Anda di halaman 1dari 2

Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis,panel hakim yang

berkarisma, dif-dif kehormat seterusnya hadirin yang budiman. Salam sejahtera dan
salam perpaduan .

Hadirin yang dihormati,

Mari kita renung-renungkan dan berfikir sejenak. Dalam kehidupan kita, apakah
erti kesetiaan ? Ada orang berkata, menabur bakti, menunjukkan rasa taat dan patuh
kepada yang berkuasa. Namun adakah itu nikmat kesetiaan sebenar yang kita inginkan ?

Justeru itu, pada pagi yang ceria ini, saya ingin mengajak hadirin untuk sama-
sama menghalusi tajuk pidato saya iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Merujuk kamus Dewan, kesetiaan bermaksud berteguh hati dan sumpah taat
tidak berbelah bahagi terhadap suatu kuasa.

Hadirin yang dimuliakan,

Malaysia, adalah sebuah negara yang unik dan makmur. Walaupun penduduknya
berbilang bangsa dan budaya masih hidup aman dibawah payung Jalur Gemilang.
Ramai pemimpin dunia yang mengagumi keamanan dan kemajuan ini. Sebenarnya,
kejayaan ini adalah hasil perpaduan dan kesetiaan terhadap Raja dan Negara yang di
warisi turun temurun sejak zaman kerajaan Melayu Melaka..

Hadirin yang dikasihi,

Kesetiaan kepada Raja dan Negara terangkum dalam prinsip rukun negara yang
kedua. Prinsip kesetiaan kepada Raja dan negara amat penting diamalkan bagi melahirkan
rakyat yang taat setia kepada pemerintah dan negara.

Setiap warganegara haruslah menumpukan taat setia kepada raja dan negara
sebagai lambang perpaduan negara. Sumpah taat dan setia kepada raja dapat
mengelakkan perkara buruk seperti rusuhan kaum. Pemuafakatan rakyat penuh setia
menjamin kestabilan negara yang berterusan.
Hadirin yang dikasihi,

Di negara kita yang berdaulat ini, Raja adalah pemimpin tertinggi. Kaitan antara
Raja dan Negara amat rapat sekali. Sebagai rakyat, kita harus mentaati Raja dan
Negara. Apakah bukti kesetiaan itu?

Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja? Tidak. Ia harus di amalkan. Setiap


negeri mempunyai sultan, lagu dan bendera sebagai lambang tersendiri. Oleh sebab itu,
ia harus disanjung dan dihormati bagi menanam sikap perpaduan dan semangat jati diri
terhadap Raja, negeri dan negara sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya.

Para hadirin yang berwawasan ,

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia. Negara yang aman damai. Kita
tidak hidup dalam ketakutan. Kesetiaan kepada Raja dan negara dapat mewujudkan
semangat perpaduan yang jitu dan utuh dalam kalangan masyarakat.

Sebagai rakyat Malaysia menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan


mempertahankan kedaulatan negara. Mari kita imbas kembali aliran sejarah iaitu
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang telah menjadi titik hitam dalam negara. Ribuan
nyawa orang awam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban. Inilah harga
sebenar keamanan. Oh,begitu mahal sekali .

Kesan kepada runtuhnya tembok perpaduan dalam kalangan rakyat berpunca


sikap penderhakaan pihak tertentu. Oleh itu, perkara buruk seperti rusuhan kaum dapat
dielakkan daripada berulang lagi jika rakyat menumpahkan taat setia kepada Raja dan
negara serta menjamin kesejahteraan negara.

Secara konklusinya membuktikan, prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


dapat melahirkan rakyat yang mempunyai perpaduan utuh dan berbangga dengan negara
sendiri. Maka dengan itu, negara akan mempunyai rakyat yang beridentiti, berkualiti dan
berjati diri. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai