Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH SAINS DATO ONN JAAFAR

Y. BHG. PROF. DR. AHMAD BIN ESA


Dekan,
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Prof,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI PENUTUP KEJOHANAN BALAPAN DAN


PADANG SM SAINS DATO ONN JAAFAR

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas:

2. Sukacita dimaklumkan bahawa subjek Pengurusan Kokurikulum (BBD40102) , akan


menganjurkan program KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG seperti berikut:

Tarikh: 22 April 2017


Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Stadium Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

3. Program ini bertujuan untuk memenuhi syarat kelayakan lulus subjek iaitu dengan
mengadakan simulasi kejohanan sukan sekolah yang dianjurkan oleh pelajar yang mengambil
subjek Pengurusan Kokurikulum sepenuhnya. Program ini juga akan disertai oleh atlet
jemputan dari sekolah-sekolah di sekitar Batu Pahat.

4. Dengan ini pihak kami ingin menjemput Prof sebagai perasmi penutup kejohanan balapan
dan padang. Kami amat berbesar hati sekiranya Prof dapat hadir ke majlis ini. Kerjasama
yang diberikan oleh pihak Prof kami akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,

(EN ASRUL BIN MUSLY)

Anda mungkin juga menyukai