Anda di halaman 1dari 4

Para pelajar perlu menyatakan pendapat masing-masing mengenai impak filem Hati Malaya 1957

berikan kepada cara anda melihat erti kemerdekaan yang kita kecapi sekarang?
Panjang ulasan tidak lebih 100 patah perkataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada pandangan saya, filem Hati Malaya 1957 ini memberi impak yang sangat besar kepada saya
apabila melihat kesusahan perjuangan para pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman dan rakyat
terdahulu sanggup bertarung nyawa dan berkorban harta bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah
Melayu bagi membebaskan negara daripada penjajah demi kesenangan generasi akan datang. Filem
ini juga menunjukkan bahawa perpaduan antara kaum tanpa ada sifat perkauman atau prejudis
terhadap kaum lain penting dalam memastikan negara dapat mencapai kemerdekaan. Filem Hati
Malaya 1957 ini juga dapat meningkatkan semangat patriotik dalam diri saya agar menjadi
warganegara yang cinta dan berguna kepada bangsa, agama dan negara sendiri.

Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta
akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan
mereka hilang jati diri

 Jika kaum-kaum tidak mempunyai persefahaman dan toleransi antara satu sama lain,
persengketaan akan dapat dicetuskan dengan mudahnya. Keadaan ini akan menyebabkan hubungan
yang dingin antara masyarakat yang berpecah belah dan akan tercetuslah pertengkaran-
pertengkaran yang menggugat keamanan negara.

saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari bahawa perpaduan itu penting dalam
mempertahankan keamanan negara kerana tanpa persefahaman dan toleransi antara kaum dan
satu sama lain boleh menyebabkan tercetusnya persengketaan yang dapat memecahbelahkan
masyarakat yang boleh menggugat keamanan negara.

Peristiwa 13 Mei merupakan satu insiden yang ingin dielak oleh rakyat Malaysia namun terdapat
juga anasir-anasir jahat yang cuba untuk memporak-perandakan negara. Sebagai rakyat yang
sayangkan negara, apakah usaha yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan daripada insiden
hitam ini tercetus kembali? Pelajar digalakkan untuk memberikan SATU usaha yang sesuai dengan
keadaan semasa dan sebagai seorang mahasiswa.

Pada pendapat saya, sebagai mahasiswa, usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada
berulangnya Peristiwa 13 Mei ialah pelajar mestilah menyemai sikap saling menghormati antara
satu sama lain tanpa mengira bangsa dan kaum dengan cara mengelakkan diri daripada
membangkitkan isu-isu negatif yang dapat menimbulkan kemarahan rakan-rakan daripada kaum dan
agama lain. Sekiranya sikap ini dapat disemai dalam diri, secara tidak langsung semangat perpaduan
dapat dipupuk dalam kalangan pelajar dan suasana pembelajaran yang aman dan damai dapat
dilaksanakan. Namun, setiap perselisihan pendapat yang timbul, hendaklah diatasi dengan bijaksana
dan berhemah agar perkara yang lebih besar dan buruk tidak akan berlaku. Oleh itu, kesepaduan
antara kaum penting bagi menjauhkan negara daripada peristiwa yang dapat menimbulkan
kekecohan dan berlaku penumpahan darah.

Pelajar perlu memilih satu video daripada beberapa senarai video yang disenaraikan dan membuat
ulasan berdasarkan soalan yang disediakan
i.              Mengapa anda memilih video tersebut?
ii.             Apakah pengajaran yang tersurat dan tersirat di sebalik video tersebut?
Rumusan perlu ditulis dalam ruangan forum di platform Myguru. Minimum patah perkataan adalah
dalam lingkungan 200-300 patah perkataan.  Tugasan ini perlu dihantar pada minggu KELAPAN.
Berikut merupakan pilihan video yang boleh diulas oleh setiap pelajar.

1. Perlembagaan Malaysia
            https://www.youtube.com/watch?v=f7ukOpCYs0s&t=37s
 

2. Kehebatan Sistem Beraja dan  Agong di Malaysia


https://www.youtube.com/watch?v=PtdOgFPbAfY
 
       3. Ganyang Malaysia – Konfrontasi Indonesia Marah penubuhan Malaysia 1963’
           https://www.youtube.com/watch?v=r1ATrnUXVzc

       4.  Eksperimen Sosial – Sekuat Mana Perpaduan Malaysia


            https://youtu.be/DVE5JLBWeF0 

       5. Bila Tanya Rakyat Malaysia Tentang Malaysia


           https://www.youtube.com/watch?v=LliujEfx9nw

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya memilih video yang bertajuk Ganyang Malaysia iaitu mengenai konfrontasi Indonesia marah
terhadap penubuhan Malaysia pada tahun 1963 kerana saya begitu tertarik untuk mengetahui sebab
Indonesia begitu menentang penubuhan Malaysia. Selain itu, saya juga ingin mengetahui strategi
dan usaha yang dilakukan Indonesia bagi melumpuhkan hasrat pembentukan Malaysia serta
penyelesaian terhadap isu ini. Umum kita mengetahui bahawa Malaysia dan Indonesia merupakan
negara yang berjiran akan tetapi terdapat segelintir manusia yang sangat aktif di negara seberang
laut sana, menyebarkan propaganda yang akan menimbulkan kemarahan dan kebencian terhadap
negara kita. Mereka terus meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dengan matlamat mahu
menjaga maruah negara mereka.

Konfrontasi merupakan serangan yang dilakukan oleh Indonesia terhadap Malaysia dalam usaha
Tanah Melayu ingin membentuk Gagasan Malaysia. Indonesia menentang sekeras-kerasnya
penubuhan Gagasan Malaysia melalui tindakan menyekat dan memutuskan hubungan dengan Tanah
Melayu dan Persekutuan Malaysia yang dibentuk.

Pengajaran tersurat yang dapat diperoleh sebalik video ini adalah sikap toleransi dan sentiasa
menghormati keputusan yang dibuat oleh pemimpin kita adalah penting kerana berkemungkinan
keputusan tersebut membawa kepada pembinaan kesepaduan dan hubungan baik yang dapat
menjamin keamanan antara negara. Sebagai contoh, Indonesia perlulah berfikiran positif dan
bersetuju dengan penubuhan Gagasan Malaysia kerana penubuhan ini dapat memberi banyak
manfaatnya demi kepentingan negara masing-masing. Selain itu, sebagai negara jiran juga, kita perlu
terus menjalinkan hubungan baik dan tidak mencampur tangan dalam urusan negara lain demi
kesejahteraan negara serantau. Sekiranya terdapat masalah yang berlaku, kita perlulah berfikiran
nasional dengan menyelesaikan masalah tersebut melalui rundingan kerana itu merupakan cara
yang terbaik bagi mengelakkan pertelingkahan berlaku.

Pengajaran tersirat pula ialah sebagai seorang warganegara yang cinta akan negara, kita seharusnya
bersatu padu dan mempunyai perasaan sehati sejiwa serta jangan mempunyai sikap suka panas
memanaskan keadaan apabila negara menghadapi masalah. Hal ini dapat mempertahankan
keamanan dan kedaulatan negara tercinta daripada ancaman anasir-anasir luar. Kita sebagai rakyat
Malaysia seharusnya berganding bahu demi mencapai keamanan negara agar tidak lagi berlaku
istilah “konfrontasi terhadap negara kita” pada masa akan datang.

Peperangan inilah yang juga telah melahirkan hulubalang-hulubalang dan


perwira negara yang berani mati demi mempertahankan negara tercinta. Pihak
Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan tetap menjaga
kedaulatan negara kita daripada diancam oleh anasir-anasir luar yang
bermatlamat songsang kepada negara ini. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah
berganding bahu demi keamanan yang dicapai pada hari ini agar tiada lagi
istilah “konfrontasi terhadap negara kita” berlaku pada masa yang akan datang.

Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa Konteretasi Indonesia-Malaysia

 Sebagai sebuah negara jiran, kita perlu terus menjalinkan hubungan


baik dan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain demi keamanan
serantau.

 Kita mestilah berfikiran nasional apabila menghadapi masalah malah


bukannya menyelesai masalah mengikut perasaan sendiri. Oleh itu, rundingan
merupakan cara yang terbaik untuk menyelesaikan sebarangan
pertelingkahan.
 Sikap tolak ansur amat penting dalam melakukan setiap perkara agar
keamanan dan keharmonian sesebuah negara dijamin.

 Sebgai seorang warganegara yang cinta akan negara, kita haruslah


bersatu padu dan mempunyai hati sejiwa malah jangan ada sikap panas
memanaskan keadaan apabila negara menghadapi masalah.

 Kita hendaklah sentiasa menghormati keputusan yang dibuat oleh


pemimpin kita. 

Anda mungkin juga menyukai