Anda di halaman 1dari 2

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudari peneraju majlis, kombinasi kehakiman yang berlandaskan neraca

keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Semangat Perpaduan Teras Kejayaan. Begitulah tajuk syarahan saya pada hari ini.

Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa. Perpaduan pula ialah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu
yang menjadi asas agar berjaya mencapai kemenangan ataupun hasil. Aspirasi ini adalah  untuk mewujudkan
sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Hadirin sekalian,

            Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. Walaupun berbeza asal keturunan,
kepercayaan agama dan akar budaya, namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang sama iaitu
Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai rakyat Malaysia.

            Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan satu bangsa Malaysia
membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan persaudaraan.

Buktinya RIMUP dan e-intergrasi  telah mensasarkan murid dari SK, SJK(C) dan SJK(T) bersama-sama
mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah
untuk membina negara bangsa.

Idealogi dengan semangat persaudaraan ini pasti menggerakkan kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

           Kemajuan ekonomi dinikmati, kemakmuran negara dikecapi. Perpaduan ini dapat membangunkan


ekonomi negara. Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang  berintegriti tinggi.  

            Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi nano. Menurut laporan
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului
kemudahan akses digital dalam kalangan negara ASEAN.

            Justeru, semangat perpaduan ini telah meningkatkan ekonomi negara dan menjadikan Malaysia berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan semangat
nasionalisme.
Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati dan
dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan daripada perpaduan yang perlu kita kekalkan.

Kami anak-anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.

            Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.

Anda mungkin juga menyukai