Anda di halaman 1dari 2

Hati Malaya adalah sebuah karya filem yang bertemakan anak-anak muda menghayati sejarah

negara dan erti kemerdekaan serta semangat nasionalisme. Jalan cerita filem ini menarik

penonton dengan cara bagaimana sebuah kemerdekaan negara Malaysia ataupun lebih

dikenali dengan nama Tanah Melayu ataupun Malaya pada dahulu kala, dipertontonkan dengan

lebih jelas dan nyata. Ianya menunjukkan bahawa wujudnya kerjasama dan perpaduan

multietnik dalam mencapai kemerdekaan. Perbezaan yang pada awalnya menimbulkan jurang

yang ketara antara kaum, akhirnya ditamatkan dengan kerjasama dalam mencapai

kemerdekaan.

Positifnya konteks sosial dalam cerita 1957 Hati Malaya ini dapat dilihat daripada

gabungan pelbagai bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara. Walaupun berbeza bangsa,

agama dan budaya, namun ketaksamaan dan perkara peribadi itu diketepikan demi sesuatu

yang lebih penting, kemerdekaan.Ini dapat dilihat daripada peristiwa Tunku Abdul Rahman ke

perjumpaan bersama ahli MCA dan UMNO. Tunku ke sana bagi menyatakan bahawa dia akan

terbang ke London untuk menuntut kemerdekaan. Tapi disebabkan dana parti telah habis

digunakan, mereka kekurangan perbelanjaan. Hadirin yang datang pada hari itu tak kiralah

Melayu atau pun Cina mahupun India bersama-sama menyumbang sedaya mereka. Ada yang

sanggup menyumbangkan barang kemas, wang ringgit dan sebagainya, semata-mata untuk

mengumpul seberapa yang cukup untuk perbelanjaan itu nanti. Tunku yang terharu dengan

peristiwa itu tidak dapat menyembunyikan perasaannya,dan akhirnya mengalirkan air mata.

Peristiwa ini mengajar kita agar bersedia untuk berkorban sesuatu untuk negara tercinta walau

dengan apa cara sekali pun. Pada masa kini, boleh saya katakan bahawa generasi muda tidak

terlalu menghargai sesuatu perkara itu sebagaimana generasi terdahulu. Hal ini mungkin

berlaku kerana mereka tidak menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh orang terdahulu.

Justeru, sesuatu hendaklah dilakukan agar mereka akan lebih bersifat terbuka untuk

memahami dan menghayati kisah perjuangan lalu sekaligus dapat menanamkan sifat
nasionalisme dan patriotisme dalam diri.

Akhir sekali,sifat positif seperti tidak berputus asa yang ditunjukkan oleh kebanyakan rakyat dan

juga pemimpin wajar dibanggakan.Walaupun pelbagai masalah dihadapi dalam jalan cerita

filem ini,tapi mereka sedikit pun tidak mengalah.Kesabaran mereka akhirnya terbalas apabila

kemerdekaan yang mereka kejar,dapat dikecapi juga akhirnya.

Konklusinya,dapat saya simpulkan bahawa filem 1957 Hati Malaya ini sangat baik dan bermutu

tinggi kerana seperti yang kita ketahui bahawa cerita berkaitan sejarah bukanlah suatu yang

senang untuk direalisasikan terutamanya apabila pertelingkahan fakta menjadi halangan

utamanya disamping perbelanjaan yang banyak dalam menghasilkan prop yang baik bagi

menghayati sesuatu cerita. Diharapkan di masa hadapan terdapat lebih ramai pengarah yang

dapat mengeluarkan filem bergenre ini, sekaligus dapat menerapkan pelbagai nilai positif

secara langsung dalam diri penontonnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai