Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU-SPM PELAJARAN 4 (M4 /JUN /21)

SINTAKSIS
Latihan 8 (SPM PERCUBAAN 2013 –NEGERI SEMBILAN
Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah atau karangan biasa tanpamengubah maksud
asalnya
“Maria, tolong ambil bubur kacang di dapur,” pinta mak. “Bubur kacang, siapa buat mak?” tanya
Maria. “Kakak kau masak tengah hari tadi,” balas mak. “Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita
minum petang bersama ayah,” tambah mak lagi. “Baiklah mak, tentu sedap bubur kakak buat, Maria
pun dah lapar ni,” jawab Maria. “Memang sedap tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli
semalam,” terang mak. “Ayah, mak, marilah makan, Maria dah hidang di meja ni,” Maria memanggil
ayah dan maknya minum petang.

Latihan 9 (SPM PERCUBAAN 2013- PAHANG


Kenal pasti jenis-jenis ayat di bawah sama ada ayat tanya,ayat perintah,ayat penyata an ayat seruan
i. Syabas,anda telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan.
ii. Sudah siapkah tempahan baju saya?

iii. Pelajar dilarang merokok di kawasan sekolah.

iv. Pengetua ingin mengetahui sebab-sebab ketidakhadiran Ali ke sekolah


semalam.

v. “Jemputlah datang ke rumah saya sempena sambutan ulang tahun


perkahwinan kami,” kata Hashim kepada Shamira

vi. Malaysia tersenarai sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di


Asia.
LATIHAN 10 ( SOALAN PERCUBAAN 2013- PERAK
b) Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

i. Mereka diminta menyusun kerusi sebelum acara sukan bermula di padang sekolah.

ii. Encik Hashim telah membeli rumah bangle di Cameron Highlands dengan duit titik peluhnya
sendiri.

iii. Gadis dari Brunei Darussalam itu diperisteri oleh Encik Halim sebulan yang lalu.

Latihan 11( SOALAN PERCUBAAN 2013- YAYASAN ISLAM KELANTAN


Cerakinkan setiap ayat makmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal

i. Datuk Jaafar akan bertolak ke Medan pada hujung minggu ini.

ii. Penternak ikan di kawasan Tasik Chini mengalami kerugian kerana hasil ternakan mereka
diserang penyakit.

iii. Kemalangan ngeri itu berlaku di Tampin dan meragut tiga orang pelancong dari Jerman.

LATIHAN 12- (SOALAN PERCUBAAN 2013- KELANTAN)


Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah menjadi tiga ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung
yang sesuai

Hutan paya bakau sangat kaya kerana mempunyai nilai komersial. Hutan paya bakau juga menjadi
sumber kayu-kayan.Penduduk di kawasan pantai menggunakan kayu bakau untuk membina rumah.
Mereka juga boleh membina bot. Kayu bakau itu akan dijadikan rasuk,alang, pelancar dan tiang.
Kayu bakau turut digunakan untuk membuat perangkap ikan. Kayu bakau dapat dijadikan sumber
kayu api. Kayu bakau dapat dijadikan sumber kraf tangan dan barang perabot rumah.

i.

ii.

iii.

LATIHAN 13 ( SOALAN PERCUBAAN 2013- SABAH


(b) Ayat-ayat majmuk di bawah ini terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Anda dikehendaki memisahkan
ayat-ayat tersebut kepada ayat-ayat tunggal dengan menggunakan ayat yang gramatis.

i. Pak Mail dan Mak Kiah akan menghadiri majlis perkahwinan cucu mereka pada bulan
hadapan.

ii. Dia ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat universiti tetapi masalah kewangan
menghantui pemikirannya.

iii. Elden Joumin masuk ke dewan itu lalu duduk di barisan hadapan

i.

ii.

iii.

LATIHAN 14 (SOALAN PERCUBAAN 2013- SARAWAK ZON B)


b)Pisahkan setiap ayat majmuk di bawah ini menjadi dua ayat tunggal.
i. Penduduk di kawasan luar bandar banyak bergantung kepada doktor di hospital kerajaan
berbanding penduduk di kawasan bandar yang mendapat rawatan di klinik swasta.
ii. Sumbang mahram berlaku kerana kurangnya didikan agama dan hilangnya rasa kasih sayang
sesame ahli keluarga.
iii. Nyamuk aedes membiak kawasan air yang bertakung dan suka menggigit mangsa pada
waktu pagi dan petang

i.

ii.

iii.

...........................................................................................................................................................................................

PRAKTIS BERFORMAT SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnya terletak
pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda, lima prinsip Rukun Negara telah diterapkan
sejak bangku sekolah demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian terdapat segelintir rakyat
yang telah memuat naik kata-kata yang menghina institusi tersebut melalui laman sosial. Oleh itu,
hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibat kerana setiap rakyat Malaysia
perlu akur bahawa kesetiaan kepada raja dan negara ialah tanggungjawab kita bersama.
Dipetik dan diubah suai daripada Kesetiaan Kepada
Raja dan Negara Oleh Nurul Muhamminah Dewan Masyarakat, Bil 2/2017
[6 markah]

KATA MAJMUK
1.
2.
3.

BINAAN AYAT
1.

2.

3.

SOALAN 9 : RUMUSAN - [ 30 markah ]

BAHAN 1- PETIKAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
“Sekolahku syurgaku”, ialah ungkapan yang menggambarkan sekolah sebagai tempat
menimba ilmu yang indah dan menarik serta lebih selamat. Makna ungkapan ini seiring dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif,
menyeronokkan dan penuh ceria. Tiga budaya,iaitu kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati
perlu diterapkan antara guru dengan murid. Kebahagiaan dan kasih sayang merujuk perasaan gembira
sepanjang masa berada di sekolah dan mengikuti pembelajaran. Hal ini pasti sekali membolehkan proses
pembelajaran menjadi lebih efektif. Murid menjadi lebih seronok serta bersemangat untuk menjalani sesi
persekolahan.
Dari sudut yang lain pula, semua orang pastinya tidak akan menolak jika mereka diberi
peluang untuk belajar dan mengajar di sekolah yang indah persekitarannya. Keceriaan kelas dan
bangunan sekolah perlu dipertingkatkan dengan pelbagai mural yang berunsur motivasi dan pendidikan.
Penggunaan cat pelbagai warna disulami kata-kata motivasi di sudut-sudut strategik sekolah pasti
memberikan impak berbeza kepada murid. Pada masa yang sama, peralatan sekolah yang rosak atau
berbahaya wajar digantikan dengan peralatan baharu. Kita tidak mahu insiden bahaya seperti murid maut
dihempap tiang gol uzur seperti yang dilaporkan beberapa tahun lalu berulang. Sudah tentu guru
mahupun murid tidak mahu persekitaran sekolah yang kotor dan tidak selesa. Oleh itu, budaya bergotong-
royong dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran sekolah wajar diberikan perhatian yang serius.
Seperkara lagi, pihak sekolah juga boleh menjalankan aktiviti sedemikian sebulan sekali
sebagai satu inisiatif membudayakan amalan bekerjasama dalam kalangan warga sekolah. Hal ini juga
akan memupuk nilai-nilai murni dalam diri guru, pelajar dan staf sekolah. Penerapan elemen
pembelajaran yang menyeronokkan wajar dilaksanakan oleh guru agar murid berminat untuk hadir ke
sekolah. Usaha sedemikian bukan sahaja menarik minat murid untuk hadir ke sekolah, malah masalah
ponteng sekolah yang membelenggu sistem pendidikan selama ini juga dapat diatasi. Sememangnya,
hasrat kerajaan ini agak sukar direalisasikan sekiranya tiada persefahaman antara warga sekolah yang
sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi menjayakannya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sekolahku, Syurgaku’
oleh Shakira Khairudin, Dewan Siswa, Bil 1/2019

BAHAN 2 – SYAIR

SYAIR SEKOLAHKU SELAMAT

Tersergam indah kukuh dan megah


nampak bergaya anggun terserlah,
tempat belajar berpenat lelah,
rasa kasihku telah tertumpah.

Mencurah rasa kepada guru


agar diri dapat dibantu,
kelas ceria dipenuhi buku,
mudah dikuasai segala ilmu.

Kalau sekolah selalu ceria,


hati tidak gundah gulana
fizikal teguh bangunan terjaga,
keselamatan murid terjamin sentiasa.

Pergi sekolah hati nan riang


semua kawan dikasih disayang
sentiasa bersama susah dan senang,
walau banyak rintangan yang datang
Sumber : Internet

KARANGAN A : 30 MARKAH
Maklumat di bawah berkaitan dengan sumber air bersih. Huraikan pendapat anda tentang sumber air bersih.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan

SUMBER AIR BERSIH


APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA SUMBER
AIR BERSIH TERCEMAR?
MENJEJASKAN HIDUPAN
AKUATIK
MENGANCAM KESIHATAN
MANUSIA

MEMBAZIRKAN KOS
PEMBERSIHAN

BAGAIMANAKAH
MENJAMIN BEKALAN
AIR BERSIH

GOTONG –ROYONG PENDIDIKAN KESEDARAN

RANGKA KARANGAN

Ayat Tema Apakah isu yang dibincangkan?

Ayat Huraian Sebab isi itu berlaku?

Ayat Contoh Bukti ?

Ayat Arahan Kehendak soalan ?


ISI 1

ISI Apakah idea utama?

MENGAPA Apakah alasannya

BAGAIMANA/ Apakah bukti?


CONTOH

KESAN Apakah kesan yang diterima?

ISI Apakah idea kedua?

MENGAPA Apakah alasannya

BAGAIMANA/ Apakah bukti?


CONTOH

KESAN Apakah kesan yang diterima?

ISI Apakah idea ketiga?

MENGAPA Apakah alasannya

BAGAIMANA/ Apakah bukti?


CONTOH

KESAN Apakah kesan yang diterima?


Kesimpulan Apakah tema yang telah dibincangkan?

Ayat Cadangan Apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

Ayat Cadangan Apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

Ayat Harapan Apakah harapan anda?

Anda mungkin juga menyukai