boleh bayar balik, tetapi saya tak nak jadi beban, sebab saya rasa apa yang ada dah cukup, buat kecilkecilan dulu, biar boleh pusing balik. Contohnya kalau saya nak besarkan kandang, saya boleh jual kambing yang ada ni. Pasaran kambing tak ada masalahsebab dari segi marketing saya tak ada masalah. Kita tengok pinjaman ni, bila kita rasa boleh dapat duit tu dalam masa

HK:

SY:

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
yang cepat, tapi buat masa sekarang pinjaman belum satu keperluan.

KA:

HO:

Modal nak start perusahaan ni saya pinjam tetapi bukan dengan bank atau agensi kerajaan, saya buat CGC (Credit Guarantee Corporation) masa tu saya buat overdraf RM400,000. Saya pun tak pinjam dengan keluarga sebab tak nak susahkan mereka.

Saya tanam jagung dulu sebab Diesel 70 sen seliter, sekarang RM1.60 sen. Baja dulu satu beg baru RM50 sekarang RM76 satu beg. See the increasing is more than 50%. Kalau kos operasi dah bertambah lebih 50%, dan pada masa yang sama harga jualan masih di takuk lama, macam mana? Kena pulak time tu panas satu hal la pulak, tapi pernah ada satu musim tu panas direct 3 bulan terusmenerus.

HO dan KA bersetuju bahawa kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan dan agensi kerajaan adalah faktor penolak yang membantutkan minat dan kesungguhan golongan belia untuk menceburi industri berasaskan pertanian. Semuanya ini berpunca daripada sikap tidak percaya institusi kewangan terhadap kemampuan dan keupayaan terutamanya golongan Bumiputera menguruskan perniagaan dan karenah birokrasi institusi kewangan. HO dan KA memberi pandangan: HO:
Modal susah nak dapat, banyak sangat karenah birokrasi. Kalau nak pinjam dengan bank, macam-macam dokumen mereka nak, kita baru nak start, manalah ada semua dokumen tu. Susah sangat nak pinjam dengan bank saya tak tahu la sebab apa, pihak bank seolah-olah beranggapan orang Melayu tak reti nak berniaga kepercayaan mereka kepada kita kurang. Nak bagi pun banyak syarat dan susah. Saya pernah sembang dengan Pegawai Bank, bank boleh bagi pinjaman jika first 3 years you boleh survive that means you are strong enough. Bantuan memanglah ada dari agensi kerajaan seperti MARA, RISDA, Koperasi tapi kepercayaan tu tak diletakkan kepada orang kita. You nak macam mana lagi, I ada Master dari Jepun, I dah ke Jepun belajar pertanian ni dan I dah ada experience, I ada track record masih juga susah nak dapat, jadi nak salahkan siapa. Nak tunggu sampai dapat Ph.D baru nak bagi, tak payah la. Halangan utama kenapa remaja dan belia kita tak dapat nak ceburi usaha tani ni pergilah bank mana, persatuan manapun, takkan dapat duit selepuk RM20,000.. nah ambil duit ni buat tanam sayur.

Antara lain, proses kelulusan pinjaman yang lambat dan tidak praktikal yang menyebabkan seseorang yang hendak menceburi bidang ini hilang semangat untuk meneruskan usahanya juga merupakan faktor penghalang. Mereka mungkin berpandangan adalah lebih baik memulakan usaha pertanian ini mengikut kemampuan setakat modal yang ada dahulu, bermula secara kecil-kecilan dan dibesarkan mengikut kemampuan, sepertimana yang dinyatakan oleh KA: KA:
Saya buat pinjaman di Bank Pertanian sekali je. Lepas ni kalau ada sesiapa nak bagi pinjaman saya tak nak. Buat apa tanggung hutang, nak buat kertas kerja je dah makan masa. Lepas tu nak pergi convince dah 2 bulan, proses pula 2 bulan. Kalau kira balik masa yang telah dihabiskan untuk proses tu tak berbaloi. Lebih baik mulakan dengan apa yang ada misalnya RM5000 OK, mulakan untuk satu ekar dah cukup. Dalam masa 2-3 bulan, dah boleh dapat modal, daripada situ boleh pecahkan lagi dan besarkan.

KA:

Selain daripada itu, bagi FZ, faktor lain yang mendorong beliau menceburi bidang pertanian ialah ingin membuktikan kepada penduduk kampung terutama rakan sebaya bahawa kerja sendiri dengan usaha dan perancangan yang betul, boleh menempa kejayaan. FZ menyatakan: FZ:
Sebab nak buktikan pasal saya Ketua Pemuda UMNO dan Timbalan Presiden Belia Cawangan. Kadang-kadang terpanggil tengok member-member semua tak de kerja, nak buktikan pada dia orang. Saya sendiri yang dah graduate ni tak dapat kerja boleh usaha, macam dia orang ni yang tak de apaapa patut lebih berusaha. Yang belajar setakat SPM, kadang tak habis, terus give up life. Kerja nak tak nak je! Kalau difikirkan, kalau keluar IPT, basic dah berapa dah. Memang confirm dapat kerja, tapi saya tak nak. Jiwa dah minat bekerja sendiri. Nak mengusahakan bidang pertanian, nak

Selain daripada itu, peningkatan kos operasi yang tidak seimbang dengan kenaikan harga produk membebankan pengusaha dan secara tidak langsung menjadi faktor penghalang untuk menceburi dan kekal dalam bidang pertanian. Ini dinyatakan oleh KA:

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
buktikan pada dia orang kita boleh usahakan walaupun tanpa modal.

SY pula menyentuh soal pasaran, iaitu bagaimana untuk memasarkan hasil produk bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum. Ketiadaan tanah bagi memulakan atau membesarkan projek merupakan satu lagi faktor yang menghalang pengembangan perniagaan dan usaha tani beliau. Menurut SY: SY:
Pemasaran pun tak berapa tahu nak tunggu orang datang tapak projek atau kat rumah macam cili kalau Cina datang ambil mungkin kita jual RM8 untuk 1kg, tapi dia jual balik RM12 untuk 1kg, senangsenang dia buat untung dalam masa 3-4 jam. Kita yang menanam ni berbulanbulanmacam mana. Tanah pulak tak cukupkawasan yang tak mencukupi. Biasalah tu, kita orang muda ni, mana la ada tanah sendiri. Ilmu mak ayah pun tak ada nak bimbing jadi petani. Macam budakbudak kat kampung ni, banyak yang kerja kilang kat Nilai. Lepas 9-10 tahun kerja.balik kampung, nak suruh dia orang buat pertanian, tak payah la dengan minat tak ada, ilmu pun tak ada, malah tanah pun tak adaNak kata apa.

daripada agensi terbabit agar usahawan tani tidak merasa keseorangan terutama apabila timbul masalah-masalah teknikal dalam aktiviti pengurusan ladang dan tanaman. Bantuan yang diterima oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Jabatan Haiwan, baik dalam bentuk kewangan, teknikal dan khidmat nasihat sebenarnya menjadi faktor penarik kepada usahawan tani untuk aktif mengerjakan ladang dan ternakan mereka . Kesemua responden bersetuju dan mengakui bahawa bantuan yang diterima daripada agensi-agensi terbabit memang ada dan menjadi faktor penarik yang merangsang usahawan tani untuk memajukan usaha tani mereka. Bantuan yang diberi adalah pelbagai seperti kursus, kewangan, nasihat dan sebagainya. Semuanya memerlukan usahawan itu sendiri berusaha menyakinkan pegawai agensi terbabit bagi mendapatkan bantuan. Hal ini demikian kerana prosedur mendapatkan bantuan telah berubah berbanding dahulu. Berikut adalah komentar-komentar yang diutarakan berkaitan isu bantuan ini: HK:
Bantuan tu ada, cuma kita kena ada usaha cari sebab orang Jabatan ni dia nak tengok kesungguhan kita, tambah pula kita ni muda, memang dia orang suka. Masa mula-mula ke Jabatan Pertanian ni penerimaan sangat baik. Kami jumpa tu daripada kosong tak bawa apa-apa, cendawan pun langsung tak tahu. Pergi mula-mula tu just sembang-sembang, kemudian dari situ Jabatan kata boleh, tapi sediakan barang. Pegawai tu bagi tahu la barang yang perlu dibeli. Dah sedia semua, saya dan partner mula belajar di Jabatan Pertanian. Jabatan kerajaan sekarang kalau nak bagi bantuan mereka akan lihat sama ada projek tu dah dimulakan atau belum. Mereka mahu kita mulakan dulu, tak nak jadi macam dulu... baru nak buat projek dah terbengkalai separuh jalan. Saya rasa kalau kita dah mulakan dulu, jabatan akan lebih senang berikan bantuan sebab mereka dah tahu prospek projek tu. Kalau ikutkan, jabatan bagi bantuan taklah banyak. Biasanya baja dalam 30 kampit setahun. Memang tak cukup, tapi tak kisahlah. Saya memang tak suka minta. Adaadalah nak bagi. Bantuan tu kiranya bolehlah, at least makan jugalah pokok ni. Bantuan lain macam saluran paip, lepas tu sewa pam air.

Demikianlah keluhan-keluhan yang disuarakan oleh usahawan tani yang telah mengalami segala pahit getir di bidang pertanian. Banyak asam garam yang perlu ditempuhi dan diterokai. Pelbagai faktor penolak yang menyebabkan penglibatan belia dalam bidang pertanian amat kurang malah tidak ramai yang bertahan atau berjaya. Faktor-faktor penolak itu melibatkan modal permulaan, proses kelulusan pinjaman yang lama dan kesukaran mendapatkan pembiayaan melalui syarat-syarat yang ketat dan tidak praktikal, kos operasi yang semakin tinggi sedangkan harga jualan tetap kekal dan karenah birokrasi yang terpaksa dihadapi menyekat penglibatan golongan belia dalam bidang ini, tambahan pula hampir tiada golongan belia mempunyai tanah sendiri untuk mengusahakan pertanian. 4.3 Faktor kemudahan

SY :

FZ: Kemudahan yang dimaksudkan merujuk kepada khidmat bantuan, sama ada bersifat teknikal mahupun khidmat nasihat dan pemantauan yang dilakukan oleh agensi kerajaan berkaitan, terhadap projek pertanian yang sedang diusahakan. Hal ini penting untuk meningkatkan keyakinan dan mendapatkan pengiktirafan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 KA:
Kursus dengan Jabatan Pertanian ladah jadi macam satu pusat latihan. Waktu tulah saya terpilih dalam program pertukaran belia ke Jepun untuk belajar bertani. Bantuan yang saya dapat hanya dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mana JPS bagi saya guna tanah rezab sungai yang saya gunakan untuk tapak nurseri saya. Air pun mudah. Tapi dia bagi ni untuk sementara saja. sahaja. Kita kena jalan dulu bila dah jalan InsyaAllah dia orang akan tengok, lepas tu mudahlah dapat bantuan. Sebenarnya kalau tak ada tanah 1 ekar, setengah ekarpun tak apa, buat sikit-sikit dulu, lama-lama baru kembangkan. Jabatan Pertanian nak mewujudkan sense of belonging pada projek tu, kalau dia bagi semua, tahu la nanti kita kata ala bukan duit aku.

HO:

FZ:

Berdasarkan apa yang telah dikatakan, bantuan akan mudah diperolehi jika usahawan telah memulakan projek mereka. Hal ini bermakna mereka mesti mengeluarkan modal sendiri dahulu bagi menentukan tapak dan jenis projek, usahakan dahulu selepas tu barulah boleh ke mana-mana jabatan berkaitan untuk meminta bantuan mengikut kesesuaian projek. Responden juga menerangkan dengan lebih jelas lagi mengenai bantuan ini sepertimana yang dinyatakan oleh mereka seperti kenyataan berikut: HK:
Bantuan yang saya terima dari Jabatan pertanian mulanya hanya khidmat nasihat bagaimana nak menanam yang betul, pembajaan, racun rumpai dan pengurusan yang betul. Bantuan kewangan ada juga diberikan selepas projek dah berjalan. OK la tu. Mudah je nak minta bantuan ni, kalau projek dah jalan, tapi kalau belum jangan haraplah. Dulu lain, kalau kata nak buat apa pun, dia bagi duit dulu, malah dia orang tak pantau pun, perkembangan projek pun tak ambil tahu. Sekarang kita kena hantar laporancara sekarang ni saya rasa sangat bagus sebab dua-dua pihak dapat untung. Saya buat semua sendiri dulu tak ada campur-campur mana-mana jabatan. Tak perlu bising-bising, nanti dia orang yang akan datang tengok projek kita dan hulurkan bantuan. Akhir tahun selalunya adalah Jabatan Pertanian Daerah datang bantu sikitsikit bagi bantuan. Contohnya anak benih pisang, yang sebenarnya saya tak mohon pun projek ni. Pada bulan 11 tahun lepas, Jabatan luluskan projek ni kat kampung sebelah, tapi orang yang dapat tu tak dapat nak majukan. Oleh sebab peruntukan dah turun nak pulangkan semula pun tak boleh, jadi mereka jumpa saya dan tengok projek yang saya usahakan pegawai tu kata kenapa tak mohon. Itu la cek pertama saya dapat, bulan 11 tahun lepas. Tapi saya buat kertas kerja juga. Dia bagi sebab dah tengok kerja kita. Itu yang saya cakap tadi, modal tak perlu banyak dalam 10 hingga 15 ribu

Kalau nak ikutkan bantuan yang serius baru start bulan Mei tahun lepas (2005) pasal baru Jabatan Pertanian nampak dulu dia orang bagi bantuan untuk projek mega yang besar, peruntukan besar dalam RM200 ribu, tapi cukup setahun dua, projek tu tak jalan, jadi mereka dah fed up, tu yang mereka pegang banyak bantuan tu tapi mereka follow up saya punya progress. Oh! Kau nimaintain juga ya. Pasal ada ladangladang besar, habis Apa nak buat, orang tak nak bagi. Cakap macam tulah kan. Kita teruskan projek usaha kita, tak bagi pun taka apa. Lepas tu daftar di bawah Kementerian Usahawan (MOE). JPS pula bantu dari segi penyediaan jalan ladang.

Di samping itu, teknik dan cara bantuan diberikan perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi supaya satu kaedah terbaik dapat diguna pakai agar semua pihak sama ada yang memberi bantuan atau yang menerima bantuan mendapat manfaat dan faedah daripada bantuan yang diperuntukkan itu, sepertimana yang dinyatakan oleh KA: KA:
Koperasi sekarang banyak peruntukan. Tapi dia orang tak tahu nak buat apa, yang dapat memberi manfaat kepada ahli, contohnya koperasi kat tempat saya, ada simpanan dalam bank berjuta ringgit. Tak invest ke? Dia orang invest tapi pada projek yang tidak berdaya maju yang akhirnya terbengkalai sedangkan golongan belia yang terkapaikapai tak ada nak support pun. Kalau you panggil agensi belia datang sekarang ni OK kau tanam sayur, tentu tak jalan sebab dia orang masih tak dapat fikir jenis tanaman yang baik. Kena ada mentor yang membimbing dan koperasi yang boleh bagi modal malah ahli ko-op boleh jadi mentor sekaligus melihat dan memantau perkembangan projek.

SY:

HK menyatakan bahawa, belia yang berminat untuk mendapatkan bantuan bagi usaha tani mereka, hendaklah mengikut prosedur dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sepertimana yang dinyatakan oleh HK:

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 HK:
Saya ada buat loan dengan Bank Pertanian. Susah juga la, walaupun projek dah start sebab masa mohon tu projek baru lagi mula, jadi bank kata kita tak ada current account sebab tu kena tunggu setahun lepas projek jalan. Boleh juga kalau kurang dari setahun tapi bank nakkan penjamin. Dah lepas setahun, saya minta lagi, kali ini tak ada masalah semuanya OK.

Jelaslah kepada kita, kerajaan memang menyediakan bantuan dan mewujudkan peruntukan melalui agensi-agensi di bawah kementerian tertentu, namun pemberian bantuan, baik bantuan kewangan atau bantuan sokongan kerja yang lain dibuat dengan berhati-hati agar bantuan yang diberi benar-benar memberi nilai tambah kepada projek yang diusahakan. Sebagaimana pendapat SY, jabatan yang hendak memberi bantuan mahu kita usahaka dahulu projek, setelah melepasi jangkamasa tertentu barulah bantuan akan diberikan bagi mengenalpasti kriteria usahawan tani, jenis usaha tani, prospek dan perkembangan usaha tani itu agar benar-benar diusahakan. Kepada usahawan tulin seperti ini, bantuan yang diberikan tidak akan disalah guna.

5. Ringkasan dan kesimpulan Memang lumrah mana-mana usaha yang hendak dijalankan, perlu melihat akan dua faktor kontradiksi iaitu faktor penarik manakala satu lagi faktor penolak. Bagi menjawab persoalan kajian berkenaan dengan faktor penarik dan faktor penolak penglibatan belia dalam bidang pertanian komersial ini segala pertimbangan wajar perlu digunakan, agar tidak melemahkan semangat belia tani dan menyebabkan usaha tani terbengkalai. Apa yang penting adalah kekuatan usahawan tani itu sendiri, semua faktor-faktor luaran ini boleh dijadikan iktibar jika relevan dan dijadikan sempadan jika meruntuhkan. Terdapat tiga faktor penarik dan penolak yang telah dikenalpasti berkaitan dengan penglibatan belia sebagai usahawan tani iaitu: (1) Faktor keluarga; (2) Faktor kewangan; dan (3) Faktor kemudahan. Sememangnya sokongan individu terdekat seperti keluarga dan rakan boleh membantu menggerakkan usaha seseorang ke arah kejayaan. Bagi faktor kewangan pula, mempunyai modal permulaan untuk memulakan usaha pertanian adalah faktor penarik manakala kesukaran menghadapi karenah birokrasi bagi mendapatkan pembiayaan menguruskan projek

adalah faktor penolak dan halangan untuk usahawan tani bergerak ke hadapan dan maju dalam perniagaan yang diceburi. Mendapatkan modal untuk menjalankan projek boleh diperolehi daripada pelbagai sumber, baik melalui agensi kerajaan, pihak bank ataupun para pelabur. Faktor-faktor penolak itu melibatkan modal permulaan, proses kelulusan pinjaman yang lama dan kesukaran mendapatkan pembiayaan melalui syarat-syarat yang ketat dan tidak praktikal, kos operasi yang semakin tinggi sedangkan harga jualan tetap kekal dan karenah birokrasi yang terpaksa dihadapi menyekat penglibatan golongan belia dalam bidang ini. Manakala, faktor kemudahan pula merujuk kepada khidmat bantuan, sama ada bersifat teknikal mahupun khidmat nasihat dan pemantauan yang dilakukan oleh agensi kerajaan berkaitan, terhadap projek pertanian yang sedang diusahakan. Hal ini penting untuk meningkatkan keyakinan dan mendapatkan pengiktirafan daripada agensi terbabit agar usahawan tani tidak merasa keseorangan terutama apabila timbul masalah-masalah teknikal dalam aktiviti pengurusan ladang dan tanaman. Bantuan yang diterima oleh agensi kerajaan seperti baik dalam bentuk kewangan, teknikal dan khidmat nasihat sebenarnya menjadi faktor penarik kepada usahawan tani untuk aktif mengerjakan usaha tani mereka. Daripada pengalaman yang disampaikan oleh responden, dapat dibuat kesimpulan bahawa, kesungguhan sahaja tidak mencukupi jika tiada sokongan daripada manamana pihak di sekeliling individu tersebut. Sokongan agensi-agensi terlibat dan keluarga adalah penting yang dapat membantu usahawan belia tani meningkatkan motivasi untuk terus berjaya. Bukan mudah untuk menerima risiko dengan berhenti kerja makan gaji dan mengusahakan pertanian. Kesemuanya memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi. Begitu juga apabila berpanas berhujan di ladang, sedangkan sebelum ini belia tani siswazah ini telah terlebih dahulu menggenggam segulung ijazah yang mampu membawa mereka ke dalam pekerjaan yang lebih selesa persekitarannya. Maka, semua ini adalah cabaran mental yang harus ditangani dengan baik oleh mereka. Tidak terkecuali dengan cabaran fizikal, kekurangan modal, tanaman menghadapi masalah dan seumpamanya juga adalah antara perkara yang sering dihadapi oleh belia tani siswazah ini. Namun, apa juga cabaran jika tekad dan azam adalah tinggi, pasti sebenar mana pun cabaran tersebut akan terus direnangi juga.

10

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 4. Rujukan 1. FAMA-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Golongan Muda diajak Bertani. http://www.famaxchange.org/index.php?ch= emedia (Akses Ogos, 2007). Kementerian Belia dan Sukan. Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara. Putrajaya: Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan, 1995. G. Aidit, & Y. Husnizam, Pembentukan Generasi Belia Selangor 2005: Satu Pengamatan. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda, 2005. 5. FAMA-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Graduan Usahawan Tani. http://www.famaxchange.org/index.php?ch= emedia (Akses Ogos, 2007). FAMA-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Pertanian Moden Beri Hasil Lumayan. http://www.famaxchange.org/index.php?ch= emedia (Akses Ogos, 2007). FAMA-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Graduan Tanam Tembikai. http://www.famaxchange.org/index.php?ch= emedia (Akses Ogos, 2007). FAMA-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Bank Perlu Berani Bantu Sektor Tani. http://www.famaxchange.org/index.php?ch= emedia (Akses Ogos, 2007).

2.

6.

3.

7.

11

Anda mungkin juga menyukai