Anda di halaman 1dari 1

Latihan 2

AKTIVITI PENGUKUHAN
Cerpen Bawod Tingkatan 3

1. Nyatakan keadaan hujan yang digambarkan oleh penulis dalam cerpen ini.
a. angin agak perlahan tiupannya kini mula menerbangkan air hujan.
b. menggoyangkan pohon-pohon pisang di halaman rumah.

2. Apakah tanggapan Beluntung setelah melihat halaman rumah yang sudah


kelihatan seperti tasik kecil?

Tanggapan Beluntung ialah Bawod dan Tuyoq tentu sudah mati lemas.

3. Nyatakan tindakan Beluntung apabila beberapa ekor semut merah menggigit-


gigit badan Bawod?
a. Beluntung menyapu-nyapu badan Bawod dengan pucuk ubi kayu.
b. Beluntung memicit-micit seekor dua semut itu sehingga hancur.

4. Apakah nama sekolah Beluntung?


Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir.

5. Siapakah yang mengajar mata pelajaran Ilmu Alam kepada Beluntung?

Cikgu Rambayut.

6. Nyatakan harapan Beluntung ketika hujan lebat?


a. Dia tidak mahu jatuh sakit.
b. Dia mahu ke sekolah.
c. Ingin menjadi murid yang pandai.

7. Mengapakah hati Beluntung menjadi panas?


Beluntung menjadi panas kerana melihat bukunya bertaburan di atas lantai.
8. Siapakah membuang buku-buku Beluntung di atas lantai?
Basil.

9. Apakah pesanan ibu kepada Beluntung?

Pesanan ibu ialah jika ingin bersaing, bersainglah dalam pelajaran.


10. Nyatakan dua tekad Beluntung dalam cerpen ini.
a. Beluntung ingin lulus peperiksaan darjah enam.
b. Menjadi pelajar terbaik SRK Timbang Pasir.

11. Pada pendapat anda, apakah cara-cara menyayangi haiwan peliharaan kita?
a. memberikan makanan khasiat dan secukupnya.
b. menyediakan tempat tinggal yang bersesuai.
c. mendapatkan rawatan sekirangnya sakit.

Anda mungkin juga menyukai