Anda di halaman 1dari 2

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

CONTOH CARA MENJAWAB SOALAN DIBAWAH

LATIHAN 1 :
i. Kesalahan kata / istilah : _____________ - _____________
Kesalahan tatabahasa : _____________ - _____________

LATIHAN 1
(i) Kakak suka makan asam laksa yang dibeli daripada penjual makanan di tepi jalan.
(ii) Isteri orang kaya itu suka mengikat sanggul oleh kerana rambutnya panjang
(iii) Puan Roosezah memperluaskan ruang tamu dengan khidmat seorang konduktor dari Indonesia.

LATIHAN 2
(i) Sempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, koleksi setem-setem istimewa yang bertemakan
Raja-raja Melayu telah dilancarkan oleh Pos Malaysia.
(ii) Ayah menggunakan cermin mata demi untuk membaca surat khabar dan makalah yang dibelinya dari
kedai.
(iii) Adik acap kali menghadiri temu duga dengan pakar psikiatri apabila mendapat surat dari Hospital Kuala
Lumpur sejak kemurungan dua tahun yang lalu.

LATIHAN 3
(i) Kajol mengenakan sehelai seluar jean yang berwarna hijau daun sewaktu merakamkan video klip dengan
Shah Rukh Khan.
(ii) Ayah yang menunggu adik di perhentian bas selama satu suku jam semakin lama semakin bimbang akan
keselesaan anak emasnya itu.
(iii) Goreng kuetiau yang dijual di gerai itu menjadi tumpuan pelancong setelah artikel berkaitan dengannya
disiarkan dalam media masa.

LATIHAN 4
(i) Pekerja di syarikat itu mendapat ganjaran daripada pihak majikan atas keuntungan berganda yang
diperoleh dalam fasa kedua suku pertama tahun ini.
(ii) Irdina ingin menternak kucing-kucing yang comel di dalam rumah walaupun keinginannya itu emaknya
larang.
(iii) Bas sekolah yang terjerumus ke dalam gaung itu mengorbankan beberapa orang murid-murid sekolah.

LATIHAN 5
(i) Anggaran cuaca pada hari ini dibaca oleh seorang penyampai berita yang berkebaya sutera batik.
(ii) Unit Pencemar Udara (IPU) di beberapa buah daerah dicatatkan amat berbahaya sangat sehingga
sekolah-sekolah di kawasan tersebut ditutup selama dua hari.
(iii) Guru cemerlang itu mengajarkan tatabahasa Melayu kepada murid-muridnya menggunakan pelbagai
multimedia sepertimana digalakkan dalam konsep pembelajaran alaf ke-21.
LATIHAN 6
(i) Setengah-tengah manusia tidak dapat mengawal hawa nafas sehingga terlanjur dalam perbuatan.
(ii) Kerosakan penghawa dingin di bilik guru menyebabkan kebanyakan guru bukan berasa selesa.
(iii) Muslimah yang bersongkok dan berbaju Melayu itu tampak kemas dan bergaya di hari raya.

LATIHAN 7
(i) Pasangan artis yang bersanding di Masjid Kuala Lumpur itu bapa pengantin perempuan walikan serta
disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.
(ii) Pegawai eksklusif syarikat telekomunikasi itu ditangkap oleh pihak berkuasa kerana beliau terlibat dalam
penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran.
(iii) Kotak suara ibu rosak setelah ditumbuk oleh seangkatan perompak yang memecah masuk ke dalam
rumah kami pada minggu yang lalu.

LATIHAN 8
(i) Pelajar universiti yang muda itu menonton motosikalnya yang rosak daripada tempat parkir kereta
sehingga ke bengkel motosikal.
(ii) Ibu bapa saya menganugerahkan wang kepada rumah anak yatim dan golongan fakir miskin yang hidup
dalam kekurangan.
(iii) Upacara pelantikan Sultan Selangor yang sedang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang disiarkan
secara langsung kepada seluruh negara.

LATIHAN 9
(i) Pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengumumkan bahawa takrif air di negeri Selangor
akan dinaikkan daripada dua sen ke lapan sen seribu mililiter padu.
(ii) Menteri Kerja Raya melakukan kunjungan kerja ke tapak bangunan lama-lama dalam bandar raya Melaka
yang akan dibaik pulih menjadi destinasi pelancongan.
(iii) Pihak berkuasa Australia gagal mencari bekas hitam pesawat MH370 yang terhempas di Lautan Hindi
sebab cuaca pada waktu itu buruk.

LATIHAN 10
(i) Remaja zaman ini mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka sehingga terlibat dalam kes sosial.
(ii) Kedai kek yang popular di bandar raya itu beroperator dari pukul 10.00 pagi hingga
10.00 malam.
(iii) Kata orang-orang tua-tua, “setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya singgah di belakang kerbau
juga”.

Anda mungkin juga menyukai