Anda di halaman 1dari 4

Dalam mendepani era milenium pada abad ke-21 kini,dunia menyaksikan iktisad negara yang semakin membangun seperti

cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang membangun ini ibarat tenggelam sama basah timbul sama hanyut dengan negara negara atas angin yang lain.Namun dasawarsa ini,isu semangat patriotik semakin hebat meniti dari bibir ke bibir rakyat Malaysia pada hari ini.Isu ini acap kali menjadi polemik dalam kalangan marhaen sama ada di muka akhbar mahupun di kedai kopi.Semangat patriotik boleh ditakrifkan sebagai semangat cinta akan negara dan bangsa.Semangat patriotik ini perlulah ada tertanam dalam diri setiap rakyat kerana semangat patriotik merupakan benih dalam membentuk sebuah negara yang disegani dunia.Kebiasaannya golongan muda yang berwawasan dan berintegriti mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Namun begitu,masih terdapat lagi golongan muda yakni remaja yang masih gagal menerapkan semangat patriotik dalam diri mereka.Hal ini kerana, golongan belia terdedah dan terpengaruh dengan budaya kuning yang negatif.Menurut Tun Dr Mahathir,sebuah negara yang kuat bermula daripada rakyatnya dan tiada rakyat yang cinta akan negaranya.Rakyat yang bersatu boleh dianologikan sebagai lebah yang sentiasa terbang dalam kawanannya. Untuk memupuk semangat cinta akan negara,golongan ini perlulah mempelajari dan menghayati sejarah negara.Hal ini kerana,George Santayana dalam karya mukadimahnya pernah berkata, mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.Oleh itu,langkah-langkah yang pragmatik dan berkesan perlulah dilakukan oleh setiap rakyat menanam semangat patriotik dalam diri. Flower A Newhouse ada mengatakan,kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.Hal ini bertepatan dengan peristiwaperistiwa yang menyayat hati tatkala pejuang negara terdahulu berusaha untuk mencapai kemerdekaan.Pertumpahan darah dan kehilangan nyawa yang banyak demi mencapai status negara yang berdaulat seharusnya diberikan penghargaan dan menjadi teladan kepada setiap insan.Oleh itu,demi meningkatkan semangat cinta akan negara dalam diri,kita perlulah memahami erti sebenar kemerdekaan dengan cara menghadiri sambutan atau program kemerdekaan yang telah dianjurkan oleh kerajaan.Hal ini kerana,sekiranya setiap individu menghayati program sedemikian,maka akan lahirlah rasa cinta akan bangsa dan negara dengan lebih mendalam.Generasi pada hari ini sepatutnya menghargai kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara.Mereka seharusnya mendukung konsep kerjasama dan sokongan sebagai pendekatan terbaik dalam memastikan kemerdekaan yang kita nikmati akan terus terpelihara.Ikutlah kata pepatah,bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat.Hal ini kerana, pendekatan mengatasi segala kemelut politik negara dan bangsa dalam gabungan kerjasama kaum dapat mengekalkan kegemilangan tanah air kita yang sebenarnya adalah satu rahmat kepada kita.Melalui sambutan dan program kemerdekaan,sudah pasti kita akan dipupuk perasaan setia,bangga dan cinta akan negara kita.Sudah pasti bukan mudah bagi manusia yang berbeza latar belakang, agama dan budaya untuk bekerjasama seperti yang berlaku di negara kita.Sekalipun kita mempunyai banyak perbezaan,namun kita dapat menjalani kehidupan dengan mengharungi kesukaran,bekerjasama ,bersedia untuk berkorban serta berkongsi nikmat kemakmuran dan kejayaan bersama.Oleh itu,rakyat Malaysia harus menjejakkan kaki menghadiri setiap sambutan dan program yang berteraskan kemerdekaan. Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut,kita seharusnya menghargai tokoh-tokoh pejuangan kemerdekaan yang telah sanggup berkorban nyawa demi negara tercinta daripada terus menjadi hamba abdi penjajah yang rakus dengan kuasa dan tamak haloba dengan cara melawat ke tempat bersejarah.Hal ini kerana,sekiranya kita menanam sikap suka atau berminat untuk dapat mendalami makna sebenar perjuangan yang dicurahkan oleh perajurit-perajurit terdahulu. Menurut statistik

Jabatan Penerangan Malaysia, hampir 85 peratus remaja negara ini kurang memahami erti kemerdekaan.Namun selepas melawat ke tempat bersejarah,mereka menjadi lebih matang dalam memahami makna sebenar sejarah tersebut.Hal ini kerana,manusia belajar daripada masa lampau.Ahli falsafah Barat iaitu George Santayana ada menyatakan, mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.Tambahan pula,remaja yang memahami akan makna sebenar kemerdekaan pasti akan menghargai keamanan yang telah dikecapi dan menjaganya daripada anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.Hal ini bertepatan dengan peribahasa biar putih tulang jangan putih mata.Oleh itu,sebagai generasi yang akan memimpin negara ke persada dunia,kita perlu menetapkan minat untuk mengetahui yang akhirnya memudaratkan negara dan bangsa tercinta. Pepatah Melayu menyatakan, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.Jadi tidak hairanlah sekiranya semangat cinta akan negara dapat ditingkatkan dalam diri generasi muda dengan menyertai pelbagai pertandingan kenegaraan.Selain itu,kerajaan telah memperkasakan program yang perlu disertai oleh generasi muda melalui pendidikan dan bahasa kebangsaan seperti pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat kebangsaan daerah, negeri dan kebangsaan. Melalui pertandingan kenegaraan,kebiasaanya akitiviti ini disertai oleh semua kaum.Sudah terang lagi bersuluh, program ini dapat memupuk perpaduan kaum lantas dapat mencapai matlamat 1Malaysia.Seyogia, pertandingan kenegaraan boleh dilakukan melalui aktiviti di sekolah atau universiti.Para pelajar akan lebih diberikan pendedahan oleh guru-guru mereka.Hal ini bertepatan dengan aforsime di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.Pelajar akan menghayati semangat patriotik dan berusaha untuk memenangi pertandingan itu lantas meningkatkan semangat cinta akan negara.Seterusnya,menurut Tun Dr. Mahathir, patriotisme akan dapat menjamin kejayan wawasan negara menjadi sebuah negara maju bertepatan dengan Wawasan 2020.Oleh itu,generasi muda perlulah menyertai pertandingan kenegaraan agar dapat meningkatkan semangat cinta akan negara dalam diri masing-masing Charles Cahier dalam karya mukadimahnya menyatakan kejayaan tidak akan datang kepada manusia yang leka.Prakarsa yang afdal yang dapat dilaksanakan dalam meningkatkan semangat cinta akan negara ialah saya menyokong segala kempen mahupun program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.Amsalnya,terdapat pelbagai kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan seperti Sambutan Hari Kemerdekaan,pertandingan puisi kemerdekaan,tayangan filem yang memaparkan pengorbanan tokoh-tokoh tanah air dan pertandingan melukis poster 1Malaysia.Natijahnya,melalui perlaksanaan kempen tersebut,masyarakat di negara kita akan lebih menghayati dan bijak untuk mengambil iktibar atas peristiwa pahit yang pernah berlaku di bumi kita.Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad,mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat,setiap warganegara Malaysia seharusnya menghayati dan menerapkan unsur-unsur semangat patriotisme dalam diri mereka yang merupakan generasi pemimpin pada masa hadapan.Hal ini kerana, semangat patriotik tidak akan mudah luntur dan lupus dalam kalangan marhaen di Malaysia.Ramai anak muda dalam kalangan kita yang semakin menghiraukan dan memandang remeh soal patriotik dan hanya memejam mata,memekakkan telinga,menongkatkan dagu, tidak menghiraukan apa-apa yang dilaksanakan oleh kerajaan sejurus menjadikan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan tersebut sebagaia mainan semata-mata.Allah S.W.T telah berfirman bahawa nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.Oleh itu,dengan menyokong kempen yang dianjurkan ,dapatlah melahirkan masyarakat yang bersemangat patriotik dan perpaduan rakyat dapat diperkukuhkan dan dimartabatkan.Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu,harimau mati meninggalkan

belang,manusia mati meninggalkan nama.Perbuatan rakyat Malaysia yang tidak menghiraukan dan memandang remeh peranan kerajaan boleh dianalogikan seperti lalang yang ditiup angin.Oleh itu,kita seharusnya menmandang serius untuk menyahut seruan kerajaan supaya tidak berada dalam kelalaian dan menjadikan semangat patriotisme sebagai tonggak utama untuk mencapai perpaduan. Sekiranya rakyat Malaysia berjaya menyokong segala kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan,nescaya rakyat Malaysia akan tergolong dalam kalangan rakyat yang berjiwa besar dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sudah terang lagi bersuluh,membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan menjadikan seseorang lebih berpandangan jauh serta berfikiran matang.Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut dalam memacu negara ke persada antarabangsa,kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk meningkatkan semangat cinta akan negara dalam diri kita.Seyogia,dengan membaca buku-buku bersejarah tentang tokoh-tokoh kemerdekaan,kita dapat menyemai semangat cinta akan negara dengan lebih mendalam.Tambahan pula,manusia sepatutnya belajar daripada sejarah lampau. Sememangnya,dengan membaca buku-buku sejarah,secara tidak langsung kita dapat mengkaji strategi tokoh-tokoh terdahulu membina negara bangsa. Sebagai generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan,kita harus mencontohi sifat-sifat tokoh terdahulu dan mempraktikkannya bagi menjana idea membangunkan Malaysia sejajar dengan hasrat 1 Malaysia.Sesungguhnya,kita mampu tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain.Surah Al-Alaq ada menyatakan, bacalah dengan nama Tuhanmu, wahai Muhammad.Hal ini menunjukkan akan kepentingan ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.Oleh itu,kita perlu membaca bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Natijahnya,ilmu yang diperoleh dapat menjadi pemangkin untuk membangunkan negara tercinta. Dari sudut kodifikasi yang berbeza,antara langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan marhaen di Malaysia ialah anak watan Malaysia perlulah menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia.Namun permasalahan timbul apabila anak watan Malaysia kini sering mengangung-agungkan barangan import .Mengapakah hal ini berlaku ? Hal ini berlaku kerana mereka menafikan kualiti barangan import yang jauh lebih mahal daripada barangan tempatan.Malah,segenlintir dari anak watan yang cetek pemikirannya mengatakan bahawa barangan tempatan tidak mampu menyaingi barangan import.Mereka juga mempertikaikan kualiti barangan ini.Malah, mereka juga tidak mampu berfikiran dengan lebih proaktif dan tidak mahu memandang ke hadapan kerana berkemungkinan suatu hari nanti barangan buatan tempatan juga mampu bersaing dengan barangan import.Hal ini bertepatan dengan peribahasa duduk sama rendah berdiri sama tinggi.Biasanya golongan remajalah yang mempunyai semangat cinta akan tanah air yang nipis bak senipis kulit bawang.Maka dengan ini kita seharusnya menebalkan semangat patriotisme dalam diri mereka supaya mereka cinta dan sayang akan tanah air.Malahan,semakin banyak barangan import telah membanjiri pasaran saban hari.Oleh yang demikian,dengan menggalakkan anak muda membeli barangan tempatan mereka perlulah dididik sejak kecil supaya menghargai usaha negara.Menurut Tun Dr. Mahathir, membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri . Katakata itu jelas menunjukkan bahawa sememangnya industri tempatan negara kita dapat maju dengan menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan Malaysia. Oleh itu, segenap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan berikhtiar untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan wawasan 2020 yang diidam-idamkan selama ini.

Sebagai pengitlakan,langkah untuk meningkatkan rasa cinta akan negara tidak terhad dengan hanya membaca sahaja malah terdapat banyak lagi langkah yang dapat kita lakukan.Dalam menjayakan prakarsa pragmatik ini,semua pihak haruslah sebulat suara berganding bahu bergerak sederap seia sekata dalam menerapkan rasa cinta akan negara dalam diri setiap individu.Sarjana Barat Tom Piraes ada mengatakan keteguhan sesuatu bangsa terletak pada kepimpinan pemimpin negara.Hal ini kerana,pemimpin merupakan tanjung utama keteguhan sesuatu negara.Oleh itu semua masyarakat madqani tanpa mengira agama dan bangsa haruslah bekerjasama supaya peristiwa 13 Mei 1963 tidak akan berlaku lagi. Hal ini bertepatan dengan aforisme, sebelum nasi menjadi bubur sediakan payung sebelum hujan.Hatta nilai cinta akan negara tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan.Janganlah pula menjadi angan-angan mat Jenin yang akhirnya jatuh ke pohon perdu.Sebaliknya,jadilah seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh,patah paruh bertongkatkan dagu,patah dagu bertongkatkan kuku.Sesuai dengan peribahasa harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.Sekiranya masyarakat utopia ini bersikap biar putih tulang jangan putih mata maka hasrat mantan menteri, Tun Dr. Mahathir Muhammad dapat direalisasikan menjelang tahun 2020

Anda mungkin juga menyukai