Anda di halaman 1dari 2

TEKS PIDATO : REMAJA BERWAWASAN ASPIRASI NEGARA

REMAJA BERWAWASAN ASPIRASI NEGARA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa
berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga
pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.

Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir
saya. Menurut kamus dewan edisi keempat remaja merujuk kepada seseorang yang sudah akhil
baligh. Berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi
merupakan suatu bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki
suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara keseluruhannya, remaja
masa kini bakal menerajui Negara pada masa akan datang demi mencapai misi dan visi Negara ke
arah wawasan 2020.

Sidang saksi yang bervisi,

Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata Remaja berintelek, penjana wawasan
Negara. Hari ini, kebijaksanaan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat Negara.
Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi
acuan ke arah Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah
berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja kepintaran semula jadi Nik Nur Madhihah dan
Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka cipta. Mereka ini bakal menjadi asset
terpenting Negara dalam usaha mengejar impian. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr.
Mahathir Muhamad jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang.
Sidang dewan yang penuh santun,

Indikator saya yang kedua di bawah kata kunci Kekuatan fizikal dan mental remaja, menjana Negara
maju. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatan
fizikal dan mental . Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki
kecergasan yang seimbang agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja
di Negara maju. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan Negara yang akhirnya
dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Datuk Nicol ann David , Datuk Lee Chong Wei, Azizul
Awang Hasni, dan penerjun akrobatik penuh bergaya Pandalila Riong yang membuka mata
masyarakat dunia merupakan contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mental ada
signifikannya.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara, menjadi kata kunci saya yang ketiga.
Ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan dengan iman yang
hakiki. Menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan
sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan Islamiah .
Tidak cukup dengan itu, wujud pula rancangan imam muda yang menjadi fenomena menilai
kefahaman ilmu dan iman . Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya
sendiri dalam mempertahankan syiar Islam. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang
terdapat dalam diri remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan.

Hadirin yang penuh santun,

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya
golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Ayuh, remajaku, gegar
dunia mengharumkan nama Negara.

Sekian.

Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w

Anda mungkin juga menyukai