Anda di halaman 1dari 2

Mewangi harum taman astakona,

Tempat bermain puteri bunian,


61 tahun Malaysia merdeka,
Negara maju menjadi impian.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru dan kawan-kawan yang disayangi. Pada pagi yang mulia ini,
saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Sikap Patriotik Dalam Kalangan Rakyat
Malaysia”.

Hadirin yang dihormati,

Sikap patriotik sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya.
Seseorang itu dianggap bersikap patriotik apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri yang
berteraskan kesetiaan dan kecintaan kepada Negara. Tuntasnya, definisi tajuk syarahan saya ini
menjurus kepada rakyat Malaysia yang mengamalkan semangat cinta akan Negara.

Sayangilah negara, sayangilah Negara, sayangilah Negara! Kata-kata ini sering kita dengar di dada-
dada akhbar dan media elektronik. Saban hari, semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di Negara kita. Hal ini disebabkan sahaja semata-mata untuk mengaut keuntungan. Hal
ini betapa mengecewakan. Mereka sudah tidak dapat membezakan apa itu betul dan apa itu salah,
apatah lagi cinta akan Negara.

Hadirin sekalian,

Sekarang, tibalah masa untuk kita semua menyemarakkan lagi semangat patriotik! Bak kata pepatah”
melentur buluh, biarlah dari rebungnya” murid-murid menghabiskan masa selama lebih daripada
enam jam setiap hari di sekolah. Justeru, peluang sangat terbuka kepada guru untuk menerapkan
elemen patriotik melalui pelbagai aktiviti, seperti nyanyian lagu patriotik dan tayangan filem yang
berkaitan dengan semangat patriotik.

Melihat dari perspektif lain, semangat patriotik dapat menjadi contoh kepada generasi muda.
Contohnya, program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotik seperti
sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesearan kepada generasi muda.

Hadirin yang dimuliakan,

Janganlah dilupakan pesanan ahli falsafah Tao yang mengatakan bahawa jika kita ingin hidup
setahun, tanamlah gandum, jika kita ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok, jika kita ingin hidup
selama-lamanya, tanamlah jiwa remaja. Kita singkap perjuangan mereka adalah kerana semangat
cinta akan tanah air, bukan kerana hawa nafsu mereka. Maka, pada hari ini, nilai dan semangat cinta
akan Negara perlulah ditanam dalam jiwa, teguh dalam kalangan masyarakat.
Tuntasnya, marilah kita jadikan patriotik sebagai budaya dan pegangan. Hargailah kemerdekaan
yang sedia ada. Ingat, tatkala ayam di reban disambar helang, padi di tangan menjadi lalang, masa
itulah, sejarah mungkin akan berulang. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya
menyampaikan serangkap pantun:

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan,
Hati di paut jiwa bersatu,
Perpaduan diwujud mencipta keamanan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai