Anda di halaman 1dari 4

REMAJA BERWAWASAN ASPIRASI NEGARA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara. Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan. Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya.Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, remaja masa kini yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi Negara untuk menjadi Negara maju selaras dalam wawasan 2020. Sidang saksi yang bervisi,

Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata Remaja berintelek, penjana wawasan Negara. Hari ini, kita melihat, kebijaksanan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat Negara. Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi acuan ke arah Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja keutuhan pemimpin kita yang begitu gigih menjulang sebelum diangkat menjadi pemimpin Negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang. Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara, menjadi kata kunci saya yang kedua. Tokoh-tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Usamah bin Zaid dan Umar bin Abd Aziz adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi. Tidak hanya berhenti disitu, semangat kepimpinan dan kegagahan ruh perjuangan, terus meresap ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan Negara walaupun usia baru setampuk jagung. Sedarilah, sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, Negara pun turut menjadi lebih bervisi. Sidang dewan yang penuh santun, Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci Kekuatan fizikal dan mantel remaja, menjana Negara maju. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental remaja. Oleh itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus menaikkan nama Negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan kekukuhan mantel yang dimiliki oleh Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei , yang membuka mata masyarakat dunia merupakan contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mantel adalah suatu perkara yang signifikan.

Hadirin yang penuh santun,

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti Mat Rempit, Samseng Jalanan, bosiah, kaki lepak perlu dihapuskan. Hal ini demikian kerana, ianya akan memberi gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia mengharumkan nama Negara. Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w

Anda mungkin juga menyukai