Anda di halaman 1dari 17

CONTOH TEKS PIDATO : KEPIMPINAN BERKESAN, TERAS KEMAKMURAN

Oleh : Iqmar Abdullah

Memetik rencana dari Utusan Online, kepimpinan yang berkesan sangat diperlukan bukan sahaja
kepada organisasi tetapi juga kepada negara. Negara akan lebih maju dan berkembang pesat jika kita
mempunyai ramai pemimpin yang hebat, berkarisma dan berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Syarikat perniagaan pula boleh membawa keuntungan yang besar dan menyebabkan mereka yang
memiliki saham tersenyum lebar dengan adanya pemimpin yang berkesan.

Bagi organisasi bukan kerajaan, pemimpin yang cekap membolehkan visi dan misi tercapai dengan
cepat.

Kepimpinan keluarga yang berkesan membolehkan anak-anak dibesarkan dengan sihat, mendapat
didikan yang baik dan menjadi warga negara yang berguna.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih teraju pimpinan majlis, panel juri
penjunjung kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik perjalanan, dan warga siding yang
dimuliakan. Salam ukhwah bersulam kemesraan. Berdirinya saya disini, tidak lain dah tidak bukan
untuk menyampaikan sebuah pidato berpaksikan mauduk “Kepimpinan berkesan, teras
kemakmuran”.

Sebelum kita mengembara lebih jauh, sebelum saya membawa anda menerokai lebih dalam. Izinkan
saya merungkai, dan menghurai pengertian mauduk pilihan hati pada hari ini. Menurut Kamus
Dewan, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah
proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Manakala,
berkesan bermakna mempunyai kebolehan untuk menghasilkan atau menyempurnakan sesuatu
tugas yang dimaksudkan atau tujuan. Kebanyakan orang merujuk kepada kemakmuran dari segi
kewangan, tetapi ia boleh juga digunakan untuk keluarga, kerjaya anda atau kebahagiaan. Oleh itu,
“Kepimpinan berkesan teras kemakmuran” membawa pengertian keupayaan memimpin yang baik
menjadi tiang keharmonian dan berjayanya sesuatu organisasi.

Persoalannya, bagaimanakah kepimpinan berkesan mampu menjadi pencetus kemakmuran?

Hadirin dan hadirat,


Rempuhan idea saya yang pertama, “Pemimpin bertanggungjawab, teras kemakmuran”
Apa peranan pemimpin berkesan? Seorang pemimpin berkesan haruslah berperanan sebagai,
pemikir, perancang, pengurus, pengerak perubahan, pendidik, pembimbing, penasihat dan
pendorong. Dalam usaha menjadi pemimpin berkesan, individu itu harus menguasai tiga kemahiran
iaitu Kemahiran konseptual – iaitu kemahiran menganalisi, berfikir secara logik, kreatif dalam
menjana idea dan penyelesai masalah. Kedua, kemahiran tektikal – iaitu kemahiran berkaitan
dengan kaedah-kaedah, prosedur dan teknik-teknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta
kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalanakan aktiviti tersebut. Dan
ketiga, kemahiran hubungan kemanusiaan- iaitu kemahiran berhubung dengan orang lain serta
boleh memahami perasaan dan sikap orang lain. Terkandung dalam kemahiran ini ialah kemahiran
berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.

Rempuhan idea saya yang kedua, “Pemimpin berilmu, pencetus kepimpinan berkesan”

Kepimpinan berkesan ada kaitannyaa dengan jatuh bangun sesebuah organisasi, ada kaitan dengan
keberkesanan dan kecekapan organisasi, ada kaitan dengan prestasi kerja orang bawahan, dan ada
kaitan dengan kepuasan kerja orang bawahan. Dengan ilmu, pemimpin itu boleh menangani
masalah yang menimpa. Salah satu faktor Zaman kejatuhan atau zaman gelap barat ialah disebabkan
kurangnya ilmu pengetahuan dalam diri. Tanpa ilmu, negara mudah disabotaj dan diserang anasir-
anasir yang membawa tipu daya yang memusnahkan. Maka benarlah “pemimpin berilmu, pencetus
kepimpinan berkesan yang membawa kemakmuran.”

Sidang umat bermatlamat,

Rempuhan idea saya yang ketiga dan terakhir ialah, “Kepimpinan berkesan, menjadi ikutan”

Adakah para hadirin masih ingat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, perdana menteri keempat negara
bertuah ini. Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan
Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria
dan penuh bertenaga. Beliau telah menjadi penyelamat dalam menangani krisis ekonomi pada tahun
1997-1998 dengan keputusan beraninya melaksanakan rejim kawalan pertukaran asing terpilih.
Beliau telah menjadi idola ramai kerana keberkesanan dalam tampuk kepimpinan beliau. Dalam
institusi keluarga juga, jika seseorang bapa itu berjaya membentuk sebuah keluarga yang harmoni,
nescaya akan menjadi ikutan anak-anak mereka.

Hadirin minda kelas pertama,

Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, memimpin sesebuah organisasi bukanlah satu
tugas yang mudah. Sungguhpun begitu, bersama-sama gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti dan
visi, kepimpinan bukanlah satu misi yang mustahil bagi setiap orang yang mahu menjadi seorang
pemimpin yang berjaya. Seseorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya
sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota dalam organisasi itu.
Teks Pidato : Pelajar Pewaris Kepimpinan Berkualiti

Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Cuba kita taakul dan berfikir sejenak dengan pengaplikasian integriti dan jati diri Maharaja Meiji
membina maruah bangsa kerana integriti dan toleransi Mahatma Gandhi berjaya memerdekakan
India. Integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan
nusa. Maka benarlah kata Yusuf Al-Qhardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa.

Sejambak mawar, seharus kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang berpaksikan
keadilan, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, kerabat seangkatan yang petah
berhujah, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga dewan penerus wawasan negara.

Assalamualaikum, salam integriti dan salam 1 Malaysia.

Pelajar Pewaris Kepimpinan Berkualiti , begitulah indahnya mauduk pidato saya yang bakal menitip
di bibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani seisi dewan, mohon izin untuk melakukan
dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun secara leksikal.
Pelajar menurut kamus dewan edisi keempat merujuk kepada anak didik, murid ataupun siswa.
Sementara itu, pewaris pula ialah orang yang mewarisi. Kepimpinan pula merupakan proses interaksi
di antara individu dengan kumpulan, atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan
ahli-ahli yang menganggotai kumpulan yang mana individu tersebut mempengaruhi ahli-ahli
kumpulan dan ahli-ahli kumpulan tersebut akur dan patuh kepada individu tersebut manakala
berkualiti pula bermaksud bermutu. Oleh itu, secara generalisasinya, ia bermaksud pelajar yang
bakal menerajui negara pada masa akan datang dengan ciri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang
lengkap serta mantap demi mencapai visi dan misi negara untuk menjadi negara maju selaras dalam
wawasan 2020.

Hari ini, Malaysia kian membangun pesat di samping mencatatkan banyak kegemilangan sehingga
diangkat oleh dunia sebagai negara membangun yang paling maju. Nah, ini semua merupakan hasil
keringat dan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Namun, adakah kehebatan kepimpinan ini
akan terus diwarisi oleh generasi hari ini?.

Oleh itu, hadirin yang disayangi,

Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata kepimpinan yang unggul, teras berkualiti.

Pelbagai inisiatif telah diatur di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta bagi menggalakkan nilai-
nilai kepimpinan dalam institusi pendidikan di Malaysia. Contohnya di Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu ini, tertubuhnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang mengamalkan
sistem demokrasi dalam pemilihan pemimpin mereka yang mana acap kali dilakukan setiap tahun.
Hal ini telah mendidik golongan pelajar agar bersifat lebih rasional dan bijak dalam memilih
pemimpin mereka. Bagi para calon yang bertanding, mereka perlulah mengadakan kempen dan
mengemukakan manifesto yang realistik, poster dan sebagainya. Hal ini merupakan satu latihan awal
untuk para pelajar memilih atau menjadi pemimpin yang hebat dan berkualiti. Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita lihat pemimpin-pemimpin negara pada masa kini
seperti Datuk Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malahan perdana menteri kita sendiri,
Datuk Seri Najib Bin Tun Razak, semuanya merupakan bekas ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan
merupakan pemimpin di menara gading suatu ketika dahulu. Kita lihatlah apa yang terjadi kepada
mereka sekarang, semuanya menjadi pemimpin yang unggul dan mempunyai kredibiliti yang tinggi
bukan. Oleh itu, jelaslah inisiatif yang diatur di IPTA, IPTS dan sebagainya merupakan salah satu
langkah yang dapat membina kepimpinan yang unggul dalam diri pelajar seterusnya membolehkan
mereka mewarisi kepimpinan negara kelak. Selain itu, kepimpinan yang unggul juga mempunyai ciri-
ciri seperti fleksibiliti. Di sini, pemimpin harus pandai menyesuaikan diri dengan keperluan individu-
individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Contohnya, kita dapat lihat di
institut ini, bagaimana semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar cuba menyelami hati pelajar-
pelajar lain dan sanggup mendengar aduan daripada pelajar-pelajar. Ciri-ciri seperti ini
membolehkan para pemimpin mengenal pasti tindakan-tindakan yang sewajarnya mereka ambil
dalam keadaan-keadaaan tertentu dan melaksanakan tindakan itu. Hal ini sebenarnya merupakan
salah satu bentuk reformasi yang baik bagi bersama-sama kita melahirkan generasi pemimpin yang
berkualiti.

Hadirin sidang saksi bermisi yang saya hormati,

Pelajar berilmu dan berkreativiti, pendidikan terjamin menjadi kata kunci saya yang kedua. Seorang
pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin yang memilih kecerdasan yang baik. Dengan kecerdasan
yang baik atau akal yang panjang, dia dapat menggunakan pertimbangan akalnya, atau budi
bicaranya dengan adil dan saksama bagi kepentingan orang ramai dan bukan untuk kepentingan
dirinya sendiri. Tambahan pula, mereka juga berupaya menggabungkan dan mentafsirkan
maklumat-maklumat yang banyak. Misalnya, setiap pemimpin khususnya di Institut Pengajian Tinggi
(IPT) sentiasa memikirkan satu transformasi atau perubahan untuk dilaksanakan semasa kepimpinan
mereka yang mana perubahan yang dilakukan untuk kepentingan rakan-rakan pelajar yang lain. Hal
ini telah menunjukkan bahawa walaupun umur mereka masih setahun jagung dalam dunia
kepimpinan, namun pemikiran mereka adalah setanding dengan pemimpin-pemimpin yang hebat.
Kita dapat lihat juga bagaimana perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang
sentiasa berusaha untuk berfikir melakukan sesuatu yang mana membantu rakyat yang dipimpinnya
di samping memikirkan cara untuk menjadikan negara sebuah negara yang maju setanding dengan
Jepun, China, Rusia dan sebagainya. Dalam memikirkan sesuatu perubahan perlulah ada kreativiti
yang mana pemimpin berupaya mencipta idea-idea yang baru dan berguna supaya hasilnya lebih
berkualiti dan berkesan.. Selain itu, slot pidato di bawah akta AUKU 1971 juga telah dibenarkan
semula di mana-mana IPT. Slot ini dirancang untuk menggalakkan pemikiran yang matang, kritis dan
kritikal dalam kalangan pelajar. Hal ini bertujuan untuk melahirkan golongan yang bijak dan
mempunyai tahap pemikiran yang di luar kotak dan berintelektual tinggi. Selain itu, terdapat juga
persatuan-persatuan pelajar yang ditubuhkan bertujuan mengemukakan ideologi, pemikiran dan
luahan rasa golongan pelajar terhadap segala dasar-dasar kerajaan. Misalnya, Gabungan Pelajar
Semenanjung Malaysia (GPSM) yang sentiasa duduk semeja bersama-sama pemimpin negara
membincangkan isu-isu yang berteraskan institusi pendidikan dan hal pelajar. Hal ini merupakan
satu indikator yang baik dalam membentuk nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar. Hal ini
juga secara tidak lansung telah membina pengetahuan, ilmu dan kreativiti dalam diri pelajar yang
bergelar pemimpin yang mana bakal mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti.

Hadirin yang saya hormati,


Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci Keperibadian unggul, kepimpinan berwibawa.

Sanjungan Thomas Carlyle menyatakan tentang Muhammad s.a.w bahawa baginda seorang yang
jujur dan taat, benar dalam apa yang dilakukan, dikatakan dan diajarkan. Baginda hanya bercakap
apabila perlu, berdiam diri apabila tiada apa-apa yang perlu diperkatakan tetapi tepat, bijak, jujur
apabila bercakap, sentiasa memberi pandangan bernas terhadap sesuatu perkara. Melalui sanjungan
ini seharusnya menjadi contoh kepada pelajar dalam membentuk sahsiah yang hebat. Konsep
keperibadian unggul adalah satu elemen penting yang perlu ada pada diri mahasiswa dalam
mengurus kecemerlangan. Justeru, Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan bahawa
pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
merupakan perkara penting dalam mencorakkan kehidupan pelajar. Usaha ini adalah bagi
melahirkan pelajar dan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu, Falsafah Pendidikan
Negara merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan yang
akhirnya membentuk keperibadian unggul dalam diri pelajar. Sewajarnya usaha yang penting ini
perlu untuk dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di
masa hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang arus kemodenan dan
globalisasi yang kian mencabar. Hal ini juga bertepatan dengan pendapat Hasan Langgulung yang
mengatakan bahawa fungsi pendidikan adalah pengembangan potensi yang ada pada individu
supaya dapat digunakan olehnya dan masyarakat untuk menghadapi arus perubahan.

Ya, hadirin sekalian.

Lantaran itu, menerusi kehebatan penampilan, pemikiran, pengorbanan, keperibadian dan


keberanian boleh dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat, pelajar dan remaja lain. Lantas akan
terbit perubahan dalam kalangan pelajar untuk berubah dari hanya suka berfoya-foya dengan
budaya hedonisme kepada pelajar yang berfikiran kritis dan memiliki jati diri yang cemerlang. Sedar
atau tidak, suara gelombang pelajar atau mahasiswa ini mampu membangkitkan semula pelajar atau
mahasiswa yang telah dilanda kelesuan dan terjaga dari mimpi indah.

Akhir kalam, sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua warga dewan
untuk sama-sama mencanai minda, memajukan negara. Namun, kita perlu sedar, gaya hidup pelajar
terutama siswa masa kini tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan
pembangunan insaniah dalam diri pelajar. Oleh itu, sebagai Pelajar, suka untuk saya ingatkan, impian
kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan bangsa yang
kecundang, pincang dan terbuang sehingga memburukkan nama dan maruah negara. Ingatlah,
Rasululllah S.A.W ada bersabda, "Ketahuilah! Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu
akan diminta pertanggung-jawaban atas kepemimpinan-mu. ."

Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Pemimpin berintegriti tonggak negara sejahtera

Oleh REBICCA RIBUT


(Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Kedah)
PENULIS ialah pemenang kedua Pertandingan Menulis Esei Integriti Politik peringkat pengajian tinggi
yang dianjur oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) baru-baru ini.

Dalam era globalisasi ini, kesejahterahan dan keamanan sesebuah negara seringkali digugat oleh
pelbagai anasir negatif sama ada dari dalam atau luar negara. Anasir negatif tersebut datang dalam
pelbagai bentuk seperti hiburan dari Barat dan pengaruh internet. Oleh demikian, kebijaksanaan dan
kecekapan seorang pemimpin adalah penting dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

Namun, seorang pemimpin tersebut juga harus menitikberatkan, mengamalkan dan memiliki
integriti dalam dirinya. Integriti dapat ditakrifkan sebagai suatu kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu atau organisasi serta berkait rapat dengan etika. Ia adalah
berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam sehari-hari. Dalam Kamus Dewan didefinisikannya
sebagai kejujuran dan ketulusan.

Terdapat pelbagai sikap pemimpin yang mencerminkan integriti seperti bersikap amanah, beriltizam
tinggi, berakhlak dan berbudi pekerti mulia serta dapat memberi teladan yang baik kepada rakyat.

Seseorang pemimpin haruslah mengamalkan sikap amanah iaitu dapat memikul tanggungjawab
sebagai salah seorang individu yang terpenting dalam tampuk pemerintahan negara. Oleh itu,
seorang pemimpin juga harus mengamalkan sikap amanah dalam menjalankan tugas.

Contohnya, tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, keluarga sanak saudara
atau kaum kerabat sendiri. Sebaliknya, seorang pemimpin harus memberi keutamaan kepada
kepentingan awam. Selain itu, tanggungjawab sebagai seorang pemimpin juga harus dipikul dengan
penuh ketelusan dan ketulusan.

Hal ini kerana, sebagai seorang pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat, mengamalkan
dan memiliki sikap amanah akan menjadikan mereka lebih diyakini keupayaan dan keikhlasan dalam
mentadbir negara oleh golongan marhaen.

Seperti peribahasa Melayu, "Raja adil - raja disembah, Raja zalim - raja disanggah." Oleh itu,
sebarang pemberontakan atau demonstrasi yang berunsurkan ketidakpuashatian rakyat terhadap
kepimpinan seorang pemimpin dapat dielakkan daripada berlaku.

Jika kita lihat di negara-negara luar seperti Libya, yang mana telah wujud golongan yang
mempertikaikan kepimpinan serta ingin menggulingkan pemimpin mereka iaitu Muammar Gaddafi
sehingga mewujudkan pergolakan dan suasana kacau-bilau sehingga mengakibatkan ketidakamanan
di negara tersebut.

Sekiranya perkara seumpama itu berlaku di negara kita, sudah tentu keamanan dan kesejahteraan
yang kita kecapi sejak sekian lama akan tergugat dan kita hidup dalam ketakutan. Oleh itu, jelaslah
bahawa bersikap amanah amat penting bagi seorang pemimpin bagi memastikan kesejahteraan
negara.
Selain itu, seorang pemimpin juga harus mempunyai iltizam yang kuat serta bersedia dari segi
mental dan fizikal dalam mentadbir negara. Mempunyai iltizam yang kuat bermaksud memiliki
kesungguhan yang jitu dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Pemimpin harus memiliki ilmu pengurusan bagi membolehkannya mentadbir negara dengan cekap
dan efektif bagi menjamin kesejahteraan negara yang ditadbir. Contohnya, seorang pemimpin yang
tidak memiliki iltizam serta ilmu pengurusan akan menjadi seorang pemimpin serta ketua tanpa
persediaan dalam melaksanakan tanggungjawab seperti sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Ia akan memberi impak yang buruk kepada negara iaitu mewujudkan kepincangan dalam
pemerintahan.

Peristiwa kejatuhan kesultanan Melayu Melaka pada zaman dahulu yang berpunca daripada
kepincangan dalam pemerintahan harus dijadikan iktibar serta teladan kepada pemimpin. Oleh itu,
seyogia seorang pemimpin harus mendapat latihan kepimpinan serta menimba ilmu secukupnya
sebelum memegang gelaran sebagai pemimpin. Pemimpin sebegini akan lebih dihormati dan
disegani oleh rakyat serta menjadi suri teladan kepada segenap lapisan masyarakat.

Dalam pada itu, memiliki akhlak dan berkelakuan mulia juga merupakan salah satu sikap berintegriti
yang harus diamalkan oleh pemimpin. Pemimpin yang berintegriti akan mengamalkan dan
menghayati nilai-nilai moral seperti kepercayaan kepada Tuhan, amanah dan kejujuran. Nilai moral
seumpama ini harus menjadi pegangan pemimpin dalam mentadbir negara.

Oleh itu, kerakusan nafsu dalam diri pemimpin tidak akan wujud. Nafsu tersebut dapat dilihat
apabila seorang pemimpin tidak jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya seperti mengamalkan
rasuah.

Selain itu, seringkali kita membaca berita yang terpampang di dada akhbar yang mengatakan
tentang calon-calon pilihan raya yang hanya inginkan populariti untuk meraih undi tanpa mengambil
kira kepentingan negara.

Golongan seumpama ini hanya akan bertindak mengikut nafsunya sendiri tanpa menghayati nilai-
nilai moral. Justeru, rakyat akan kurang berkeyakinan terhadap pemimpin tersebut kerana
menganggap pemimpin seumpama itu adalah gila kuasa.

Sementara itu, seorang pemimpin harus mengotakan kata dan janji-janji yang telah dibuat kepada
rakyat dan bukannya sekadar pemanis bicara. Mutakhir ini, rakyat seringkali berhadapan dengan
pemimpin yang hanya bijak berpidato dan berhujah tentang integriti di hadapan rakyat namun
terdapat tingkah laku mereka yang tidak mencerminkan mereka mengamalkan integriti.

Misalnya, menyeru rakyat agar menjauhi amalan rasuah kerana amalan tersebut boleh
mendatangkan impak negatif terhadap negara. Namun dalam masa yang sama, mereka turut
mengamalkan dan seolah-olah membenarkan rasuah terjadi dalam negara. Pemimpin seperti ini
boleh dikatakan sebagai 'cakap tidak serupa bikin' oleh masyarakat yang kian bijak menilai baik
buruk peribadi seorang pemimpin. Oleh itu, tidak hairan jika wujudnya golongan yang mempertikai
daya kepimpinan pemimpin tersebut akibat hilang keyakinan.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pemimpin tersebut harus bermuhasabah diri dalam setiap
tindak-tanduknya sebagai seorang pemimpin bagi menjaga hati dan kepentingan rakyat sekali gus
menjaga kesejahteraan negara. Intihanya, seorang pemimpin haruslah mengamalkan sikap
berintegriti dalam diri mereka bagi menjalankan tanggungjawab memimpin negara dengan lebih
baik dan berkesan agar dapat menjadi suri teladan kepada masyarakat. Jelas, pemimpin yang
berintegriti akan lebih disenangi, disegani serta dihormati oleh rakyat.

Malah, rakyat akan lebih berkeyakinan terhadap tampuk pemerintahan pemimpin yang berintegriti
sekali gus dapat mengelakkan timbulnya kejadian yang tidak diingini seperti tunjuk perasaan dan
kekacauan yang mampu mengganggu gugat ketenteraman, keamanan serta kesejahteraan negara.
Oleh itu, pemimpin yang berintegriti adalah tonggak utama kesejahteraan negara.
KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W YANG PERLU DICONTOHI: PENGKHUSUSAN PENGURUSAN DALAM
BIDANG PENDIDIKAN

Oleh: Hajjah Maimunah binti Ismail

PENDAHULUAN

Kepimpinan adalah melibatkan keupayaan seseorang pentadbir atau pengurus (di setiap peringkat
pengurusan) untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber
organisasi(manusia, benda dan perkara) supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi ke
arah pencapaian objektif yang telah ditentukan. Kepimpinan juga melibatkan usaha meransang
pekerja bawahan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai, menentukan visi dan hala tuju
organisasi dipatuhi dan menjadi penghubung atau juru bicara organisasi.

Justeru itu, kepimpinan yang berkualiti oleh seorang pemimpin dapat mempengaruhi orang
bawahannya ke arah gerak kerja yang cemerlang. Maka contoh pemimpin yang berwibawa dan
patut dicontohi hanya ada pada pimpinan Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Seperti mana
yang kita sedia maklum Rasulullah s.a.w merupakan seorang pemimpin yang berakhlak mulia dan
diiktiraf sebagai ketua yang berintegriti. Baginda s.a.w sentiasa bersikap adil terhadap segala urusan
pentadbirannya tidak kira di dalam hal ehwal negara, agama, dan keluarga sekalipun. Jadi contoh
teladan melalui kepimpinan Rasulullah s.a.w amat perlu kita ikuti sebagai bimbingan ke arah menjadi
pemimpin yang adil.

Tidak kira apa jua bidang yang akan dipimpin oleh seorang yang dilantik menjadi pimpinan, maka
pemimpin itu perlulah memikul tanggungjawab yang berat untuk membela nasib orang bawahan
mereka dan memimpin ke arah jalan diredhai Allah. Penekanan di dalam aspek pendidikan, maka
guru-guru yang mengajar murid-murid di sekolah dianggap sebagai “pemimpin” tatkala sesi
pengajaran bermula di dalam kelas. Kepimpinan di dalam bidang pendidikan tidak tertumpu hanya di
dalam kelas sahaja, namun keperibadian seorang pemimpin khususnya guru-guru di sekolah juga
turut dinilai sejauh mana wujudnya toleransi dan integriti mereka di hadapan anak murid. Melalui
penulisan ini, maka penulis akan mengambil sebanyak mungkin sifat kepimpinan Rasulullah s.a.w
yang boleh kita terapkan di dalam pengurusan bidang pendidikan.

KONSEP KEPIMPINAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Kepimpinan menurut bahasa seperti yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan ialah berasal daripada
akar kata “pimpin”. Perkataan pemimpin adalah beerti orang yang memimpin, membimbing,
menuntun, mengepalai, dan melatih. Manakala pimpinan ialah perihal memimpin.

Di dalam penulisan ini terdapat beberapa definisi telah dinyatakan berkenaan dengan konsep
kepimpinan menurut Islam iaitu antaranya:

Definisi Kepimpinan dalam Islam menurut Dr. Siddiq Fadzil ialah kepimpinan bukan hanya
mempengaruhi orang, tetapi ia merupakan pemandu umat dalam melaksanakan amanah Allah
(devine trust) iaitu berkaitan dengan memelihara agama dan menguruskan dunia dengan adil.
Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab dan amanah, dan ia bukannya suatu
kebanggaan.

Definisi kepimpinan dalam Islam menurut Dr. Ahmad Redzwan bin Muhammad Yunus merangkumi
makna yang luas termasuklah kepimpinan sesama manusia daripada peringkat yang tertinggi sebagai
ketua negara kepada kepimpinan yang terendah iaitu mengetuai kerja-kerja yang berpendapatan
rendah. Selain daripada itu, menurut beliau lagi menyatakan bahawa kepimpinan dalam Islam juga
merangkumi kepimpinan terhadap diri sendiri sebagai hamba Allah dengan mengarah diri ke arah
kebaikan, menunaikan amanah kepada Pencipta, manusia, dan alam sekitar. (Ahmad Redzwan
Muhammad Yunus, 2000)

Terdapat juga definisi lain berkenaan kepimpinan menurut perspektif Islam iaitu meliputi bidang
ilmu pengetahuan, peribadatan, keperibadian yang baik, ketokohan dan kepimpinan melalui teladan.

Islam amat menitikberatkan tentang aspek kepimpinan sehinggakan Rasulullah s.a.w menganjurkan
agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam sekumpulan yang kecil sepertimana sabda Baginda
s.a.w yang bermaksud:

“Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua”

KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W YANG PERLU DICONTOHI DI DALAM PENGURUSAN BIDANG


PENDIDIKAN

Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang
mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke
arah mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab ini bukan mudah kerana banyak cabaran
dan ujian yang akan dihadapi.
Peranan penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabda
baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

Mafhumnya: “Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab
kepada orang-orang yang berasa di bawah jagaannya. Seorang ketua Negara bertanggungjawab ke
atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungjawab di
rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas
harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan
majikan, setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpin”.

Bagi membicarakan soal kepimpinan sudah pasti akan hanya merujuk kepada kepimpinan Rasulullah
S.A.W sebagai teladan dan contoh yang terbaik sebagai firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab
ayat 21:

ٌ۬
َّ ‫ٱَّلل َو ۡٱليَ ۡو َم ۡٱۡلَخِ َر َوذَك ََر‬
‫ٱَّللَ َكث ٌِ۬يرا‬ َ ‫ٱَّلل أُسۡ َوة ٌ َح‬
َ َّ ْ‫سنَةٌ ِل َمن َكانَ يَ ۡر ُجوا‬ ُ ‫لَّقَ ۡد َكانَ لَ ُك ۡم فِى َر‬
ِ َّ ‫سو ِل‬
"Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang baik,iaitu
bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta ia
pula banyak menyebut dan mengingati Allah".

Berdasarkan teladan gaya kepimpinan Rasulullah S.A.W,terdapat perkaitan yang kuat antara
kepimpinan yang beramanah dengan keimanan kepada Allah s.w.t,menghayati sunah rasulullah
s.a.w dan berakhlak mulia. Penghayatan kepada prinsip-prinsip tersebut mampu mendekatkan
pemimpin dengan orang yang dipimpinnya dan mengadakan hubungan yang harmoni di semua
peringkat. Gaya kepimpinan yang sebegini akan menyebabkan semua pihak menghormati dan
menyanjungi pemimpin berkenaan. Pada prinsipnya,rakyat amat menghormati dan mengagumi
ketinggian sikap bertangggungjawab pemimpin dalam melaksanakan tugasnya.Rasulullah S.A.W
sendiri telah membentuk dan mewariskan model kepimpinannya kepada para sahabat dan umat
islam seterusnya.

Kita melihat hasil kepimpinan rasulullah S.A.W telah diterjemahkan dalam kepimpinan Khalifah
Umar Al-Khatab.Khalifah umar adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi rakyat kerana
tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat jelata.Di dalam suatu peristiwa ketika beliau
sedang meronda disekeliling kota pada waktu malam untuk meninjau kehidupan rakyatnya, beliau
terdengar tangisan kanak-kanak yang sedang kelaparan, sedangkan ibunya tidak mempunyai apa-
apa untuk dimasak.Ibu tersebut terpaksa berpura-pura memasak dengan memasukkan beberapa
ketul batu kedalam periuk supaya anak itu akan berhenti menangis. Melihat suasana yang menyayat
hati itu, maka khalifah umar al-khatab telah membawa beberapa guni gandum dan memasak sendiri
untuk ibu dan anak yang kelaparan tadi. Perbuatan khalifah umar mendapat pujian dari wanita
tersebut tanpa mengetahui bahawa orang yang menolongnya tadi adalah pemimpin besar Islam
yang disegani ketika itu.Kita yakin sikap bertanggungjawab pemimpin seperti yang ditunjukkan oleh
khalifah umar al-khatab sudah pasti dihormati,disanjungi dan disayangi oleh rakyat.

Iktibar yang boleh diambil melalui kepimpinan Rasulullah s.a.w yang telah diterapkan di dalam
kepimpinan sahabat baginda yakni Khalifah Umar Al-Khatab dalam menjalankan kepimpinan dalam
pengurusan pendidikan ialah sifat bertanggungjawab terhadap orang bawahan perlu wujud pada diri
setiap pemimpin yang dilantik. Hal ini perlu kerana melalui sifat tanggungjawab ini akan
mewujudkan mahabbah dan kerjasama di antara pemimpin dan orang bawahannya. Contohnya
seorang Pengetua sekolah perlulah bertanggungjawab mengambil tahu hal-hal guru dan kakitangan
pejabat sekolah. Begitu juga bagi seorang guru perlulah bertanggungjawab mendidik pelajar dengan
rasa tanggungjawab serta tanpa keluh kesah. Seorang murid yang menuntut ilmu daripada guru juga
perlu bertanggungjawab atas harapan ibu bapa dan guru mereka supaya bersungguh-sungguh di
dalam menuntut ilmu.

Rasulullah SAW juga merupakan pemimpin yang memenuhi fitrah manusia sejagat melalui sifat-sifat
mulia seperti amanah, siddiq (benar), tabligh (menyampaikan) dan fatanah (cerdik). Menurut
perjalanan sirah hidup Rasulullah s.a.w, sebelum dari kerasulannya pemimpin Quraish pernah
memberi gelaran ‘al-Amin’ kerana ketinggian sifat integriti dan akauntabiliti baginda dalam memberi
perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Gelaran ‘al-Amin’ ini telah membangkitkan rasa kasih
sayang berterusan sebahagian besar masyarakat Quraish kepada Rasulullah. Walau bagaimanapun
cabaran yang dihadapi oleh baginda juga cukup hebat. Misalnya Abu Jahal seorang pemimpin kanan
Quraish, pernah menawarkan jawatan Raja, perempuan cantik, dan harta kekayaan supaya
Rasulullah SAW tidak meneruskan perjuangan Islam. Namun, berdasarkan kekuatan integriti dan
maruah kepimpinan Islam, maka Rasulullah SAW menolak semua tawaran itu. Sikap teladan yang
ditunjukkan oleh baginda s.a.w amat perlu diikuti oleh setiap pemimpin yang menjalankan tugasnya.

Di dalam menerapkan teladan sikap kepimpinan Rasulullah s.a.w, maka sikap jujur serta amanah di
dalam memimpin amat diperlukan bagi sesetiap pemimpin agar pimpinannya mencapai kejayaan.
Demikian juga pengurusan bidang pendidikan, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, serta pelajar-
pelajar perlulah menanam sikap amanah di dalam gerak kerja mereka. Contohnya Pengetua sekolah
perlu amanah di dalam menjalankan pentadbiran pimpinannya terhadap semua kakitangan kerani
yang berkhidmat di sekolah dan semua kakitangan pejabat sekolah juga perlu jujur menjalankan
tanggungjawab dengan cekap dan bersistematik. Selain itu juga, guru-guru yang mendidik anak
murid perlu amanah dengan masa agar tidak selalu lewat memasuki kelas. Begitu juga bagi pelajar
hendaklah jujur terhadap guru ketika mana sesi pembelajaran diadakan.

Seorang pemimpin yang berwibawa juga mengambil berat hal ehwal orang bawahannya. Hal ini
dapat dibuktikan melalui kepimpinan Rasulullah SAW yang mengasihi umatnya, sehinggakan di
waktu sakaratulmaut pun baginda masih terkenang mengenai nasib umatnya di dunia ini dengan
keluhan yang berat. Berulang kali baginda menyebut umatku! umatku! umatku!. Malahan apa yang
tidak terjangkau oleh fikiran kita juga segala integriti kepimpinan Rasulullah SAW membawa rahmat
sehingga terselamatnya umat Islam dari azab Allah SWT sebagaimana sabda baginda yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada
hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu
daripada kita sedangkan kita sesudah mereka”.

Di dalam pendidikan negara, sikap ambil berat seorang guru terhadap pelajar-pelajarnya juga dapat
meningkatkan disiplin pelajar-pelajar. Selain itu juga, perasaan muhibbah di antara guru-guru dan
pelajar-pelajar akan timbul melalui sikap ambil berat dan kasih sayang yang diterapkan dalam
pimpinan. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-anak dalam Islam mengulas
kaedah pimpinan didikan berkesan kepada kanak-kanak adalah bercirikan lemah lembut, penuh
belas kasihan dan berperingkat.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ajarkan mereka dan jangan mengkasari mereka, sesungguhnya guru itu lebih baik daripada seorang
pengeras." – (Riwayat al-Haris, at-Thayalisi dan al-Baihaqi)

Kaedah berperingkat dalam memulihkan disiplin anak adalah disarankan. Ia harus dimulakan dengan
menunjukkan kesalahan melalui bimbingan, lemah lembut, memberi amaran sehingga peringkat
merotan yang berpatutan. (Dr Rohayah Husain dan Dr Habsah Hassan, 29 Februari 2008 )

Imam Al-Ghazali pernah berpesan mengenai kepimpinan guru terhadap muridnya yang perlu dititik
beratkan iaitu:
1. Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
2. Memandu muridnya ke jalan yang diredhai syara'
3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan
menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.

Kepimpinan yang berkesan dalam pendidikan sekolah mencerminkan suasana kepimpinan yang
cemerlang. Ini ditegaskan Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 124:

َّ ‫عهۡ دِى‬
َ‫ٱلظ ٰـلِمِ ين‬ َ ‫اس ِإ َم ٌ۬اماۖ قَا َل َومِ ن ذُ ِريَّتِىۖ قَا َل ََل َينَا ُل‬
ِ َّ‫۞ َو ِإ ِذ ۡٱبتَلَ ٰ ٰٓى ِإ ۡب َرٲ ِه ۧـ َم َربُّهُ ۥ ِب َك ِل َم ٰـ ٌ۬ت فَأَت َ َّم ُه َّنۖ قَا َل ِإنِى َجا ِعلُكَ لِلن‬

Maksudnya:

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan
larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman:
“Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi
Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari
keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi)
janjiKu ini tidak akan didapati.”

Apa yang jelas, terdapat dua perkara asas dalam ayat tadi. Pertama, kepimpinan bukan sekadar
perjanjian antara pemimpin dengan orang bawahan, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian
antara pemimpin dengan Allah SWT. Kedua, kepimpinan hendaklah mementingkan keadilan dalam
melaksanakan sesuatu tanggungjawab.

Sikap-sikap pemimpin yang perlu diterapkan di dalam pimpinan khususnya di dalam bidang
pendidikan berdasarkan contoh kepimpinan Rasulullah s.a.w ialah:

Megwujudkankan pimpinan yang diredhai Allah

Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada sunnah
Rasulullah s.a.w, di antara ayat-ayat perintah Allah:

Maksudnya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru
kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"
(A1-Imran 104).
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan
perintah , yang zahirnya menunjukkan wajib, perkataan "mereka itulah orang yang beruntung"
menunjukkan Fardhunya tugas tersebut yang merupakan fardhu kifayah iaitu bilamana sebahagian
umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.
Maksudnya:
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong
bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan
sembahyang ..." (Al-Taubah: 71)

Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan diri mereka
untuk menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas
itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan. Hal ini jelas melalui sabda
Rasulullah s.a.w:

"Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang
munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut " (maksud hadith
riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.)
Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak
mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.”

Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar

Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara'
meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin. Perkara yang
"mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan
kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Amar makruf nahi mungkar adalah bagian dari dakwah Islam. Baik-buruknya masyarakat salah
satunya bergantung pada dilaksanakan atau tidaknya amar makruf nahi mungkar. Imam al-Ghazali
pernah berkata:

“Sesungguhnya kegiatan amar makruf nahi mungkar adalah usaha yang paling agung dalam agama.
Kerana kegiatan inilah Allah mengutus para nabi seluruhnya. Seandainya umat Islam meremehkan
amar makruf nahi mungkar, tidak mahu memahami dan mengamalkannya, tentu akan berhenti
keNabian ini; kesesatan akan tersebar luas, kebodohan akan menjadi hal yang lumrah, kerusakan
akan merajalela, pelanggaran akan semakin meluas, negeri-negeri akan hancur, dan manusia akan
binasa.” (Al-Ghazali, Ihyâ’ ‘Ulûm ad-Dîn, jil 2: 306).

Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa


"yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang
wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan
menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya
merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam
mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan
dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan
tindakan.
Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal soleh

Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu
digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk
kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang
digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah
merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke
Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan
rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah
kepada perkara yang menjadi tujuannya.

Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara
seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah
memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak
tercapai matlamatnya.

Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan
mungkar. Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-
mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya
akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada
dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan
dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan
keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan-
kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka
hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam
pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar
menimbulkan yang munkar.

Contoh Allah berfirman:

Maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyu'
dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada
berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya
dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang
yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya:
Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni)
yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,' (surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)

Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke
dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang
berkaitan. Tanpa wujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya
adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja,
sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu
pimpinan.

Seluruh pemimpin di pelbagai peringkat perlu mempunyai ciri-ciri antaranya:

1. Berpegang teguh dengan dasar hidup dan dasar perjuangan yang benar.

Dalam konteks umat islam,pemimpin islam mestilah mereka yang berpegang teguh dengan akidah
dan perjuangan islam sebenar.Mereka bukan pengikut fahaman asabiah jahiliah atau fahaman islam
liberal atau fahaman islam yang lain.Allah subhanahu wataala berfirman dalam surah al-zuhruf ayat
43:
ٌ۬ ‫ص َر‬
‫ٲط ُّمسۡ تَق ٌِ۬يم‬ ِ ‫علَ ٰى‬
َ َ‫ى ِإلَ ۡيكَ ۖ ِإنَّك‬ ُ ٰٓ ‫فَٱسۡ ت َمۡ س ِۡك ِبٱلَّذ‬
َ ِ‫ِى أوح‬

"Dengan yang demikian,berpegang teguhlah engkau kepada al-quran yang telah diwahyukan
kepadamu,kerana sesungguhnya engkau berada diatas jalan yang lurus".

2.Penghayatan budaya ilmu.

Syarat ini amat perlu dipenuhi oleh setiap individu yang bergelar sebagai pemimpin.Segala tindak-
tanduk dan corak kepimpinan mestilah bersandarkan ilmu lebih-lebih lagi dalam suasana cabaran
globalisasi hari ini.Firman allah dalam az-zumar ayat 9:
‫اج ٌ۬دا َوقَا ٰٓ ِٕٮ ٌ۬ما يَ ۡحذَ ُر ۡٱۡلَخِ َرة َ َويَ ۡر ُجواْ َر ۡح َمةَ َربِهِۦۗ قُ ۡل ه َۡل يَسۡ ت َ ِوى ٱلَّذِينَ يَعۡ لَ ُمونَ َوٱلَّذِينَ ََل يَعۡ لَ ُمونَ ۗ إِنَّ َما يَتَذَ َّك ُر‬
ِ ‫س‬َ ‫أ َ َّم ۡن ه َُو قَ ٰـنِتٌ َءانَا ٰٓ َء ٱلَّ ۡي ِل‬
ۡ
ِ ‫أ ُ ْولُواْ ۡٱۡلَل َب ٰـ‬
‫ب‬

"Katakanlah :" Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak
mengetahui?."Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah
orang-orang yang berakal sempurna".

3.Mengikut syariat dan akhlak islam.

Pemimpin terikat dengan peraturan-peraturan islam dan boleh terus memegang amanah
kepimpinan selagi ia mengikut perintah allah.Semasa mengendalikan urusannya ia mesti patuh
kepada adab-adab islam khususnya ketika berurusan dengan rakyatnya.Firman allah subhanahu
wataala dalam surah al-ahzab ayat 36:

‫ضلَ ٰـ ٌ۬ل‬ َ ‫سولَه ُ ۥ فَقَ ۡد‬


َ ‫ض َّل‬ ُ ‫ٱَّلل َو َر‬
َ َّ ‫ص‬ِ ۡ‫سولُهُ ۥۤ أَمۡ را أَن َي ُكونَ لَ ُه ُم ۡٱلخِ َي َرة ُ مِ ۡن أَمۡ ِره ۡ ِۗم َو َمن َيع‬
ُ ‫ٱَّللُ َو َر‬ َ َ‫َو َما َكانَ ِل ُم ۡؤمِ ٌ۬ن َو ََل ُم ۡؤمِ نَة ِإذَا ق‬
َّ ‫ضى‬
ٌ۬‫ُّمبِينا‬
"Dan tidaklah wajar bagi lelaki dan perempuan mukmin apabila allah dan rasulnya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah wajar mereka) mempunyai hak memilih ketetapan
sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum allah dan rasulnya maka
sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata".

4.Keterbukaan dan menerima pandangan yang baik.


'As-samahah' iaitu bersifat terbuka dan mengamalkan dasar bersedia menerima kritikan,bersedia
mendengar,menerima pandangan,berbincang,menerima teguran dan mengamal pentadbiran
dengan cara ia memiliki keyakinan diri,kental dan tidak merasa terancam dengan pandangan-
pandangan-pandangan dan saranan orang lain.Firman allah dalam surah az-zumar ayat 18:
ِ ‫ٱَّللُۖ َوأ ُ ْولَ ٰـٰٓٮِٕكَ ه ُۡم أ ُ ْولُواْ ۡٱۡل َ ۡل َب ٰـ‬
‫ب‬ َ ‫ٱلَّذِينَ َيسۡ تَمِ عُونَ ۡٱلقَ ۡو َل فَ َيت َّ ِبعُونَ أ َ ۡح‬
َّ ‫سنَهُ ۥۚۤ أ ُ ْولَ ٰـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ َه َدٮٰ ُه ُم‬

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan
menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama),mereka itulah orang-orang yang diberi
hadiah petunjukkan oleh allah dan mereka itulah orang-orang yang diberi hadiah petunjuk oleh allah
dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna".

5. Pemimpin yang sentiasa bermuhasabah.

Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang sangat kerap membuat penilaian terhadap tugas
dan tanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atas hasil usahanya.Tujuan
penilaian dibuat ialah untuk mencari kelemahan-kelemahan supaya diperbaiki dan untuk melihat
kejayaan-kejayaan yang boleh dipertingkatkan.Saidina umar r.a berkata:
"muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dihisab".

6. Pemimpin yang sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri.

Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang perhatian terhadap kepentingan rakyat
umum.Dalam melaksanakan tugas beliau dapat membezakan kepentingan diri atau keluarga dengan
kepentingan umum.Firman allah dalam surah al-hasyr ayat 9:

ٌ۬
َ َ‫ُوره ِۡم َحا َجة ِم َّما ٰٓ أُوتُواْ َوي ُۡؤث ُِرون‬
‫علَ ٰ ٰٓى أَنفُس ِِہ ۡم َو َل ۡو‬ ِ ‫صد‬ ِ ۡ ‫َّار َو‬
ُ ‫ٱۡلي َم ٰـنَ مِ ن قَ ۡب ِل ِه ۡم يُحِ بُّونَ َم ۡن هَا َج َر ِإلَ ۡي ِہ ۡم َو ََل يَ ِجدُونَ فِى‬ َ ‫َوٱلَّذِينَ تَبَ َّو ُءو ٱلد‬
ۡ ۡ ٰٓ َ ُ ۡ ٌ ٌ۬
َ‫ش َّح نَف ِسهِۦ فَأ ْول ٰـٮِٕكَ ُه ُم ٱل ُمف ِلحُون‬ ُ َ‫صةۚ َو َمن يُوق‬ َ ‫صا‬َ ‫َكانَ بِ ِہ ۡم َخ‬

"Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka
sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.Dan (ingatlah),sesiapa yang
menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,maka merekalah
orang-orang yang berjaya"

Anda mungkin juga menyukai