Anda di halaman 1dari 2

Pada hari ini saya ingin mengajak saudara-saudari yang saya kasihi menerusi sebuah

pidato berpaksikan tajuk Ke Arah Melahirkan Patriotisme dalam Kalangan Remaja.

Terima kasih sejambak mawar, seharum kasturi, buat pimpinan majlis, yang dihormati para
hakim yang adil lagi saksama, penjaga masa yang setia, para intelektual berkarisma,
seterusnya sidang hadirin pencetus revolusi kita yang saya
muliakan.Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Sebelum tajuk ini saya kupaskan satu persatu, izinkan saya memberi pengertian apakah
yang dimaksudkan dengan Patriotisme? Mengikut kamus dewan edisi terbaru Patriotisme
bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Sesungguhnya semangat Patriotisme amat penting disemai dan dipupuk dalam kalangan
pelajar-pelajar sejak dari bangku sekolah lagi,seperti kata peribahasa Melayu, melentur
buluh, biarlah dari rebungnya.

Sayangilah negara, sayangilah negara, sayangilah negara. Kata-kata ini sering kita dengar
di dada-dada akhbar dan media elektronik. Saban hari,kita rasakan semangat patriotik
semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita seperti yang didakwa oleh banyak
pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang
menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Mereka hanya memikirkan
kekayaan tanpa menitikberatkan semangat patriotik. Contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat terutama
para remaja dapat ditingkatkan. agar anasir-anasir jahat tidak mudah mempengaruhi jiwa
remaja.Ini dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Sidang hadirin yang dikasihihi,

Cetusan saya yang seterusnya, cara yang perlu dijalankan Ke Arah Melahirkan Patriotisme
dalam Kalangan Remaja adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan
penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi
pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, pelajar-pelajar akan memahami dan
menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran
tertentu seperti subjek kajian Tempatan bagi pelajar sekolah rendah dan subjek sejarah bagi
pelajar menengah. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam
kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian malah
dapat memupuk nilai-nilai keperibadian bangsa, kesetiaan kepada negara dan ibu pertiwi.
Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari
pelajar-pelajar hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan
mereka di institusi pengajian tinggi.

Hadirin sekalian,
Semangat patriotisme penting untuk melahirkan generasi muda yang cinta akan negara
sebagai pelapis untuk pemimpin negara dan mengekalkan keamanan dan keharmonian
negara. Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan keamanan dan
keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita perlu menangkis sebarang bentuk ancaman
terhadap bangsa dan negara yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

. Oleh itu hadirin sekalian, sebagai bangsa yang merdeka, kita perlu pandai membezakan
antara yang baik dengan buruk. Kita mesti mempertahan sistem sosial dan budaya hidup
masyarakat kita daripada pelbagai ancaman budaya negatif. Sebagai rakyat, kita mestilah
bijak menangkis pengaruh-pengaruh negatif tersebut dan tidak membiarkan mereka
mempermainkan maruah bangsa dan kedaulatan negara kita

Secara tuntasnya, penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia


dalam kalangan remaja bukan untuk menyiapkan bangsa Malaysia bertempur di
medan perang.Tetapi, untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang,
berkorban dan bertempur di seluruh medan kehidupan, termasuk bidang-bidang
kritikal seperti keilmuan, keagamaan, ekonomi, perdagangan, siasah dan diplomasi
antarabangsa.

Akhir kata sayangilah Malaysia, cintailah Malaysia Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai