Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks masyarakat berpengetahuan semakin meningkat dan ia sejajar dengan perubahan dimensi dan inovasi dalam ledakan teknologi maklumat pada masa kini. Di Malaysia amnya dan bidang pendidikan khasnya ledakan teknologi maklumat pada masa sekarang mempengaruhi segala aspek kehidupan. Ia dapat membantu guru meningkatkan penggunaan teknologi inovasi konvensional ke arah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan pembangunan modal insan .hal ini menyaksikan pentingnya kualiti dalam infrastruktur sokongan yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang memberi ruang yang lebih luas kepada guru untuk mengaplikasikan segala teori, kemahiran dan kepakaran yang ada. Penghasilan video atau filem pendek boleh menjadi bahan alternatif untuk membantu pelajar memahami pembelajaran. Sebagai seorang guru yang profesional dan mengikuti perkembangan terkini teknologi maklumat sepatutnya guru mestilah mengenali dan mempelajari kaedah penghasilan filem pendek sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran dalam kelas .Penghasilan filem pendek adalah proses menangkap imej yang bergerak menggunakan media elektronik seperti pita video .Penghasilan filem pendek melibatkan kemahiran menyusun isi kandungan, penyuntingan video dan menyampaikan hasil terakhir video untuk persembahan. Berdasarkan filem pendek tersebut pelajar boleh menyatakan perasaan, dan melahirkan pendapat, mencatat isi isi penting, atau pengajaran berdasarkan filem tersebut. Aspek yang ditekankan ialah pemilihan kata-kata ,tatabahasa yang betul ,bahasa yang sesuai, sebutan dan intonasi yang sesuai Tayangan filem pendek adalah satu alat bantu mengajar yang memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan pendengaran .Sekiranya guru menggunakan filem pendek dengan betul sebagai bahan bantu mengajar ia akan memberi kesan yang baik kepada keseluruhan isi pengajaran. Sebelum tayangan guru haruslah memberi arahan yang jelas kepada murid apa yang perlu dilakukan oleh murid selepas menonton filem pendek tersebut. Menurut Giesert ,e.s,,(1990) . guru yang berbakat dapat menggunakan komputer secara kritis dan kreatif bagi membantu mencapai objektif pembelajaran yang dirancang .Oleh itu dengan menggunakan filem pendek pastilah objektif pengajaran dan pembelajaran mudah dicapai kerana murid dapat melihat dan mendengar dengan jelas isi pelajaran ingin disampaikan oleh guru . Menurut Pandian (2005),menyatakan pengajaran bahasa yang tidak mementingkan peranan murid terutamanya dalam mengakses maklumat secara kendiri tidak banyak menyumbang kepada pembelajaran berasakan kemampuan .Oleh yang demikian dengan menggunakan filem pendek guru boleh

menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dengan membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan isi pelajaran .Contohnya guru menayangkan filem berkenaan suasana di pejabat pos. Guru meminta murid memerhati dan mengumpul maklumat berkenaan pejabat pos dan selepas itu murid dikehendaki menghasilkan karangan cerita suasana si pejabat pos. Tanpa tayangan filem pendek itu tentu ada pelajar yang tidak pernah ke pejabat pos tidak dapat menghasilkan karangan yang baik .Jelaslah secara tidak langsung filem pendek ini akan membuatkan murid lebih bersedia untuk mula belajar. Penggunaan filem pendek juga dapat memudahkan murid menguasai kemahiran bahasa contohnya kemahiran bertutur .Guru boleh menayangkan filem pendek yang mengandungi dialog berkaitan gotong-royong .Selepas itu guru mengedarkan bahan rangsangan berupa lembaran kerja yang memerlukan murid membina dialog berdasarkan gambar dam murid perlu melakonkan situasi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai