Anda di halaman 1dari 2

Malaysia, Tanah Airku Tercinta

Senyuman manis buat Pengacara Majlis, kombinasi kehakiman yang berintegriti dan
pastinya menegakkan keadilan, dif-dif kehormat, guru-guru dan rakan-rakan yang
dihormati.

Sidang hadirin yang dihormati,


Adakah kamu sayang akan Malaysia?
Adakah kamu cinta akan Malaysia?

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, untuk santapan ilmiah kita bersama,
saya titipkan satu syarahan bertajuk "Malaysia, tanah airku tercinta".

Warga dewan yang dihormati,

Bagaimanakah untuk kita menzahirkan rasa kecintaan kepada negara? Pertama,


kita harus menjunjung tinggi dan menghayati prinsip Rukun Negara, iaitu:-

Kepercayaan kepada Tuhan,


Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan Kesusilaan.

Wah, begitu gah Rukun Negara digarap dan diolah. Namun, adakah ia dihayati dan
difahami oleh generasi muda pada hari ini? Justeru, pemimpin negara telah
mencetus perpaduan sebagai tonggak utama untuk melahirkan warga negara yang
berkualiti, setia dan cinta kepada negara.

Sidang hadirin yang disayangi,


Kedua, sejarah merupakan guru yang terhebat. "Patah sayap bertongkat paruh,
namun perjuangan tetap ampuh". Begitulah kekentalan semangat perjuangan
generasi dahulu. Namanama gah yang terpahat kukuh di tugu peringatan dan buku
sejarah, bukan sekadar untuk tatapan tetapi untuk dihayati erti sebenar semangat
cinta akan negara.

Mereka sanggup mati daripada tanah air dirampas, maruah bangsa dan agama
dipersendakan. Tangan-tangan penjajah yang jahat dan rakus inilah telah mengorek,
merobek dan mengaut kekayaan hasil bumi hingga menjadi gondol, tandus dan
kontang. Inilah, inilah wajah sebenar penjajah. Sanggupkah kita lihat segala
pengorbanan mereka menjadi sia-sia? Saya ulangi, sanggupkah?

Hadirin yang dihormati,

Ketiga, anak-anak umpama tiang seri dan aset terpenting negara. Akhlak mereka
perlu diasuh, bakat perlu digilap, minda perlu disemai dan ditanamkan dengan
kisah-kisah sejarah. Dengan itu, pasti akan tumbuh dan suburlah semangat cinta
akan negara.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menyeru generasi muda. Wahai, anak-anak
muda, bangunlah! Wahai, anak-anak muda, bangkitlah! Marilah, kita satukan
hati-hati kita agar menjadi satu bangsa yang cinta akan negara.

Malaysia, tanah airku tercinta.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai