Anda di halaman 1dari 3

Kalau tidak kerana bintang,  

                                                                       
Tak akan bulan kelihatan tinggi,                                                              
Kalau tidak Kerana pidato,                                                                          
Tak akan saya berada di sini.

Salam Satu Malaysia saya hulurkan.

Kepada Warga Dewan Pembuka”Rukun Negara Memperkasa Jati Diri” Kejadian 13 Mei yang
mengegarkan negara, Menyebabkan goyahnya perpaduan negara, Lantas diperkenalkan Rukun
Negara .Mari kita telusuri kekuatan Rukun Negara. Terima kasih pengerusi majlis
SIR.EFANDI , Barisan panel hakim yang arif, Def-def terhormat,, Serta warga dewan sekalian,
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ”Rukun Negara Memperkasa Jati Diri” Begitulah bunyi
tajuk pidato saya hari ini, Saudara dan saudari. Secara tuntasnya atau definisi seluruhnya, Pidato
yang akan saya dendangkan, Akan membuktikan, Bahawa Keperibadian Seseorang insan, Akan
terbentuk,Dengan penghayatan dan amalan, Atas Rukun negara yang diperkenalkan. Warga
dewan kebangaan negara, Tak beralihkan rupa berentakan irama, Hujah saya yang pertama,
Kepercayaan kepada tuhan. Semua agama menyeru umatnya, Melakukan kebaikan sesama
manusia. Ini akan melahirkan sikap tolenrasi, Yang amat tinggi, Yang juga merupakan satu ciri,
Jati diri. Kerajaan Malaysia, telah mengadakan, Pelbagai program keagamaan, Bagi membentuk
jati diri insan, Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Bukannya Malang,Melayang dan
Temberang. Kepercayaan kepada tuhan yang esa, Akan menyedarkan umatnya, Bahawa setiap
perlakuan ada batasnya, Kerana ada hukuman dan balasannya.                                                        
Sidang dewan sekalian, Kerana itulah negara kita banyak mengadakan, Acara keagaamaan dan
perayaan, Kita ada Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Dan kita juga ada kongsi
raya. Mengapa semua ini diadakan? Kerana kita percaya, Perayaan keagamaan ini, Dapat
membentuk kerjasama sejati, Perpaduan murni, Bagi membentuk Jati Diri, Rakyat negara ini.
Jelas! Prinsip rukun negara yang diperkenalkan, Iaitu kepercayaan kepada tuhan, Dapat
membentuk jati diri mampan, Sidang dewan yang budiman, Hujah saya yang kedua di bawah
naungan kata, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi,
Kaitan kedua-duanya sangat rapat sekali, Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki, Untuk mentaati
Raja dan Negara.                                                                                                                                
Apakah buktinya kesetiaan itu? Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja? Tepuk dada tanya
selera. Setiap negeri, Mempunyai lagunya sendiri, Yang senikatanya memuji dan menghargai,
Raja dan negeri. Kerana itulah lagu negeri, Wajib dinyanyikan setiap minggu sekali, Bagi
menanam semangat jadi diri, Terhadap raja dan negeri serta negara. Sebagai tanda setia rakyat
kepada pemerintahnya Masih ingatkah lagi, ketika lagu Negaraku, Dipermain-mainkan oleh
penuntut hantu, Rakyat Malaysia bangun bersatu, Menentang pengkhianat itu. Tindakan itu
membuktikan kepada semua, Kesetiaan rakyat yang dipelihara, Dapat membentuk jati diri warga,
Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Tidak dapat disangkal lagi / bahawa Prinsip rukun negara / Iaitu kesetiaan kepada raja dan
negara / gdapat membentuk jati diri berwibawa.                                                                              
Hujah saya yang ketiga, Keluruhan perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang Negara kita
yang berdaulat ini, Mempunyai perlembagaannya sendiri, Dan undang-undang yang mantap serta
tepat, Mampu menjadi aspirasi negara yang hebat, Bagi melahirkan masyarakat yang seimbang,
Dan mempunyai jati diri cemerlang. Uniknya perlembagaan di Malaysia, Ialah mempunyai cara
yang istimewa, Dan sentiasa menjadi panduan bagi pemimpin, Dan menjadi landasan bagi rakyat
yang dipimpin. Perlembagaan dan Undang-undang inilah, Sentiasa dipelihara sebagai wadah,
Untuk memastikan jati diri akan terserlah, Dan masyarakat Malaysia akan lahirlah, Kepercayaan
dan keyakinan yang tidak bercapah, Antara kaum-kaum agar tidak berpecah, Ibarat kata pepatah,
Telur serangkak pecah sebiji pecah semua, Bukannya pecah sebiji pecah sendiri. Kerana itulah
perlembagaan dan undang-undag negara, Mesti dipelihara dan diawasi setiap masa, Mengikut
keadaan dan perkembangan dunia, Kerana ia menjadi asas bagi warga, Untuk hidup dalam satu
kawasan bersama-sama, Dan melahirkan jati diri bertolenrasi.                                                        
Hadirin dan hadirat Semoga sentiasa sihat Hujah saya yang keempat Kesopanan dan kesusilaan
Kesopanan dan kesusilaan adalah perlakuan budi, Yang begitu tinggi dan haruslah diikuti, Oleh
masyarakat di negara ini. Kesopanan dan kesusilaan Dapat melahirkan Jiwa rakyat yang
mementingkan, Amalan budi dalam kehidupan seharian. Amalan budi ini juga dapat
memperkuatkan Jati diri insan Walaupun hidup dalam kemodenan Kerana moden sahaja tidak
bererti Jika budi pekerti mati. Kerana itulah kerajaan Begitu hebat mengadakan Pelbagai kempen
Kesopanan dan kesusilaan Seperti Kempen Budi Bahasa dan Hidup Berjiran Kepada rakyat
tempatan Agar menjadi pegangan Dan amalan dalam kehidupan Dan akhirnya terbentuklah jati
diri mampan. Pandangan pelancong asing adalah buktinya, Mereka menyatakan rakyat Malaysia,
Begitu berbudi pekerti dan mesra. Kajian Penerbangan Malaysia, Tentang tarikan pelancong ke
negara kita, Menyatakan 65 peratus adalah kerana rakyatnya, Yang bersopan santun dan berbudi
bahasa. Penghayatan prinsip rukun negara ini, Adalah bukti, Bahawa jati diri rakyat negara ini,
Dapat dibentuk dengan Amalam Rukun Negara. Secara konklusifnya membuktikan, Rukun
negara dapat melahirkan, Rakyat yang berjati diri, Dan berbangga dengan negara sendiri, Dan
negara mempunyai, Rakyat yang berindentiti,berkualiti dan berjati diri. Akhir kalam, Laksamana
SKBTP mohon permisi, Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda mungkin juga menyukai