Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI DIRI TERHADAP SEMANGAT

PATRIOTIK KEPADA NEGARA


Tanggal 31 ogos setiap tahun merupakan tarikh
keramat bagi setiap warga Malaysia. Seperti yang telah
diketahui, ia merupakan tarikh kemerdekaan negara
malaysia yang telah diistiharkan semenjak 1957.
Perjuangan para prajurit kita yang bemati-matian
sehingga
ketitisan
darah
yang
terakhir
demi
mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa Malaysia
dan seterusnya mencapai kemerdekaan yang sedang kita
nikmati pada hari ini. Keselesaan yang kita miliki pada hari
ini adalah kerana perjuangan mereka datuk dan nenek
kita demi keselesaan kita pada harini. Persoalanya,
adakah kita benar-benar menghayati erti sebenar
kemerdekaan yang sedang kita nikmati pada hari ini,
ataupun hanyala sekadar mengibarkan bendera dan
laungan dan pekikkan MERDEKA?
Sebagai anak muda yang juga merupakan seoarang
mahasiswa, banyak pengorbanan yang boleh dilakukan.
Benar, kita tidak mampu menghunus parang, mengacu
senapang seperti datuk nenek kita yang terdahulu. Tetapi
pada era kini, memainkan peranan yang penting sebagai
seornag pelajar yang berwibawa amatla bersesuaian
dengan anak muda pada hari ini. Cara ini aan dapat
membantu dalam menyemaikan semangat kecintaan para
pelajar terhadap negara. Bagaimana? Dengan belajar
bersungguh-sungguh, apabila kita sudah berjaya, niatkan
di alam hati bahawa kita akan sedaya upaya untuk
berkhidmat sama ada dalam sektor swasta mahupun
kerajaan selagi masih berkhidmt demi negara tumoahnya
darah ku ini.

Selain itu, sebagai seorang pelajar yang ingin


membuktikan diri bahawa fahamnya terhadap maksud
sebenar erti patriotik, mewujudkan semangat yang utuh
terhadap kepelbagaian budaya, agama dan bangsa dalam
Malaysia adalah salah satu resepi yang penting dalam
mendalami ertise benar patriotik. Hal ini kerana, sejak dari
dahulu lagi, semangat bersatu padu antara perbezaan
kaum adalah menjadi salah satu isu besar sehingga kita
dapat mencapai kata sepakat dan dapat memeroleh
kemerdekaan di atas persetujuaan antara semua kaum di
Malaysia. Dengan mengekalkanya di peringkat Universiti
Awam, hal ini akan lebih dapat diealisasikan dengan
berjaya. Seperti yang kita tahu, semangat bersatu-padu
antara kaum pada hari ini semakin lekar dan pudar,
apabila dipraktikkan oleh golongan muda pada hari ini,
nescaya, semangat ini akan dapat dipupuk semula dengan
jayanya.

Di samping itu, cara terbaik untuk menunjukkan


semangat patriotik pada negara adalah dengan
senantiasa menjaga nama baik dan memebanggakan
negara kepada negara luar. Perkara ini dapat
direalisasikan apabila berlakunya pertukaran pelajar lke
luar negara yang sering dilakukan oleh smua Universiti
Awam mahupun swasta di Malaysia pada hari ini. Ia
merupakan salah satu trend yang baik bagi menunjukkan
budaya ketimuran negara Malaysia kepada negara luar.
Hal ini kerana adat dan budaya yang berbeza adalah
sangat asing bagi mereka. Menunjukkn kemesraan kita
terhadap
berlainan
agama
dan
bangsa
akan
menyebabkan mereka terpegun dan stserusnya apabila
mereka pulang ke negara asal, ia akan menjadi buah
mulut bagi mereka di sana. Pastinya, jika mereka melalui
sesuatu yang baik di sini, pastinya kita sebagai warga
Malayisa akan turut berasa bangga dan megah terhada
pujian mereka.

Kesimpulannanya, terdapat 1001 cara bagi sesiapa


sahaj untuk menunjukkan kecintaan terhadap negara
Malaysia yang kita cintai. Jangan jadikan kita sudah
merdeka adalah sebagai satu alasan kita tidak lagi
menghargai erti kemerdekaan yang sebenar, bukan alasan
tiada lagi perang unutuk menunjukkan erti sebenar
kemerdekaan, tetapi cukuplah sekadar mengahayti
dnegan penuh keamataan tentang maksud sebenar
merdeka yang kita telah peroleh kini.

Anda mungkin juga menyukai