Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah
memajukan sektor pertanian di Malaysia dan kebaikan-kebaikannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Selain meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara, sektor ini juga menyediakan peluang pekerjaan yang menjadi
sumber pendapatan rakyat di negara ini. Disebabkan kepentingannya, maka kawasan pertanian
baharu diteroka dari semasa ke semasa, malah kini sektor pertanian telah dibangunkan secara
komersial untuk eksport. Tanaman buah-buahan juga mula diusahakan secara besar-besaran
untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Faktor cuaca di negara ini yang panas dan hujan sepanjang tahun serta tanah yang subur
membolehkan bidang pertanian dimajukan di peringkat yang optimum. Jenis tanaman perlu
dipelbagaikan dan pengeluaran hasil pertanian dapat ditingkatkan sekiranya kerajaan terus
memberikan sokongan kepada sektor ini. Usaha ke arah ini jelas kelihatan menerusi pertukaran
nama Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tanah
rancangan FELDA juga akan dimajukan lagi sebagai kawasan pertanian raksasa untuk
menyeimbangkan pertumbuhan sosioekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar.
Menerusi usaha yang berterusan ini diharapkan produk pertanian negara lebih berdaya
saing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia boleh menjadi pusat agensi
pelancongan, iaitu dengan menjadikan kawasan pertanian sebagai pusat tarikan pelancongan.
Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha membangunkan kawasan pertanian perlu dilakukan
secara serius.
Jika kita mahu melihat sektor pertanian terus maju, orientasi dan persepsi masyarakat
tentang bidang pertanian perlu diubah. Pertanian tidak seharusnya dikaitkan dengan kemiskinan
dan pekerjaan golongan bawahan, sebaliknya pertanian boleh dijadikan landasan untuk
meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat. Selain itu, kempen untuk menggalakkan
lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu dijalankan bagi menghapuskan
tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor perkhidmatan.
Mereka juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang ini akan dikecapi
oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan syarat
tarikan, seperti kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan dengan
lebih banyak dan berkesan.
Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara
tekal. Dengan yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus
yang berkaitan dengan penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program
penyelidikan perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian.
Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara Asia yang lain yang menjadikan produk
pertanian sebagai bahan eksport.
Kesimpulannya, negara perlu mengorak langkah yang berkesan untuk menjadikan sektor
pertanian lebih kompetitif, berkembang pesat, dan seterusnya dapat meningkatkan hasil
pertanian negara.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan
April 2004)
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Ekonomi,

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Berikan maksud rangkai kata lebih kompetitif.
markah]
Apakah peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara?

[2
[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang perlu diberikan oleh masyarakat dalam
membantu kerajaan memajukan sektor pertanian?
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai