Anda di halaman 1dari 3

Patah sayap bertongkatkan paru

Namun perjuangan tidak akan luntur

Menyingkap seruan Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Razak dalan usaha

membentuk masyarakat yang bersatu padu. Saya tampil di pentas ini untuk

melakarkan sebuah mauduk bicara yang berbunyi ‘Perpaduan memaju

Kegemilangan Negara’.

Sekalung apresiasi buat peneraju majlis, kombinasi hakim serta dif-dif

kehormat yang bersifat mukhlis. Seterusnya warga dewan yang tersenyum manis.

Selamat sejahtera dan sambutlah salam satu Malaysia dari saya.

Sidang saksi yang berfisi, kata orang tak kenal maka tak cinta kerana cinta itu

buta. Oleh itu saya suluhkan pendefinisiannya. Menurut kamus dewan edisi baharu,

perpaduan diertikan penggabungan dan memaju pula bermaksud menggerakkan

sesuatu kegiatan. Manakala kegemilangan negara pula bermaksud kecemerlangan

yang dicapai oleh sesebuah negara.

Warga dewan yang dikasihi,

Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita, Malaysia merupakan

model perpaduan dunia. Negara kita bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan

dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Malah negara kita

juga dapat membentuk sebuah bangsa yang kuat dan teguh.

Dunia luar begitu kagum dan terpegun dengan semangat perpaduan kental

negara kita. Marilah kita berfikir sejenak. Apakah yang akan berlaku jika rakyat tidak

bersatu? Mampukah negara kita bertapa di pentas kegemilangan? Jawapannya pasti

tidak! Lihat sahajalah ketidakstabilan negara luar yang berkecai akibat tandusnya
semangat perpaduan yang jitu. Jelas sekali ini menunjukkan kejayaan yang dicapai

sebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyatnya.

Warga dewan yang budiman,

Menjelang 31 ogos 2017 genaplah 60 tahun negara kita bebas daripada

pelenggu penjajah. Rakyat Malaysia tidak lupa akan detik sejarah yang ditempuhi.

Kini rakyat Malaysia berusaha untuk mengukuhkan dan mengekalkan nikmat

kemerdekaan yang dimiliki dengan menjayakan misi dan visi negara untuk

mengharungi arus menghadapi transisi infiniti dunia.

Negara kita, Malaysia kini telah mampu bersaing di persada antarabangsa

dengan menghantar angkasawan pada tahun 2007.

Tak tumbuh tak melatah

Tak sungguh saya tak mengata

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Saya ulangi sekali lagi para

hadirin sekalian bahawa pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara.

Institusi pendidikan memainkan perana penting dalam pembinaan dan

pembentukan warga negara yang bersatu padu. Pelancaran Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

(RIMUP) bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan menaikkan imej

sistem pendidikan Malaysia di mata dunia tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.

Dalam pada itu juga kerajaan memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi

merapatkan jurang penguasaan ekonomi, mewujudkan perpaduan dan kestabilan

ekonomi.
Atas semangat satu bangsa rakyat Malaysia telah bekerja di bawah satu

bumbung demi keterbilangan negara. Nyata sekali perpaduan pemangkin kemajuan

ekonomi negara.

Warga dewan yang dimuliakan,

Konklusi daripada syarahan ini dapatlah saya simpulkan bahawa hanya

dengan perpaduan sahajalah yang mampu menjadikan Malaysia sebuah negara

yang gemilang dan terbilang.

Justeru, rakyat Malaysia perlu bersatupadu untuk menggara kejayaan yang

lebih unggul demi membina tamadun martabat negara di persada antarabangsa.

Sekian terima kasih dan salam satu Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai