Anda di halaman 1dari 3

Hadirin,

Saya pasti ramai yang sudah mengetahui kisah kota Konstantinopel, sebuah kota yang
besar dan kukuh yang bertahan ratusan lamanya. Namun, tentera Al-Fateh mengambil
masa selama 53 hari untuk berjaya menaklukinya. Malaysia juga sebuah negara
peradaban dan berdaulat yang telah wujud 6 dekad lamanya, penuh dan kaya
kepelbagaiannya. Namun begitu, jika kestabilan ini tidak dijaga mungkin Malaysia akan
tinggal nama dan sejarah cuma.

Sekalung apresiasi buat saudara pengerusi majlis, barisan generasi tonggak masa
hadapan negara serta kombinasi intelektual para pendidik yang penuh berintegriti.
Salam sayang buat negaraku dan salam Keluarga Malaysia saya titipkan buat anda
semua.

Hadirin,
Sebelum hujah diperkukuhkan bukti, biarlah Saya canangkan dahulu tajuk pidato saya yang
berbunyi “PERANAN GENERASI MUDA MENGEKALKAN KESTABILAN NEGARA”.
Maka, izinkan saya merungkai benang-benang kalimat yang mengikat setiap frasa agar hadirin
yang kabur semakin jelas maksudnya.

Menurut definisi nilai-nilai murni dalam kamus dewan edisi keempat, frasa “peranan”
bermaksud tugas. “Generasi muda” pula bolehlah diertikan sebagai golongan belia
manakala frasa “mengekalkan kestabilan negara” sinonim dengan menjaga keutuhan
negara.
Oleh itu molek benarlah jika pada hari ini anda duduk semeja dengan saya kita
bincangkan semula bagaimanakah anak-anak watan di hari ini mampu mengekalkan
kestabilan negara.

Atas kata bicara “REMAJA PEMACU PEMODENAN NEGARA” adalah hujah saya yang
pertama. Mantan perdana menteri kita Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah
melihat usaha ke arah pemodenan negara dimana beliau telah memperkenalkan satu
elemen kepada rakyat Malaysia iaitu Gagasan Satu Malaysia. Namun anak watan kita
masih terpinga-pinga dibawa oleh arus hedonisme. Jika bukan remaja, Slogan
transformasi negaraku akan direalisasikan oleh siapa? Penonton, ayuh saya bawa anda
meninjau pada negara matahari terbit iaitu Jepun dimana arus pemodenannya masih
menjadi bualan setiap umat di segenap empat penjuru dunia. Malaysia juga merupakan
negara yang bertamadun lebih-lebih lagi dihiasi dengan kepelbagaian bangsa dan
tradisi di dalamnya. Anak muda juga harus bergerak mencari inisiatif dalam mengikuti
arus kemodenan, berubah mengikuti zaman, berjuang bersama di atas paksi yang
sama, berada dalam satu ikatan kuat, erat, ampuh demi memacu aspirasi dan cita-cita
negara yang penuh bermisi dan bervisi dalam menjadikan belia sebagai pemacu arus
pemodenan negara.
Pragmatik dewan sekalian,
Saya usulkan hujah kedua, REMAJA MEMUPUK KE ARAH KEMAJUAN SOSIAL.
Penonton, bait indah seperti pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara boleh
dipatahkan begitu sahaja andai belia pada hari ini tidak diperkasa. Kerana apa? Kerana
penjajahan pada hari ini bukan lagi berbentuk pedang dan perang tetapi ideologi
songsang dan teknologi yang terhidang. Kita tidak mahu anak muda yang kita anggap
permata pada hari ini rupa-rupanya hanya serakan kaca yang hanya menambah luka.
Hari ini, rekod Timss & Pisa Malaysia berada pada kedudukan tangga ke-52 daripada
65 buah negara. Namun kita masih lena di bawah payungan bulan dan bintang tatkala
merasa selesa dengan angka tersebut. Kementerian Pendidikan Malaysia telah datang
dengan dasar TS25 yang membawa maksud kemenjadian murid dan sekolah berkualiti
bagi membentuk remaja yang berkualiti, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi malah mampu melahirkan modus operandi yang banyak
berfikir serta mampu menjamin ke arah kemajuan sosial.

Ikhwan ya muslimin,
Meniti hujah saya yang ketiga, KEUTUHAN EKONOMI BERTERASKAN REMAJA
YANG BERKUALITI. Tahukah anda, negara China di bawah pemerintahan xi jinping
melaksanakan dasar ekonomi dengan perdagangan atas talian, membawa negara
China memacu kejayaan. Kisah ini memberi gambaran kepada kita betapa transformasi
perlu dipasakkan dengan perubahan revolusi sektor ekonomi. Generasi muda yang
merupakan entiti penting dalam ekonomi negara pada hari ini masih tidur sebantal
mimpi lain-lain. Kita tinjau beberapa sosok ternama yang sedikit sebanyak sudah
mengorak nama dalam sektor ekonomi negara di samping membuka peluang pekerjaan
kepada golongan ningrat mahupun murba, Dato Sri Aliff Syukri Kamarzaman, pengasas
Syarikat D'herbs Sdn Bhd telah menceburi bidang perniagaan sejak berusia tujuh tahun
lagi dengan hanya bermodalkan RM450 Ringgit Malaysia, kini beliau mampu mencipta
nama di seantero dunia. Tidak lupa juga Muhammad Syahmi Sazli yang dahulunya
hanya berbekalkan video berbentuk lakonan eingkas, kini bergelar pengarah, penulis,
penerbit lagu dan selebriti internet Malaysia. Kesemua daripada kisah ikon-ikon ini
memberi gambaran kepada kita bahawa belia mampu menjadi tunjang ke arah
keutuhan ekonomi negara.

Akhirnya sampai saya pada hujah yang terakhir, REMAJA BERSATU POLITIK MAJU.
Hadirin, sedar ataupun tidak dalam kita mendepani cabaran global sebagai tunjang
kepada kestabilan negara gelombang rakyat akhirnya menyaksikan pada 19 November
2022 telah menjadi saksi detik yang dirakam kemas dalam kotak putih memori apabila
menurut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, seramai 50.48% bersamaan 21,173,638
pengundi berdaftar bersama-sama dengan 6.9 juta pengundi baharu telah turun
bersama-sama untuk mengundi bagi memaknai sebuah malaysia baru. Hari ini juga
Malaysia menyaksikan penampilan pemimpin-pemimpin muda yang berkarisma dan
bertenaga. Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq Syed Abdulrahman, bekas menteri belia
dan sukan telah diangkat menjadi menteri paling muda dalam sejarah landskap kabinet
malaysia. Dengan adanya generasi yang bangkit demi negara, tidak mustahil belia-belia
muda ini mampu menggegarkan landskap politik justeru mampu mempengaruhi kepada
pertumbuhan politik di tanah air kita.

Hadirin, pemegang amanat bangsa


Mari kita cari semula rukun yang telah kita tinggalkan mari kita perjuangkan.
Semailah jiwa-jiwa kecil ini dengan nilai-nilai murni kerana apabila mereka ini bersatu,
sudah pastu kestabilan Malaysia akan berada di tampuk kelas pertama. Kita jangan
lupa masa tak akan menunggu kita maka bangunlah anak bangsa kita ubah Malaysia.

Sekian wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai