Anda di halaman 1dari 2

Semangat Cinta Akan Negara Dan Perpaduan : Kepentingan Kepada Rakyat Malaysia Isi-isi penting

memupuk perpaduan antara kaum dan bangsa membentuk masyarakat yang berdaya saing
pemangkin kepada kemajuan negara menjadi teladan kepada generasi muda memelihara sejarah
negara mengekalkan tradisi dan budaya tempatan Baca juga : Cara Sign In Goole Classroom Contoh
Karangan Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta Akan Negara Pendahuluan Sejak negara kita
menikmati arus kemerdekaan daripada penjajahan asing, pelbagai kemajuan yang telah dikecapi.
Siapa sangka, negara yang terdiri daripada berbilang kaum mampu untuk mencapai kemerdekaan
dan seterusnya melangkah maju ke hadapan bersaing dengan negara membangun yang lain. Namun
begitu, kita acapkali tersentak dengan pelbagai permasalahan yang dicetuskan oleh masyarakat kita
sendiri yang mempu mengganggu gugat kemakmuran negara kita. Oleh itu, sebagai warganegara
yang cinta akan tanah air, kita seharusnya menyemai sifat patriotisme di dalam setiap peringkat umur
masyarakat agar kemerdekaan yang dicapai tidak disia-siakan. Saya yakin rakyat Malaysia
mengenali peribahasa rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain. Walaupun kita berbeza dari
pelbagai sudut, dengan sifat toleransi dan keterbukaan, kita mampu menjadi negara yang bersatu
padu dalam mencapai kemajuan sejagat. Mari kita bincangkan kepentingan menerapkan semangat
cinta akan negara kepada nusa bangsa.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akan-negara.html

Umum mengetahui, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada bangsa Melayu,
Cina, India, Orang Asli dan pelbagai lagi golongan bumiputera yang berada di Sabah dan Sarawak.
Pada tanggal 16 September 1963, Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul
Rahman menjadi bukti penyatuan rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama ini. Justeru itu,
dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan negara, semangat cinta akan negara mampu
menjadi penyumbang perpaduan antara masyarakat tempatan. Dengan iltizam dan semangat yang
dikongsi bersama iaitu memajukan negara dan memartabatkan masyarakat di persada
anatarabangsa, ia dapat melahirkan sebuah negara yang berwibawa. Persis kata mutiara, bersatu
teguh, bercerai roboh. Anggota masyarakat pada hari ini seharusnya bersikap inteligensia dan
terbuka dalam meraikan perbezaan serta mencari kesatuan dalam setiap situasi yang dihadapi oleh
kita. Janganlah kita bersikap seperti gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah.
Nescaya perjuangan yang memecah-belahkan perpaduan akan merugikan kita. Isi 2 Di samping itu,
semangat cinta akan negara juga dapat membentuk masyarakat yang berdaya saing. Konsep ini kita
dapat lihat di negara-negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan. Kita dapat lihat bahawa
masyarakat di negara tersebut memartabatkan negara mereka dengan mengetengahkan elemen
lokal atau tempatan dengan jayanya. Sebagai contoh penggunaan bahasa tempatan mereka dan
pemerkasaan teknologi tempatan diberikan tumpuan yang lebih berbanding elemen asing. Misalnya,
jenama automotif negara Jepun, Honda yang terkenal di seantero dunia dengan produk dan
kemampuan mereka. Kita sebenarnya sudahpun mempunyai jenama yang berjaya diperingkat
antarabangsa seperti Petronas tetapi kita perlu lebih banyak lagi jenama atau industri tempatan yang
bersaing di peringkat antarabangsa. Berbekalkan semangat cinta akan negara, mungkin pada satu
hari nanti jenama Proton akan menjadi salah satu jenama automotif yang terkenal di dunia. Ia
bergantung kepada kehendak dan kemampuan tenaga professional tempatan sama ada untuk maju
ke peringkat lebih tinggi atau kekal di takuk yang sama. Isi 3 Pada sudut pandang yang lain,
semangat cinta akan negara adalah penting bagi mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat tanah
air kita. Dewasa ini, generasi muda kita lebih terdedah dan terpengaruh dengan anasir dari negara
luar sehingga melupakan tradisi dan budaya yang kita miliki. Keunikan seni budaya tempatan
semakin dilupakan dan pengamalnya mencari-cari pengganti yang akan mewarisi budaya atau tradisi
tempatan ini. Jika tidak dijumpai maka, ia akan pupus dan hilang dek ditelan kealpaan masyarakat
kita menghargai dan memelihara keunikan nenek dan moyang kita yang terdahulu. Kemodenan hari
ini merupakan cabaran yang perlu kita tempuh tetapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita
melupakan tradisi dan budaya kita. Bak kata pepatah Melayu, hidup dikandung adat, mati dikandung
tanah. Mungkin generasi hari ini perlu menyelami budaya dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat
terdahulu supaya muncul kembali perasaan atau semangat cinta akan negara. Isi 4 Semangat cinta
akan negara juga penting supaya menjadi teladan kepada generasi akan datang dalam mengekalkan
kemakmuran dan keamanan negara. Terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang intelek dan
menyambung pelajaran ke luar negara. Seterusnya mereka menetap di sana dan menjadi tenaga
kerja professional di sana. Hal ini tidak menjadi isu yang besar tetapi alangkah baiknya jika
kemampuan mereka dugunakan untuk manfaat masyarakat tempatan. Situasi ini perlu diberi
perhatian oleh golongan pemimpin negara dan pembuat polisi dalam memastikan setiap ahli
masyarakat kita mempunyai peluang dalam kerjaya serta pendidikan. Dengan mengutamakan dua
agenda ini, negara kita pasti dapat menghasilkan tenaga kerja professional tempatan yang akan
melonjakkan ekonomi dan status negara kita. Namun disebabkan kurangnya peluang dan lebih
banyak manfaat yang ditawarkan di negara luar, maka ramai ahli masyarakat yang berkhidmat di
negara asing. Sebagai pengajaran kepada generasi muda, pihak berwwajib harus mencari solusi
terbaik dalam menerapkan semangat cinta akan negara kepada semua rakyat di negara ini dan tidak
bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akan-negara.html

Penutup Konklusinya,  pelbagai kepentingan yang dapat kita bincangkan terhadap topik semangat
cinta akan negara. Perkara ini adalah mustahak dalam menjamin kebolehan sesebuah negara untuk
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Janganlah kita bersikap
terlalu meraikan kehadiran pelabur atau pendatang asing tanpa memastikan masyarakat di negara
kita mendapat manfaat yang terbaik yang boleh diberikan oleh negara kita sendiri. Persis kata
peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri
sendiri. Oleh yang demikian, setiap di antara kita perlu memanifestasikan fikiran dalam mencari
mekanisma terbaik untuk memajukan negara di samping mengangkat elemen-elemen tempatan
yang dimiliki oleh kita. Kekitaan yang kita tunjukkan mampu menjadi ejen penyatuan masyarakat
dunia yang kerap kali dicabar dengan perang saudara atau kuasa di mana pengakhirannya hanyalah
merugikan tamadun manusia. Related : sesungguhnya anasir luar wujudnya semangat cinta
mempunyai semangat patriotisme memupuk semangat patriotik negara akan terus aman rakyat
malaysia tidak mempunyai negara kita pada masa memupuk dan mengekalkan semangat kalangan
rakyat pasti negara semangat patriotisme dalam kalangan semangat patriotik semakin luntur
mengekalkan semangat cinta kalangan masyarakat di negara luntur dalam kalangan masyarakat
untuk memupuk dan mengekalkan menerapkan semangat patriotisme

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akan-negara.html

Anda mungkin juga menyukai