Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : MEMBANGUN MALAYSIA MADANI

Terima Kasih kepada Saudara/i Pengerusi Majlis,

Assalamualaikum pembuka bicara,


Kepada hakim yang arif lagi bijaksana,
Tak lupa juga kepada penonton dan pengacara,
Di majlis ini kita bersua,

Yang di hormati barisan guru-guru, barisan panel hakim yang sentiasa berteraskan


panji-panji keadilan,penjaga masa yang akur dengan detik-detik puakanya, barisan
rakan pelajar dan sidang hadirin yang dirahmati Allah s.w.t

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani, berdirinya saya pada hari ini adalah
untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Membangun Malaysia Madani’”.

Sidang Hadirin Yang Dimuliakan sekalian,

Malaysia Madani telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang ke-10 iaitu Anwar
Ibrahim menggantikan kepimpinan perdana Menteri dahulu iaitu Ismail Sabri. Sebaik
sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau
berusaha dalam memastikan ungksan Malaysia MADANI merupakan suatu ikhtiar
secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di
Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan
maklum balas rakyat.

Pada Hadirin yang saya hormati sekalian,

Izinkan saya terlebih dahulu menjelaskan maksud dan definisi ‘MADANI’. Istilah
‘Madani’ berasal daripada istilah Arab, iaitu ‘Madinah’ yang bermaksud kota atau
bandar yang teratur dan bersistem, yang memungkinkan kemajuan dan keamanan
berlaku. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula mencatatkan ‘madani’ sebagai
membawa maksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Ungkapan ‘MEMBANGUN MALAYSIA MADANI’, merupakan sintesis gaya


Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang
direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. MADANI diilhamkan
berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambilkira
saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi
substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur. Ini adalah kerana Konsep
madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi pentadbiran negara
secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan sosio-budaya,
yang berteraskan nilai, etika atau akhlak.

Pada Hadirin yang saya hormati sekalian,

Berdasarkan ungkapan ‘MEMBANGUN MALAYSIA MADANI’, terdapat Enam nilai


teras MADANI dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan
bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. konsep yang diperkenalkan
ini terletak pada enam tonggak utama seperti :

 Ke(M)ampanan;
 Kesej(A)hteraan;
 (D)aya cipta;
 Horm(A)t;
 Keyaki(N)an;
 dan (I)hsan.

Kata kunci visi ini adalah MADANI, yang pada asasnya merupakan kepercayaan
antara kerajaan dengan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama. Enam tonggak
ini bakal memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan
sejahtera.
Hadirin yang saya hormati sekalian,

Sebelum saya menutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
dalam menyemarakkan semangat Malaysia Madani, demi mencapai satu negara
yang membangun selaras dengan ungkapan ‘MEMBANGUN MALAYSIA MADANI’
agar dapat memastikan rakyat Malaysia mengecapi segala bentuk kemajuan dan
kemodenan berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan,
kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan. Bak kata bidalan ‘muafakat
membawa berkat’.

Sekian, Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai