Anda di halaman 1dari 8

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
semangat kejiranan semakin luntur dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Hubungan baik sesama
jiran mesti dijaga bagi membina kehidupan yang harmoni, menjamin keselamatan berkekalan
dan memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Pada
zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata peribahasa Melayu hidup
sandar-menyandar 'seperti aur dengan tebing'. Kini, hubungan sesama jiran semakin renggang
walaupun pada hakikatnya rumah mereka sangat dekat. Punca utama yang sering dijadikan
alasan yang membatasi pergaulan dan kelunturan semangat kejiranan ialah tuntutan hidup
yang serba mencabar di kawasan bandar.

Ada jiran tetangga yang saling tidak mengenali, malah tidak pernah bertegur sapa.
Setiap anggota masyarakat asyik sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing
sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa dengan jiran kerana masing-masing
mengambil sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga terpaksa keluar sebelum
matahari terbit dan pulang pada lewat malam. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi serta
tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai
akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bergaul atau bertegur sapa sesama
jiran.

Fenomena tersebut bertambah parah dengan proses urbanisasi yang menyebabkan


masyarakat lebih bersikap individualistik atau tidak mahu mengambil tahu hal orang lain.
Sikap individualistik dan sibuk dengan hal sendiri hanya akan menyebabkan ikatan
masyarakat menjadi longgar. Perubahan sikap ini telah menghilangkan semangat kekitaan
yang selama ini menebal dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, keadaan masyarakat di
bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa telah menyukarkan mereka
berinteraksi dengan lebih mesra dan dekat. Ada pula dalam kalangan mereka yang bersifat
merendah diri dan memang tidak suka bergaul dengan orang lain kerana perbezaan pangkat
dan latar belakang sosioekonomi. Orang yang berpangkat tinggi mungkin tidak selesa bergaul
dengan jiran yang berpangkat rendah. Ada pula yang bersifat dengki, benci- membenci dan
berpaling muka sesama jiran menyebabkan semangat kejiranan semakin jauh.

Faktor teknologi maklumat dan komunikasi turut menyebabkan masyarakat hari ini
kurang menghiraukan semangat kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan
perkembangan teknologi maklumat yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara
langsung dengan anggota masyarakat yang lain. Dengan penggunaan telefon, faksimile dan
Internet, masyarakat kita seolah-olah tidak perlu bertemu secara bersemuka untuk berhubung.

1
Tambahan pula, struktur dan reka bentuk perumahan moden juga menyulitkan hubungan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri
moden dibina dengan tembok dan pagar yang tinggi serta halangan daripada kawalan
pengawal keselamatan berbayar. Sesetengah anggota masyarakat pula bersikap materialistik.
Mereka kurang membuat kebajikan sesama iran dan tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan yang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Mereka lebih
mengutamakan pembangunan material daripada pembangunan kerohanian kerana
menganggap perkara itu tidak mendatangkan sebarangan keuntungan.

Dipetik dan diubah suai daripada


'Kemerosotan Nilai Kejiranan'
oleh Samat Buang,
Dewan Siswa, Mac 2016

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) -Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan


mengggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membatasi pergaulan.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kepentingan menjaga hubungan baik sesama


jiran.
Apakah kepentingan-kepentingan tersebut?
[3 markah]

(iii) Semangat kejiranan tidak akan berkembang dengan hanya bersembang pendek.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengenali jiran kita dengan lebih
mendalam?
[4 markah]

2
Soalan 2(b) -Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu mengisi
dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang
agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempuma
di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih menerus.
Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang
kehidupan masa depan saya.
Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi kelahiran saya ini.
Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya
menjaga dua perkara, Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi
bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam
merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang
tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa
alasan sekalipun.
Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda untuk
anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk menghadapi
dugaan dan cabaran di tengah kota. Sebelum berangkat, bonda menyerahkan naskhah-naskhah
kitab lama miliknya di dalam sebuah beg sarat untuk dikirimkan kepada sahabat lama di kota.

(Dipetik daripada cerpen Munsyi


oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah pesan bonda kepada penulis?


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memelihara dan memartabatkan
bahasa ibunda?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan bonda yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

3
Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah
dan memakai bau-bauan yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, Pada
malam ini aku masuk membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu pun habis
aku curi.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana
pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala
Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka
didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah
ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, Teririk
bangkai pula aku ini!
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun
melompat manikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, Ceh, mati engkau olehku!
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh
Laksamana dihirisnya syahwatnya diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam


antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa
dan Pustaka)

(ii) Apakah yang ingin dilakukan oleh Kertala Sari apabila masuk ke dalam kota?
[2 markah]

(iii) Apakah strategi yang dilakukan oleh Laksamana untuk membunuh Kertala Sari?
[3 markah]

(iv) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk membanteras kegiatan jenayah
yang berlaku di Negara kita?
[3 markah]

4
Soalan 2(d) Puisi Tradisional

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GELANGGANG

Ini gelanggang kita


yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

(i) Apakah yang telah diwariskan oleh nenek moyang kepada generasi sekarang?.
(2 markah)

(ii) Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menjaga
keamanan negara?
(3 markah)

(iii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

(4 markah)

5
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham aka perbezaan dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) melipatgandakan
(ii) mengucar-ngacirkan
(iii) menguatkuasakan
(iv) mengemaskinikan
(v) mencampur-adukkan
(vi) menguar-uarkan

(b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya akan mengalihkan pasu-pasu bunga itu ke halaman rumah esok.

(ii) Pelancong dari luar negara mengagumi keunikan budaya rakyat Sabah

(iii) Landoi menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan surau secara sukarela

[ 6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pertandingan diklamasi puisi sempena hari kebangsaan anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka telah mendapat disertai daripada pelbagai kaum.

(ii) Perasaan curiga atau was-was merupakan masalah yang dialami oleh sesetengah
orang sehingga menyukari seseorang itu menilai dan membuat keputusan terhadap
sesuatu perkara.

(iii) Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang dapat
dikaitkan dengan sinareo peningkatan ketara dari segi kemasukkan pekerja asing
ke negara kita.

[ 6 markah]

6
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelancong daripada Jepun itu terpegun semasa melihat kemahiran orang buta itu
menyulam bakul rotan dengan pantas.

(ii) Kerajaan seharusnya memberikan pembebasan cukai atas pembelian rumah mampu
milik demi untuk meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah.

(iii)Kementerian Pendidikan mengingatkan pentadbiran sekolah yang mereka boleh


dikenakan tindakan tatatertib sekiranya menyimpan kes disiplin yang berlaku di
sekolah masing-masing.
[6 markah]

(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Azahari memulangkan buku yang dipinjam daripada Akim seperti yang telah
dijanjikan kerana baginya ..

(ii) Hamizah sudah dapat menulis karangan mengikut jumlah perkataan yang dikehendaki
setelah beberapa kali membuat latihan bak kata pepatah
.

(iii) Budak itu mempunyai kemahiran seperti ibunya yang pandai menjahit, umpama kata
pepatah ..

[6 markah]

7
Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua perwatakan watak
sampingan dalam novel tersebut.
[ 7 markah]

(b) Huraikan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
[8 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai