Anda di halaman 1dari 2

Satu Bangsa Satu Negara

Rakyat Malaysia, aman sejahtera,


Toleransi kita, negara berjaya,
Satu bangsa satu negara,
Itulah tajuk syarahan saya.

Terima kasih pengacara majlis, panel hakim yang sentiasa menegakkan


keadilan, para tetamu budiman, seterusnya hadirin yang dihormati.

Sebelum saya meneruskan syarahan pagi ini, izinkan saya


mendefinisikan tajuknya terlebih dahulu. Satu bermakna tunggal, bangsa pula
dimaksudkan sebagai ras atau keturunan dan negara pula adalah suatu
lingkungan kawasan yang berdaulat dan bersempadan. Justeru, frasa Satu
Bangsa Satu Negara dapatlah disimpulkan sebagai sebuah negara yang hanya
mempunyai cuma satu bangsa sahaja. Tidak dua tidak tiga.

Negara kita Malaysia sedang menuju ke arah negara maju sebagaimana


digariskan oleh pucuk pimpinan negara. Pada tahun 2020, Malaysia akan
muncul berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang
lain. Antara elemen utama mencapai cita-cita tersebut ialah perpaduan.
Justeru, pemimpin kita ingin mewujudkan konsep Satu Bangsa Satu Negara.

Hadirin sekalian,

Konsep Satu Bangsa Satu Negara bermakna semua bangsa yang


terdapat di negara ini hanya dikenali sebagai bangsa Malaysia. Apabila ini
menjadi kenyataan, diharapkan tiada lagi masalah perkauman yang timbul.
Semua warga Malaysia merasakan diri mereka sama tara di bumi bertuah ini.
Anasir luar juga tidak boleh menimbulkan perasaan iri hati antara
warga kerana kita sudah sehati sejiwa, seia sekata, bukit yang tinggi sama
didaki, lurah yang dalam sama dituruni. Keselamatan negara juga menjadi
tanggungjawab bersama.

Satu bangsa bukanlah bermakna kita meninggalkan anutan dan


kepercayaan masing-masing. Tetapi ianya hanya satu perlambangan
perpaduan sesama rakyat Malaysia.

Percayalah hadirin sekalian, tanpa penyatuan tenaga dan fikiran, semua


warga negara ini tidak akan ke mana-mana. Biar gelora membadai, biar
mentari hangus membakar, namun Malaysia kita pertahankan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai