Anda di halaman 1dari 4

Menyemai sikap nasionalisme dan cinta akan negara

Hans Kohn dalam “The Idea of Nationalism” mentakrifkan nasionalisme


sebagai suatu pemikiran kenegaraan yang melibatkan satu jumlah penduduk
yang majoritinya diakui bahawa meraka mengenali negara bangsa mereka
sebagai satu bentuk organisasi politik. Nasionalisme merupakan keadaan
fikiran dimana proses sejarah boleh dianalisis sebagai penggantian
perubahan dalam psikologi masyarakat, sikap manusia terhadap semua
manifestasi kehidupan individu dan kehidupan sosial seperti faktor bahasa,
wilayah dan budaya. Selain itu Sejarawan Amerika itu mengatakan
nasionalisme merupakan idea yang mengisi minda masyarakat dengan
sentiman atau pemikiran baru dan mendorong mereka menterjemahkannya
kedalam tindakan yang teratur. Nasionalisme juga boleh diertikan sebagai
perasaan untuk memelihara atau memperluaskan semangat kebangsaan
rakyat dan identiti kebangsaan. Ramai tokoh-tokoh sejarah seperti Mat kilau,
Rentap dan Dol said telah berkorban tenaga dan berlemumuran darah demi
mendapatkan kemerdekaan negara kian lama dahulu. Persoalannya,
bagaimanakah cara dan kepentingan untuk menyemai sikap nasionalisme
dan cinta akan negara?

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan bagi menyemai


sikap nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antaranya
adalah dengan menyemai sikap nasionalisme sejak dari awal umur lagi
seperti di bangku sekolah. Hal ini membolehkan sikap nasionalisme hidup
sebati dalam diri pelajar, persis kata mutiara, melentur buluh, biarlah dari
rebungnya. Pengaruh guru di sekolah adalah penting dan beperanan dalam
usaha menyemai sikap nasionalisme dalam jiwa anak-anak murid semenjak
mereka masih kecil. Hal ini disebabkan para guru yang mengajar di sekolah
boleh menekankan sikap nasionalisme serta cinta akan negara di dalam
kelas. Mereka perlu mendorong kanak-kanak untuk melahirkan perasaan
bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan tanah air. Sebagai
contoh, pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negaraku ketika perhimpunan
dan banyak lagi. Guru-guru juga boleh menerapkan sikap nasionalisme
semasa mengajar dalam subjek seperti sejarah ,Bahasa Melayu dan
Pendidikan Islam atau pendidikan Moral Sekiranya sikap nasionalisme dapat
dipupuk sejak kecil, sudah pasti sikap itu akan terus diamalkan dan
dikekalkan sehingga dewasa. Dalam pada itu, amalan sebegini penting
kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta pada negara
dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama
baik negara.

Selain itu, filem-filem yang memaparkan semangat nasionalisme dan


patriotisme seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Bukit Kepong dan Sarjan
Hasan boleh ditonton supaya kita dapat menyemai sikap nasionalisme dan
cinta akan negara. Filem-filem seperti ini mampu memberi pengetahuan
mengenai sejarah Melayu dan secara tidak langsung menanam semangat
nasionalisme dalam diri setiap individu. Hal ini dikatakan demikian kerana
filem tersebut memaparkan adegan-adegan peperangan diantara musuh
negara dengan pejuang tanah air yang berusaha mempertahankan tanah
airmereka. Kesannya, generasi muda akan lebih bersemangat untuk
membela nasib negara daripada musuh dan kuasa asing. Kita juga dapat
melahirkan masyarakat yang berpengatahuan tinggi akan sejarah
Malaysia.Tuntasnya, kita boleh memanfaatkan media massa seperti
televisyen, internet dan radio untuk mengukuhkan sikap nasionalisme dan
semangat cinta akan negara dalam diri masing-masing.

Di samping itu,pihak kerajaan perlu memainkan peranan dalam usaha


menerapkan semangat nasionalisme dan cinta akan negara dalam kalangan
masyarakat kita, . Sebagai contoh, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-
pejuang negara yang sanggup berkorban demi kedaulatan negara ketika hari
Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan media
massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta
kepentingan tindakan mereka dalam menentukan hala tuju kemerdekaan
negara pada masa lampau. Langkah ini mampu meningkatkan pemahaman
remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuang negara itu
melakukan sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Malah,
kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu
pertandingan yang melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei,
dan pementasan drama yang bertemakan semangat kebangsaan. Aktiviti ini
dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa yang dialami
oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang
berunsur sastera ini dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang
negara yang sudah lama meninggalkan negara ini,aforisme melayu ada
mengatakan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama.

Seterusnya,Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua


aspek kehidupan masyarakat.Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui
kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatu anugerah,
dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Tamsilnya,
Kejayaan rakyat kita mendaki Gunung Everest dan penghasilan kereta
nasional mampu meningkatkan semangat cinta akan negara ini selain
kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa
dahulu. Perkara ini penting ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu
perkara yang boleh mereka banggakan dan kaitkan dengan negara apabila
berbicara tentang negara sendiri. Hal seperti ini juga bagus kerana dapat
menjadi teladan kepada generasi muda sekaligus dapat membentuk
masyarakat yang berdaya saing.
Semangat kekitaan juga amat penting untuk
mengekalkan nasionalisme di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat
diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara
masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri
demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami kesejahteraan
hidup, bak kata pepatah, genggam bara api, biar sampai jadi arang. Sifat
bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk
mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya
untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati
anta satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak
berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.
Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong
dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

Pada sudut pandang yang lain, semangat cinta akan negara adalah penting
bagi mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat tanah air kita. Dewasa ini,
generasi muda kita lebih terdedah dan terpengaruh dengan anasir dari
negara luar sehingga melupakan tradisi dan budaya yang kita miliki. Keunikan
seni budaya tempatan semakin dilupakan dan pengamalnya mencari-cari
pengganti yang akan mewarisi budaya atau tradisi tempatan ini. Jika tidak
dijumpai maka, ia akan pupus dan hilang dek ditelan kealpaan masyarakat
kita menghargai dan memelihara keunikan nenek dan moyang kita yang
terdahulu. Kemodenan hari ini merupakan cabaran yang perlu kita tempuh
tetapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita melupakan tradisi dan
budaya kita, bak kata pepatah Melayu, hidup dikandung adat, mati dikandung
tanah. Mungkin generasi hari ini perlu menyelami budaya dan tradisi yang
diamalkan oleh masyarakat terdahulu supaya muncul kembali perasaan atau
semangat cinta akan negara.

Selain itu,semangat nasionalisme mampu menjadi pendorong untuk


memajukan negara. Pada era sains dan teknologi ini, kita bebas untuk
melihat kemajuan yang dikecapi oleh negara lain. Kita tidak boleh menjadi
seperti katak yang berada di bawah tempurung. Sebaliknya, setiap di antara
kita memainkan peranan masing-masing untuk membawa negara kita ke
tahap kemajuan yang lebih baik daripada hari semalam. Wawasan 2020 dan
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah contoh garis panduan yang
diberikan oleh kerajaan. Sebagai masyarakat kita seharusnya menggunakan
semangat kebangsaan untuk belajar bersungguh-sungguh dan melakukan
yang terbaik dalam kerjaya masing-masing agar manfaat sejagat dapat
dicapai. Izharnya, jika setiap diantara kita memiliki semangat nasionalisme
dan cinta akan negara, pastinya negara kita mampu mengecapi kejayaan
dalam apa bidang sekalipun demi mengharumkan nama negara tercinta.

Umum mengetahui, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri


daripada bangsa Melayu, Cina, India, Orang Asli dan pelbagai lagi golongan
bumiputera yang berada di Sabah dan Sarawak. Pada tanggal 16 September
1963, Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman
menjadi bukti penyatuan rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama ini.
Justeru itu, dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan negara,
semangat cinta akan negara mampu menjadi penyumbang perpaduan antara
masyarakat tempatan. Dengan iltizam dan semangat yang dikongsi bersama
iaitu memajukan negara dan memartabatkan masyarakat di persada
anatarabangsa, semangat nasionalisme dapat melahirkan sebuah negara
yang berwibawa. Persis kata mutiara, bersatu teguh, bercerai roboh. Anggota
masyarakat pada hari ini seharusnya bersikap inteligensia dan terbuka dalam
meraikan perbezaan serta mencari kesatuan dalam setiap situasi yang
dihadapi oleh kita. Janganlah kita bersikap seperti gajah berjuang sama
gajah, palanduk mati di tengah-tengah. Nescaya perjuangan yang memecah-
belahkan perpaduan akan merugikan kita.

Seterusnya, dengan semangat nasionalisme, kita dapat mengekalkan


keamanan negara. Rakyat yang memiliki semangat nasionalisme yang tinggi
akan sanggup berkorban dan mengadai nyawa demi mempertahankan
negara daripada negara dan anasir luar seperti ancaman kumpulan Abu
Sayyaf di Lahad Datu, Sabah. Semangat ini berupaya mewujudkan
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Oleh itu
rakyat akan sentiasa berusaha mengukuhkan nilai toleransi antara kaum demi
memastikan kesejahteraan negara berkekalan. Semangat nasionalisme
mampu mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia. Demi menjaga maruah
negara, rakyat akan sentiasa memelihara nilai-nilai murni dan berusaha
menolak unsur negatif . Oleh itu negara akan terpelihara daripada
anasiranasir 'jahat' luar seperti 'budaya kuning' , 'Arab Springs'siaitu
demontrasi jalanan yang boleh menggugat imej negara. Rentetan
itu,Semangat nasionalisme dan cinta akan negara penting demi memelihara
sejarah negara

Konklusinya, pelbagai usaha serta kepentingan yang dapat kita bincangkan


terhadap topik semangat nasionalisme dan cinta akan negara. Perkara ini
adalah mustahak dalam menjamin kebolehan sesebuah negara untuk duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Janganlah
kita bersikap terlalu meraikan kehadiran pelabur atau pendatang asing tanpa
memastikan masyarakat di negara kita mendapat manfaat yang terbaik yang
boleh diberikan oleh negara kita sendiri,persis kata peribahasa Melayu, hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri.
Justifikasinya, setiap di antara kita perlu memanifestasikan fikiran dalam
mencari mekanisma terbaik untuk memajukan negara di samping
mengangkat elemen-elemen tempatan yang dimiliki oleh kita. Kekitaan yang
kita tunjukkan mampu menjadi ejen penyatuan masyarakat dunia yang kerap
kali dicabar dengan perang saudara atau kuasa di mana pengakhirannya
hanyalah merugikan tamadun manusia.

Anda mungkin juga menyukai