Anda di halaman 1dari 8

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2

2 ½ jam

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019

TINGKATAN EMPAT

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

1
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor
pertanian di Malaysia dan kebaikan-kebaikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Selain meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara, sektor ini juga menyediakan peluang pekerjaan yang menjadi sumber pendapatan rakyat di
negara ini. Disebabkan kepentingannya, maka kawasan pertanian baharu diteroka dari semasa ke semasa, malah
kini sektor pertanian telah dibangunkan secara komersial untuk eksport. Tanaman buah-buahan juga mula
diusahakan secara besar-besaran untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.

Faktor cuaca di negara ini yang panas dan hujan sepanjang tahun serta tanah yang subur membolehkan
bidang pertanian dimajukan di peringkat yang optimum. Jenis tanaman perlu dipelbagaikan dan pengeluaran
hasil pertanian dapat ditingkatkan sekiranya kerajaan terus memberikan sokongan kepada sektor ini. Usaha ke
arah ini jelas kelihatan menerusi pertukaran nama Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani. Tanah rancangan FELDA juga akan dimajukan lagi sebagai kawasan pertanian raksasa untuk
menyeimbangkan pertumbuhan sosioekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Menerusi usaha yang berterusan ini diharapkan produk pertanian negara lebih berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia boleh menjadi pusat agensi pelancongan, iaitu dengan
menjadikan kawasan pertanian sebagai pusat tarikan pelancongan. Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha
membangunkan kawasan pertanian perlu dilakukan secara serius.

Jika kita mahu melihat sektor pertanian terus maju, orientasi dan persepsi masyarakat tentang bidang
pertanian perlu diubah. Pertanian tidak seharusnya dikaitkan dengan kemiskinan dan pekerjaan golongan
bawahan, sebaliknya pertanian boleh dijadikan landasan untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi
rakyat. Selain itu, kempen untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu
dijalankan bagi menghapuskan tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor
perkhidmatan. Mereka juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang ini akan dikecapi
oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan syarat tarikan, seperti
kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan dengan lebih banyak dan berkesan.

Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara tekal. Dengan
yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan
penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program penyelidikan perlu dijalankan secara
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian. Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara
Asia yang lain yang menjadikan produk pertanian sebagai bahan eksport.

Kesimpulannya, negara perlu mengorak langkah yang berkesan untuk menjadikan sektor pertanian lebih
kompetitif, berkembang pesat, dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pertanian negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan


Ekonomi, April 2004)

2
Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata lebih kompetitif. [2 markah]

ii. Apakah peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang perlu diberikan oleh masyarakat dalam membantu kerajaan
memajukan sektor pertanian? [4 markah]

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan
agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama sayang masih terlalu cetek
dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak
muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya
dengan segala adat resan dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak
zaman berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan
perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata
bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya
tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mel, agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti
agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah
hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”
(Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri
Antologi Jaket Kulit Kijang dari istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan punca-punca bonda menghalang Mel untuk bermastautin di
bandar. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang?
[3
markah]

3
iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen
tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini
patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggu;
maka seorang pun tiada bertemu dengan patik- patik itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung.”

Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang-
barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli
hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”

Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau Laksamana pergi
berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka Laksamana pun berdiam
dirinya mendengar titah raja demikian itu.

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya- kaya dan saudagar itu pun habis kecurian; syahadan
semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata- kata lagi.

Maka sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke istana kita ini.”

Maka titah raja, “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?”

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan,


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata “Maka titah duli yang maha mulia patik junjung”. [2 markah]

ii. Apakah pandangan Laksamana tentang penjurit yang melakukan kecurian tersebut? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah kecurian daripada
berleluasa? [3 markah]

4
Soalan 2 (d) Petikan Puisi

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh


(Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi 1996,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Nyatakan maksud rangkap kelima dalam gurindam di atas. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah kepentingan menjaga tingkah laku? [3 markah]

iii. Berdasarkan gurindam di atas, huraikan dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini.
[4 markah]

5
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

Jawab semua soalan


(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) urus setia


(ii) urus niaga
(iii) surat layang
(iv) surat khabar
(v) rumah tangga
(vi) rumah api
[6 markah]

(b) Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan tentukan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat perintah,
ayat seruan atau ayat tanya.

(i) Bangunan masjid itu masih kukuh walaupun pernah dilanda ombak tsunami.
(ii) Kasut saya telah dicuri semalam.
(iii) “Tolong jahitkan baju saya,” kata Ismail kepada isterinya.
(iv) Aduh, sakitnya kakiku!
(v) Bilakah dia akan datang ke tempat kita?
(vi) Jangan membuat bising di dalam dewan sekolah.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. And tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Dalam tempuh beliau memegang jawatan tersebut, kedua-dua akhbar tulisan jawi itu
diberi nafas baru.

(iii) Sila layari Intenet dan senaraikanlah sekurang-kurangnya 10 destinasi perlancongan yang
terkenal di negara ini.

(iii) Kini, aktiviti sukan lasak seperti kembara mendaki gunung dan lumba basikal bukit dapat
tarik minat orang ramai, terutama gulungan remaja di negara ini.

[6 markah]

6
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemudahan canggih berdasarkan teknologi yang terdapat di KLIA dapat dibanggakan oleh
kita.

(ii) Akibat kekurangan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain-lain perkara dalam
mesyuarat pada hari ini.

(iii) Para-para ilmuan itu sedang bersidang di dalam dewan seminar itu.
[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Kini sudah tiga bulan aku berada di rantau orang. Namun begitu, aku tetap tidak melupakanmu
dan sahabat kita yang lain di tanah air. Di sini aku memperoleh berbagai pengalaman, terutama
dari segi pergaulan. Aku terpaksa menyesuaikan diriku dengan kehidupan masyarakat di sini yang
lebih berdisiplin. Aku juga mula berdikari bukan sahaja untuk menimba ilmu tetapi juga melakukan
aktiviti yang lain.

[6 markah]

7
Soalan 4: Novel

[15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.

(a) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
[ 7 markah ]

(b) Nilai kasih sayang merupakan nilai yang sering dipaparkan dalam sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih
sayang.

[ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai