Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula

(1) Hasil perniagaan goreng pisang, Mak Milah menyara keenam-enam orang anaknya hingga
berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

(2) Sejak dari kematian rakan karibnya itu dia kelihatan murung dan sentiasa menyendiri.

(3) Banjir lumpur yang melanda itu menenggelamkan kebanyakan rumah-rumah yang terletak
di kawasan yang rendah.

(4) Faktor pengaruh rakan sebaya telah dikenal pasti antara penyebab berlakunya keruntuhan
akhlak di kalangan remaja kini.

(5) Guru kelas mengarahkan pelajar berada dalam kelas ketika guru tiada.

(6) Kerajaan memberi bantuan modal kepada pekebun kecil demi untuk masa depan mereka.

(7) Oleh kerana sakit, Izat tidak dapat hadir ke sekolah.

(8) Encik Helmi menghadiahi sebuah basikal kepada anak bongsunya.

(9) Ayah bercadang untuk memperbesarkan bilik kami pada minggu hadapan.

(10)Ramai pelajar-pelajar pergi ke dewan sekolah untuk menyaksikan pameran kesihatan.


(11) Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan kewangan yang diberikan bagi
membantu pembedahan anak yang cacat ini.

(12) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu yang
memandu laju dan lain-lain kesalahan .

(13) Produk kecantikan yang baharu dilancarkan itu mendapat sambutan yang amat baik sekali
dalam kalangan wanita.

(14) Di masa kegawatan ekonomi, orang ramai diingatkan berjimat cermat dan mengamalkan
amalan menabung.

(15) Kos hidup di Bandar raya-bandar raya besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru amat
tinggi.

(16) Tunku Abdul Rahman adalah negarawan yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara ini.

(17) Kedua-dua pihak itu saling tuduh-menuduh apabila ditanya oleh Tuk Penghulu tentang
punca kejadian pergaduhan tersebut.

(18) Sumbangan mangsa banjir itu telah diserahkan oleh kami kepada pihak oleh
bertanggungjawab.

(19) Sepasukan pendatang tanpa izin berjaya ditangkap oleh polis sebaik-baik sahaja mereka
memasuki negara ini.

(20) “ Latihan matematik itu telah dihantar oleh saya pada pagi tadi,” kata Aiman kepada
rakannya.

Anda mungkin juga menyukai