Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG

 Bismillahirrahmanirrahim, ungkapan barakah buat peneraju acara, panel juri teguh saksama


dan seluruh warga maya yang berkarisma. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hadirnya saya disini bukanlah untuk menyampaikan amanat Merong Mahawangsa,


bukan juga untuk melemparkan kata-kata  dusta, akan tetapi, hadirnya saya disini untuk
menyampaikan mauduk bicara yang berbunyi
Pendidikan cemerlang negara terbilang.

Hadirin sekalian.

Kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa pendidikan merupakan keperihalan


mendidik. Cemerlang pula diertikan sebagai bersinar dengan terang, berkilauan dan gilang-
gemilang. Negara dirujuk sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan
diperintah oleh sebuah kerajaan manakala terbilang sebagai yang terkenal dan terkemuka.
Maka jika digabungkan mutiara kata-kata ini ,muncullah satu makna untuk memberi
peringatan yang keramat kepada kita semua iaitu bertapa pentingnya pendidikan untuk
memajukan negara,nusa dan bangsa tercinta. Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
terbilang, pendidikan cemerlang yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilihat
mampu melahirkan masyarakat yang bertamadun demi mencapai wawasan negara maju yang
kita impikan.

Persoalannya, bagaimanakah kita dapat merealisasikan pendidikan cemerlang demi


membentuk negara terbilang?
 

Ayuh marilah kita hayati cetusan minda kurniaan Allah, diskusi idea pertama berkata
kunci Sekolah Cemerlang, Pendidikan Gemilang.

Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, institusi sekolah sentiasa


ditambahbaikkan, sekolah kebangsaan diperkasa, jurang pendidikan dirapat, sekolah
wawasan diwujud, semuanya untuk menyemai budaya kecemerlangan dan semangat
perpaduan ke arah Malaysia maju yang kita gagaskan. Dalam era kemodenan, sekolah
bestari menjadi pilihan, aplikasi ICTdiperteguhkan, malah pedagogi guru dipertingkatkan.
Bagi menangani golongan pelajar bermasalah pula, pendekatan kaunseling dibuat secara
berhemah, penerapan disiplin membentuk sahsiah, ketrampilan murid kian terserlah, bukti
pendemokrasian pendidikan tidak pernah goyah.Hakikatnya, institusi pendidikan kita terbukti
cemerlang apabila Laporan Daya Saing Global 2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan
kualiti pendidikan negara di tangga ke-14 daripada 142 buah negara.Nah, Sudah terang lagi
bersuluh, Sekolah Gemilang, Pendidikan Cemerlang, Negara Terbilang.

Hadirin sekalian,
Mari kita teruskan cetusan minda kedua dengan mauduk Pendidikan Cemerlang,
Modal Insan Gemilang.

Sedarkah kita bahawa hari ini gejala sosial bermaharajalela, mat rempit dianggap
idola, zina pula dianggap biasa, bayi dihumban tanpa kasihan, dipijak ditendang tanpa ihsan,
lebih menyedihkan hati, bapa dicaci, ibu dimaki. Jelaslah, dalam dunia moden kini, modal
insan bermoral tinggi bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Maka dalam
membentuk ketrampilan modal insan, pendidikan seimbang kita aplikasikan, di sekolah
subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, pengisian kokurikulum kita perhebatkan,
Sekolahku Sejahtera kita lancarkan, kempen budi bahasa kita jayakan, bahkan disiplin pelajar
kita tingkatkan.

Lantaran itulah, sistem pendidikan kita terbukti cemerlang dalam melahirkan individu
yang kompetitif dan dinamik bagi mewarisi kepimpinan negara. Sekadar menyebut beberapa
contoh, menerusi transformasi pendidikan, kita mampu melahirkan ramai pelajar pintar
seperti Nur Amalina Che Bakri, lebih ramai atlit muda seperti Dato Nicol Ann David, lebih
ramai tokoh belia seperti Zuraidi Komari, malah lebih ramai idola remaja seperti Imam
Muda Asyraf. Hakikatnya jelas, Pendidikan Cemerlang Melahirkan Modal Insan
Gemilang Demi Memacu Kejayaan Negara Terbilang.

Ya, hadirin sekalian. Konklusinya, pendidikan cemerlang menjelaskan kolerasi yang


simbiotik antara institusi pendidikan berkualiti, golongan pendidik berdedikasi dan
kemenjadian pelajar modal insan berintegriti. Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun
bersama, maka pendidikan kita akan menjadi lebih bermakna sekaligus menjayakan hasrat
pembinaan citra negara yang berjaya. Benarlah bahawa Pendidikan Cemerlang Negara
Terbilang.

Warga maya yang dikasihi,

Seterusnya ayuh kita sama-sama menelusuri idea ketiga yang menyokong tajuk pidato saya
pada hari ini Pendidikan cemerlang wadah anjakan paradigma manusia.Cabaran dunia
global masa kini memperlihat keupayaan Malaysia bersaing dengan negara maju dalam
pelbagai bidang merangkumi sektor perindustrian, pembuatan, automobil dan sebagainya.
Gahnya Negara pada hari ini adalah rentetan sejarah kecemerlangan anak bangsa bermula
dengan ketokohan Tunku Abdul Rahman, kebijaksanaan Tun Abdul Razak, keprihatinan Tun
Hussein Onn, keterampilan Tun Dr Mahathir, kewibawaan Dato Seri Abdullah Ahmad
Badawi di samping pemimpin lain yang berjasa. Mereka tegak disokong dengan latar
belakang pendidikan yang mantap, sahsiah yang dikagumi, disempurnakan lagi dengan
kepintaran yang menjadi mekanisme untuk mengubah Malaysia dari sebuah negara kecil
yang sering dipandang sinis kini mampu menjadi sebuah negara yang disegani, dihormati dan
stabil dari segi ekonomi, politik, sosial serta punya budaya yang unik. Ironinya, negara besar
yang dahulunya menjadikan Malaysia sebagai taklukan kini menganggap Malaysia sebagai
model dan rakan dalam membangunkan negara mereka.

Hadirin sekalian,

Akhirulkalam penutup bicara, konklusinya, negara yang mempunyai potensi untuk


dimajukan jika tidak disokong dengan sistem pendidikan yang mantap umpama menyemai
benih di padang gersang. Benih yang baik juga jika tidak disemai, dibaja dan dijaga dengan
sempurna tidak akan memberi apa-apa makna. Tegasnya pendidikan yang berkesan dan
cemerlang akan melahirkan generasi berakhlak mulia, berminda kelas pertama,
berketerampilan dan berdaya saing untuk meletakkan nama negara agar duduk sama rendah
berdiri sama tinggi gah di seantero dunia. Oleh itu marilah kita bersama-sama memartabatkan
sistem pendidikan Negara. Justeru Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang.Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai