Anda di halaman 1dari 8

LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SEMESTER 3

BAHAGIAN A: Sistem dan Aplikasi Bahasa


[15 markah]

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata tunggal dan satu kata
majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan orang asli suku


Bateq di Kuala Koh, Gua Musang, dijangkiti wabak measles atau demam campak.
Menteri Kesihatan, berkata, pengesahan itu dibuat dengan berdasarkan hasil ujian
makmal yang dilaksanakan. Antara faktor utama wabak tersebut merebak di
perkampungan itu ialah liputan imunisasi MMR yang sangat rendah, iaitu 61.5 peratus
bagi dos pertama dan 30 peratus bagi suntikan dos kedua.

Dipetik dan diubah suai daripada


https://www.sinarharian.com.my/article/32945/BERITA/Nasional/
KKM-sahkan-suku-Bateq-dijangkiti-demam-campak
[ 2 markah ]

2. Kenal pasti pola ayat dalam ayat-ayat yang berikut sama ada berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN + FN) +, Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama +
Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).

(i) Murid yang cerdik itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.


(ii) Kami sekeluarga ke pasar tani untuk membeli barangan dapur.
[4 markah]

3. Petikan di bawah mengandungi beberapa kesalahan kata atau istilah dan kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan dua kesalahan kata atau istilah dan dua kesalahan
tatabahasa itu. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Bumi umpama sebagai rumah besar bagi segala benda yang merangkumi manusia,
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, hanya manusia yang dianugerahi
akal dan kebijaksanaan untuk menguruskan bumi ini. Namun begitu, akal dan
kebijaksanaan itu sering disalahertikan termasuklah tindakan manusia mencemar alam
dan melakukan pembaziran dengan sewenangnya. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
tindakan tersebut dilakukan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya.

Dipetik dan diubah suai daripada


Dunia Semakin Tenat?
Oleh Azimah Ismail
Dewan Siswa, Bil.10 2020.
[4 markah]

1
4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.

Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali
Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri
Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik baik
tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat.
Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada
dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
[3 markah]

5. Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai.

(i) Perbelanjaan hendaklah sepadan dengan pendapatan supaya tidak menyusahkan kita.
(ii) Jika melakukan sesuatu secara perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya.

[2 markah]
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[ 15 Markah]

6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Tarian didefinisikan sebagai suatu pergerakan yang berirama. Proses penguasaan


seni tari yang dipelajari meliputi kemampuan individu menghafal gerakan, memahami
dan menghayati sesuatu tarian. Dalam kebudayaan masyarakat Malaysia terdapat
berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi
oleh unsur-unsur moden.
Berkenaan dengan penglibatan murid dalam seni tarian ini lazimnya berlaku di
peringkat sekolah. Penglibatan murid-murid dalam tarian dapat menonjolkan lanskap
bakat dan potensi diri mereka keseluruhannya. Dalam pergerakan seni tari ini,
pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan
fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif bertujuan untuk
membantu murid-murid menyelesaikan masalah serta melahirkan perasaan masing-
masing melalui muzik yang diperdengarkan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Anak Wawasan’
oleh Naimah Muhammad,
Fokus SPM Bil. 112/2015

2
Bahan 2

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah berpadu tenaga dan membuat


perancangan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan berkaitan memperkayakan kebudayaan, kesenian dan warisan ke arah
mewujudkan masyarakat Malaysia yang lengkap, unggul dan prihatin terhadap seni.
Melihat kelebihan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) melaksanakan Program Bimbingan
Seni Budaya (PBSB) dengan mengambil inisiatif menyediakan latihan seni tari kepada
setiap lapisan masyarakat khususnya golongan pelajar. Pengarah Bahagian Bimbingan
Seni Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Fauziah Zakaria
berkata, pembangunan seni tari dalam kalangan murid-murid bukan sekadar hiburan
semata-mata sebaliknya membantu pembangunan modal insan seseorang termasuk
sahsiah diri.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Seni Budaya Bukan Remeh’
Oleh Fazurawati Che Lah,
Harian Metro, 25 Disember 2017

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud kemampuan individu. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kebaikan seni tari tersebut kepada murid-
murid di sekolah. [2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk meningkatkan martabat bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia?
[3 markah]

7. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Ketika aku ke sini tujuh tahun yang lalu. Hanya tanah gersang dan pepohonan kurus kering
yang menjadi pemandangan. Setiap aku berkunjung ke rumah nenek, hawa panas, tanah yang
rengkah, kerana musim kemarau yang lama.
Nenek bercerita hal ini sudah berlangsung hampir lima tahun, dulu kampung ini sejuk dan
hijau. Tetapi kemudian berubah, kerana banyak para penduduk yang menebang pohon di hutan
kampung kayunya diambil, kemudian dijual kerana banyak akhirnya jadi seperti ini, hutan
menjadi tandus, sungai mengering dan menjadi malapetaka kampung menjadi gersang. Di
mana-mana hanya terlihat hamparan tanah tandus dan kering-kontang.
Kemudian pada kunjungan kami berikutnya, ayah mengajak temannya yang seorang pegawai
pertanian. Warga kampung diajak untuk memajukan kampung yang sudah mulai mundur.

Dipetik daripada cerpen ‘Hijau Yang Menawan’


oleh Doddy Rullyanda
dalam DoddyRullyanda.Blog.Com.
3
Bahan 2

TENTANG ALAM
Di suatu ketika pagi itu Kita tidak sedar
fajar hanya baru sejengkal membuka tirai bumi sedang sakit ketika ini
hembusan lembut bayu pagi didesa kepada siapa yang harus
mengukir senyuman ketenangan dipersalahkan
kicauan burung berterbangan keseronokan ketika berlakunya bencana alam
memecah kesunyian pagi meratapi luka nasib
jauh berbeza berbanding di kota raya pencemaran sungai
di saat ini masalah suhu pemanasan global
baru aku sedar akan keindahan berfaktorkan penipisan global
tahap nirwana khazanah alam berpuncakan sikap manusia
Ironinya
ketika kita sedang leka mengejar pembangunan
ketika negara sedang rakus mengejar permodenan.. Iesha Q.L
kita lupa dan alpa Kuala Lumpur
telah membawa 1001 masalah
kepada alam semesta

(i) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan-kesan terhadap alam yang disebabkan
perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. [2 markah]

(ii) Pada suatu petang anda dan ayah telah memasuki hutan yang berdekatan rumah anda.
Anda bercadang untuk mencari pokok herba dan akar kayu untuk dijadikan ubat-ubatan
tradisional. Semasa dalam perjalanan, anda telah melihat beberapa orang sedang
menebang pokok-pokok balak yang amat mencurigakan. Ayah anda telah memberitahu
bahawa kawasan hutan itu merupakan kawasan hutan simpan yang sememangnya tidak
dibenarkan untuk sebarang aktiviti penebangan hutan.

Sebagai rakyat yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda lakukan untuk
menghentikan aktiviti haram tersebut ? [3 markah]

8. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan masyarakat
yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

(i) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip


(ii) Tirani karya Beb Sabariah
(iii) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(iv) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
[3 markah]

4
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[ 30 markah]

9. Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Kesihatan merupakan aset terpenting seseorang remaja. Seorang remaja yang sihat bukan
sekadar bebas daripada penyakit tetapi sihat dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritualnya.
Namun begitu, masalah kesihatan seperti obesiti dan diabetes dalam kalangan remaja hari ini
bukan jenaka tetapi merupakan realiti kehidupan. Kaedah yang paling mudah bagi remaja
untuk menjalani gaya hidup sihat adalah dengan mencari info tentang kesihatan dengan
melayari laman sesawang, membaca buku dan bertanya dengan pakar kesihatan.

Kita akui bahawa melalui amalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja khususnya
akan memberikan banyak kebaikan kepada mereka. Melalui pengamalan pemakanan, sudah
tentu akan membantu proses perkembangan otak mereka. Dalam menjalani kehidupan yang
sihat, keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting. Pendek kata, cara hidup sihat bukan
sahaja dapat membantu remaja berfikir dengan lebih matang tetapi dapat memberikan
keyakinan diri dan daya kreativiti akan semakin bertambah.. Selain itu, seorang remaja juga
akan mempunyai ketahanan fizikal yang kuat. Sebagai contoh, apabila kita sering melakukan
aktiviti fizikal seperti bersenam, bersukan dan sebagainya, kita akan dapat mengekalkan lagi
ketahanan fizikal kita.

Dalam pada itu, kecenderungan remaja mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan
seharian mereka terutama ketika belajar sudah tentu mereka lebih senang untuk fokus
terhadap apa-apa yang diajar. Keadaan ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan
prestasi mereka sama ada dalam pelajaran atau dalam pekerjaan. Akhirnya, aktiviti sihat tidak
hanya berfokus kepada aktiviti fizikal semata-mata tetapi otak juga perlu menjalani kehidupan
yang sihat. Sehubungan dengan itu, remaja perlu menghindarkan diri daripada sebarang
aktiviti negatif seperti menagih dadah dan merokok yang boleh menjejaskan masa depan
mereka.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Remaja Prihatin Remaja Sihat
oleh Dr.Ahmad Mustapha,
Berita Harian, September 2019.

5
Bahan 2 – Grafik

6
BAHAGIAN D: KARANGAN
[ 40 markah ]
10. Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 200 patah perkataan.
i.

Masalah emosi dikenal pasti menjadi isu utama kesihatan mental rakyat pada ketika ini,
terutama sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan 8,380
panggilan telefon yang diterima pihaknya setakat semalam, 46.8 peratus berdepan
masalah itu.

Dipetik daripada ucapan


Tan Sri Dr.Noor Hisham,
Berita Harian 19 Mei 2020

Petikan ucapan di atas menyatakan bahawa antara masalah kesihatan mental dalam kalangan
masyarakat adalah berpunca daripada masalah emosi.

Bincangkan.

ii.

Pada masa ini, kadar kemalangan di tempat kerja kini berada pada tahap
membimbangkan. Menurut Laporan Kemajuan Agenda Pembangunan Lestari (SDG)
2030, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyatakan sekurang-kurang tiga
kematian berlaku bagi setiap 100,000 pekerja dan purata 889 kecederaan bagi setiap
100,000 pekerja. Keadaan ini jelas menunjukkan kesedaran mengenai amalan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam kalangan pekerja masih rendah.

Sumber :BH Online, 26 Ogos 2019

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa kadar kemalangan di tempat kerja berada dalam
keadaan yang membimbangkan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, persekitaran di tempat
kerja yang lebih selamat adalah amat penting bagi menjamin pekerja terus kekal bekerja
dalam sektor yang diceburi.

Bincangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu anda ambil bagi menjamin


keselamatan diri anda semasa melakukan pekerjaan.

7
iii.

KUALA LUMPUR: Perpaduan adalah hadiah tidak ternilai dan perlu dipelihara serta
dihargai semua rakyat di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia. Aktivis
masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perpaduan terhasil apabila rakyat daripada
pelbagai etnik dan agama saling menghormati antara satu sama lain.
Sumber : Berita Harian Online, 7 April 2018

Petikan akhbar di atas, menurut aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye bahawa
perpaduan terhasil apabila rakyat daripada pelbagai etnik dan agama saling menghormati.

Ulaskan pernyataan tersebut.

iv.

“Untuk menjadi usahawan yang maju dan berdaya saing, semua usahawan perlu
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan cara pemasaran terkini seperti yang
diamalkan oleh ramai ahli perniagaan yang berjaya. Penglibatan golongan usahawan
dengan menceburi bidang perniagaan secara dalam talian memberikan pelbagai kebaikan

Sumber : Harian Metro Online, Isnin, 9 April 2018

Huraikan kebaikan-kebaikan tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai