Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN

Wacana Falsafah Ilmu Siri 2


Ontologi & Epistemologi Ilmu Dalam Falsafah
Penceramah : Prof Dr. Mohd Hazim Shah Bin Hj Abdul Murad (Universiti Malaya)
Tarikh: 21 November 2015 (Sabtu)
Masa

: 2.00 petang 4.00 petang

Tempat

: Masjid Al-Mursyidin, UPSI

Anjuran

: Jabatan Pengajian Kemasyarakatan & Kewarganegaraan


Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI & Pusat Islam, UPSI.

Bagi memenuhi kriteria bagi Kursus HNF3012 Falsafah Ilmu, saya salah seorang pelajar
yang mengambil subjek tersebut, dari Kumpulan B telah diwajibkan untuk menyertai satu
program ceramah iaitu Program Wacana Falsafah Ilmu Siri 2 Ontologi & Epistemologi Ilmu
Dalam Falsafah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan
Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
dengan kerjasama Pusat Islam, UPSI. Program ini berlangsung pada 21 November 2015
bersamaan dengan hari Sabtu, pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang, bertempat di
Masjid Al-Mursyidin, UPSI. Seorang penceramah dari Universiti Malaya telah dijemput
untuk memberikan ceramah, iaitu Prof. Dr. Mohd Hazim Shah bin Hj Abdul Murad.
Program ini adalah salah satu keperluan kepada bakal guru untuk meningkatkan
motivasi serta menambah pemahaman dan pengetahuan berkaitan dengan falsafah ilmu
sebagai persediaan dalam menempuhi alam pendidik yang tidak menentu cabarannya, di
samping merapatkan ukhwah dalam kalangan peserta yang menyertai program ini.

REFLEKSI

Pada awal program, saya kurang memahami objektif program yang dijalankan, namun
dengan penerangan yang diberikan oleh penceramah jemputan, saya telah memperoleh ilmu
pengetahuan. Melalui program ini, saya memperolehi pemahaman yang mendalam mengenai
epistemologi atau teori ilmu dan sosiologi ilmu. Penceramah telah menerangkan dengan lebih
mendalam mengenai epistemologi iaitu satu kajian mengenai teori ilmu dengan menceritakan
sejarah epistemologi sebagai respon terhadap scepticism, iaitu fahaman yang menganggap
bahawa ilmu adalah tak mungkin, dan keraguan boleh diwujudkan.
Penceramah turut menerangkan dua contoh masalah epistemologi yang tidak pernah
saya ketahui sebelum ini iaitu pertama, masalah Appearance and Reality yang
membincangkan bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa apa yang kita lihat adalah
hakikat yang sebenarnya. Sebagai contoh, keterbatasan indera menyebabkan pensel
kelihatan bengkok jika dimasukkan ke dalam air walaupun sebenarnya ia adalah lurus.
Kedua, masalah Induksi (The Problem of Induction) membincangkan bagaimanakah kita
boleh memmastikan bahawa rangkuman umum yang dibuat berdasarkan pengalaman
terkumpul sebelumnya, adalah benar? Dua contoh tersebut juga menunjukkan bahawa ilmu
itu adalah bersifat Inferential di mana ianya melibatkan inferen induktif (inductive
inference).
Di samping itu, penceramah menerangkan kepada peserta mengenai dua teori
epistemologi utama di dalam sejarah falsafah iaitu empirisisme dan rasionalisme serta
menyatakan tokoh bagi setiap mazhab tersebut di mana antara pelopor bagi mazhab
empirisisme ialah David Hume dan john Locke manakala pelopor bagi teori rasionalisme
pula Rene Descartes. Selain daripada menerangkan mengenai teori empirisisme dan
rasionalisme, penceramah turut menceritakan mengenai teori Immanuel Kant mengenai ilmu
di mana ahli falsafah tersebut menerima kedua-dua teori empirisisme dan rasionalisme.
Walaupun ilmu dicetuskan oleh pengalaman empirikal, namun ia tidak berasal dari unsur
empirikal.
Penceramah juga memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada saya apabila beliau
menerangkan mengenai pengaruh sains terhadap epistemologi. Melalui penerangan ini, saya
dapat memahami bagaimana ilmu sains mempengaruhi teori epistemologi. Beliau juga ada
menerangkan mengenai Bayesian Epistemologi iaitu teori epistemologi yang menggunakan

teori kebarangkalian untuk menentukan tahap kepercayaan yang diasaskan oleh tokoh
matematik, Thomas Bayes. Ia juga merupakan satu usaha untuk meletakkan kepercayaan di
atas satu landasan yang objektif berasakan sifat deduktif matematik.
Di akhir sesi ceramah ini, penceramah memberi penerangan mengenai teori ilmu dari
perspektif Islam dengan mengutarakan pendapat-pendapat atau pandangan teori ilmu
mengikut pemikir-pemikir Islam. Dari perspektif Islam, ilmu tidak hanya terbatas kepada
yang bersifat logika dan empirika, seperti yang dikatakan oleh pihak Positivis Logikal, tetapi
mengandungi lebih dari itu. Beliau juga ada menerangkan persamaan dan perbezaan antara
teori ilmu dari perspektif Islam dan Barat. Antara perbandingan yang telah diterangkan
kepada para peserta ialah dari perspektif Islam, mereka menerima rasionalisme dan
empirisisme serta wahyu sebagai sumber ilmu yang sahih, manakala dari perspektif Barat
pula, mereka hanya menerima rasionalisme dan empirisisme sahaja dan menolak sumber
wahyu dan metafizik.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan program yang telah dijalankan
kerana banyak memberi serta menambah pengetahuan para pelajar berkaitan cabang falsafah.
Penceramah jemputan juga berjaya mengendalikan sesi ceramah dengan menyelitkan sesi
soal jawab bersama pelajar. Saya berharap agar program seperti ini giat dijalankan kerana ia
sangat memberi manfaat dengan menambah pemahaman dan pengetahuan peserta lebih-lebih
lagi kepada pelajar yang mengikuti kursus Falsafah Ilmu.
Semangat saya untuk mendalami falsafah ilmu dan untuk mencapai cita-cita menjadi
seorang guru juga semakin meningkat setelah menyertai program ini. Saya lebih bermotivasi
untuk memahami matlamat sebenar seorang guru kerana dengan itu barulah kita mendapati
bahawa tugas kita sebagai pendidik akan menjadi lebih menarik dan seterusnya menyumbang
kepada pembangunan dalam diri yang lebih mantap. Saya juga bersemangat untuk mendidik
anak bangsa dan membekalkan ilmu yang secukup-cukupnya untuk melahirkan anak bangsa
yang berjaya di dunia dan akhirat.

LAMPIRAN

Gambar 1: Penceramah jemputan memberikan ceramah

Gambar 2: Antara tetamu yang hadir semasa program

Gambar 3: Salah satu slide show yang ditunjukkan oleh penceramah

Anda mungkin juga menyukai