Anda di halaman 1dari 2

Nama : YONG JUN QUAN

Tajuk : Perpaduan Asas Kemakmuran Malaysia

Salam sejahtera diucapkan kepada tuan pengacara, barisan hakim yang bestari dan sidang
hadirin yang dimuliakan. Arena hari ini ingin saya warnai dengan syarahan yang berjudul
“Perpaduan Asas Kemakmuran Malaysia”. Ibarat isi dengan kuku perpaduan dan muhibah juga
begitu, saling berkait dan bersatu. Persahabatan dan kemesraan saling menghormati dan
sikap bak aur dengan tebing diertikan dengan nilai ini. Oleh itu, bercambahlah rasa bersama-
sama, sepakat, seia dan sekata. Lantas, sikap muhibah dijadikan asas ikatan perpaduan kita,
akhirnya terpatri sebagai ramuan yang cukup ampuh untuk penjanaan kemakmuran Malaysia.

Hadirin yang dihormati,

Cetusan minda saya yang pertama, perpaduan tunjang keharmonian masyarakat. Bulat air itu
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Wawasan 2020 telah meletakkan
perpaduan kebangsaan sebagai cabaran utama yang perlu ditangani agar Malaysia maju
mengikut acuan sendiri. Dengan mewujudkan perpaduan barulah masyarakat harmoni yang
mempunyai aspirasi yang sama dapat dicapai.

Hadirin sekalian,

Cetusan minda saya yang kedua, perpaduan penggerak ekonomi gemilang. Program
Transformasi Ekonomi Negara kita telah menganjakkan pemikiran rakyat daripada mentaliti
pengguna kepada budaya pencipta, daripada mentaliti subsidi kepada semangat berdikari.
Sekaligus memungkinkan rezeki secupak boleh menjadi segantang, asalkan kita bijak merebut
peluang. Selain itu, pembinaan bangunan pencakar langit seperti menara Kuala Lumpur dan
menara berkembar Petronas telah menjadi mercu tanda kemajuan negara kita. Namun,
kejayaan ini tidak bulat datang bergolek dan tidak pipih datang melayang. Dengan
perpaduanlah kita mampu merealisasikan semua impian menjadi kenyataan.
Hadirin yang dihormati,

Perpaduan menjamin keamanan sosial ialah cetusan minda saya yang seterusnya. Misi
Nasional Kebangsaan menyatakan hubungan perpaduan yang erat dan harmoni antara kaum
merupakan penjana kemajuan negara. Nilai kesefahaman dan prinsip penerimaan
menyuburkan mentaliti kelas pertama yang memacu perpaduan bangsa dan kemakmuran
negara ke arah kejayaan. Sekiranya kita tidak bersatu , sudah tentu keadaan akan menjadi
huru-hara. Peristiwa pandemik korona virus 19, sewajarnya menjadi iktibar kepada kita semua
mengenai pentingnya amalan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Hadirin yang dimuliakan.

Pastinya kita mengerti, kukuh negara kerana kedaulatan, teguh bangsa kerana perpaduan. Ke
gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh yang demikian warga dewan, ayuhlah kita
semua melangkah bersama-sama, senada dan seirama mengeratkan perpaduan, kerana
Perpaduan Asas Kemakmuran Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai