Anda di halaman 1dari 8

SET 3

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk
mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada Januari 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan


Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah untuk menangani masalah tekanan mental
dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan Modul Kesihatan Mental ini mendapat kerjasama
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Liow Tiong Lai, KKM akan berbincang dengan KPM bagi mencari pendekatan terbaik
supaya modul tersebut dapat diajarkan di sekolah. Berdasarkan rekod KKM, bilangan
pesakit mental yang menerima rawatan di hospital awam meningkat daripada 15.6 peratus
kepada 400,227 orang pada 2010 berbanding dengan tahun sebelumnya. Kebanyakan
pesakit mental terdiri daripada golongan tua, dewasa, dan remaja.

Kebanyakan remaja yang mengalami tekanan mental datang daripada keluarga yang
bermasalah. Remaja ini tidak diberi peluang dalam keluarga untuk meluahkan perasaan,
pandangan, atau masalah mereka malah kebanyakan mereka hanya memendam rasa.
Sekiranya perasaan ini sudah tidak dapat dikawal, remaja tersebut akan cenderung untuk
menunjukkan tingkah laku yang kurang menyenangkan lalu bertindak membuta tuli. Ibu
bapa yang terlalu menekankan akademik juga menyebabkan mereka mudah mengalami
tekanan. Selain itu, penderaan secara fizikal dan mental juga menjadi faktor yang boleh
menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. Individu yang pernah didera sama ada
dipukul atau diperkosa berkemungkinan besar akan mengalami tekanan. Tidak mustahil
juga jika dikatakan bahawa kesihatan emosi setiap insan amat berkait rapat dengan
kesihatan mentalnya. Seseorang yang hidup mewah tetapi kurang mendapat perhatian dan
kasih sayang juga akan mengalami gejala ini. Mereka ini akan hilang semangat untuk hidup.

Kematian seseorang yang disayangi dan penceraian ibu bapa merupakan antara
contoh pengalaman yang boleh memberikan kesan buruk termasuklah tekanan mental
kepada seseorang. Pengalaman yang berupa tragedi ngeri yang pernah dialami oleh
seseorang itu menyebabkan mereka sering mengalami gangguan emosi. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang disayanginya
telah meninggal dunia. Kesannya, mereka akan diselubungi kesedihan yang berpanjangan
lalu membawa kepada tekanan mental dan sakit jiwa. Terdapat juga segelintir remaja yang
gagal mencapai keputusan akademik yang diharapkan juga akan menghadapi situasi yang
sama. Mereka akan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Kecenderungan untuk
mengambil tindakan yang tidak matang ini disokong pula dengan faktor lain seperti sejarah
keturunan keluarga.

Pakar sakit jiwa membuktikan bahawa tekanan mental boleh dikaitkan dengan
keturunan. Jika keluarga ibu atau bapa seseorang itu pernah mengalami tekanan mental
yang teruk maka berkemungkinan anak-anak dan generasi seterusnya mudah mengalami
tekanan mental. Begitu juga kesan daripada kes bunuh diri yang dipaparkan dalam filem,
siri televisyen, mahupun Internet kadang kala membuatkan remaja terpengaruh oleh
perbuatan tersebut lantas mereka mengambil tindakan yang sama jika masalah tekanan
yang dialami oleh mereka itu berpanjangan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menangani Masalah Mental,


oleh Yasmin Norhazleena Bahri Md. Noor dan Tuan Nurizan Raja Yunus,
Dewan Masyarakat, Mei 2011)

Soalan 2(a) – Pemahaman


[ 35 markah ]

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata, mencari pendekatan terbaik berdasarkan petikan di atas.
[ 2 markah ]

(ii) Apakah kesan yang dihadapi oleh remaja jika mereka tidak dapat meluahkan perasaan,
pandangan dan masalah mereka kepada keluarga?
[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk
Menangani masalah tekanan anak-anak dalam pelajaran?
[ 4 markah ]
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Azam menggeleng-geleng lagi, “Jabatan Haiwan kan ada. Takkan mereka tidak
memantau? Kau boleh adukan kepada mereka. Minta nasihat doktor veterinar jika ayam kau
sakit.”
“Aku pun harap begitu. Aku harap kerajaan boleh buat sesuatu. Jangan biarkan
penternak kecil terperangkap dalam jerat syarikat besar.”
Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga. Kau
tidak payah mencari anak-anak ayam. Kau tidak payah keluar mencari dedak. Setiap musim
syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.”
Hakim menjawab, “Ya, mereka hantar segalanya dengan harga yang mereka
tentukan. Kini, hidupku bergelumang dengan hutang. Setiap saat aku berhutang dengan
RAJA. Kau fikirkan pula, kalau nasibku malang dan nilai jualanku kurang daripada harga
dedak dan ubat yang mereka bekalkan, beerti aku akan menanggung hutang kepada RAJA.
Berhutang dan berhutang.”
Azam memandang wajah sahabatnya dengan penuh simpati. “Jadi, apakah
cadangan kau sekarang?”

(Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh


Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, DBP)

(i) Apakah kebaikan menternak ayam secara kontrak seperti yang terdapat dalam petikan ?
[2 markah]

(ii) Sebagai seorang rakan, apakah kaedah yang boleh anda dilakukan untuk meringankan
beban hutang yang ditanggung oleh Hakim?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada
cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente
mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah
tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja
katanya, “inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada
raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan
kelakuan ini. Siapakah yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka
sungguh; tambahan Laksamana belum datang.
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala
Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara
patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Jangankan
membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka pun masing-
masing tunduk kemalu- maluan, lalu kembali.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan”,


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud penjurit yang terlalu buas itu.


[2 markah]

(ii) Apakah tindakan orang ramai apabila melihat Kertala Sari mati dibunuh?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan seseorang daripada
membuat pengakuan palsu?
[3 markah]
Soalan 2(d) – Sajak
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang

Rumput dan jerami yang terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan

Dia lelaki punya kkuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan

Dia lelaki sang gembala kuda


Hanya mengenal pantas tunggangan
Tanpa membaca keletihannya
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya tahu mengejar kehebatan
Tanpa menghitung kesakitannya
Dan kuda-kuda itu ditunggangi
Ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd Hashim Othman


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan sajak tersebut,nyatakan dua gambaran penyajak tentang keadaan lelaki
perkasa.
[ 2 markah]
(ii) Janji menjadi pegangan penting untuk seseorang itu dipercayai oleh orang lain.
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu menunaikan janjinya yang
dilafazkan kepada seseorang?
[ 3 markah]

(iii) Jelaskan dua mesej yang terdapat dalam sajak tersebut.


[ 4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
Menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan, atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) bela - bela


(ii) rendang - rendang
(iii) perang - perang
[6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian sambungkan ayat-ayat tunggal dalam
petikan tersebut supaya menjadi satu ayat majmuk tanpa mengubah susunan dan
maksud asalnya.

Restoran Selera Cik Siti menawarkan pelbagai jenis makanan. Restoran Selera Cik Siti
turut menawarkan pelbagai jenis minuman.Makanan dan minuman itu menjadi tarikan
utama pelanggan untuk ke restoran itu.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Serunding daging sering jadi juadah utama semasa sambutan hari raya Aidilfitri.
(ii) Papan tanda jalan di lebuhraya telah dijatuhkan akibat hujan dan ribut kencang
semalam.
(iii) Ali telah jual pelbagai jenis satay sejak sepuluh tahun lalu di restoran Pak Husin
yang berhampiran rumahnya.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai itu amat dikagumi oleh saya.

(ii) Kerajaan telah mengambil beberapa langkah-langkah positif untuk memelihara


seni muzik tradisional supaya tidak pupus dimakan zaman.

(iii) Sikapnya yang keras itu meninggalkan kesan yang buruk pada adiknya.

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah

(i) Seperti kera mendapat bunga

(ii) Bagai murai dicabut ekor

(iii) Alah membeli menang memakai

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib


(ii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman
(a) Jelaskan dua nilai kegigihan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,jelaskan satu peristiwa bagi setiap
novel yang pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan saspens pembaca.
[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai