Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN 2

SEKOLAH BERASRAMA PENUH

(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari Internet sering kali menghabiskan masa berjam-jam di
hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap
keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya
melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

LATIHAN 7 :

MPSM SARAWAK

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah
maksud asalnya.

Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian dan sektor ini adalah
antara sektor yang banyak mencemar dan membazirkan air namun tiada sistem pengurusan permintaan
air bagi sektor ini. Ladang-ladang penternakan haiwan dan penternakan hidupan akuatik dalam sangkar
juga menjadi punca pencemaran

LATIHAN 8 :

MPSM SELANGOR

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut
menjadi tiga ayat.

Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang
indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan
gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia.
Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Ekonomi Malaysia
meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak pelancong datang ke Malaysia.

LATIHAN 10 :

(b) Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata
hubung yang sesuai.

(i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera.

(ii) Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu.

(iii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu

(iv) Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

(v) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

(vi) Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran

Anda mungkin juga menyukai