Anda di halaman 1dari 2

LDK Patriotisme Kokurikulum Semester 1

1. Peranan pelajar bagi mempertahankan UiTM dan Negara.


Pelajar telah diterapkan dengan nilai nilai murni serta pengajaran daripada sejarah
terdahulu. Bahkan, pelajar UiTM turut mempelajari subjek CTU yang menekankan
peradaban dan tatasusila mengikut garis panduan agama. Maka, pelajar mestilah
mengamalkan perkara yang telah diajar. Sebagai contoh menunjukkan sikap positif
sebagai pelajar dengan menjaga nama baik individu serta maruah sebagai pelajar
UiTM dan rakyat Malaysia, menjauhi isu yang boleh menyentuh sensitiviti mana-
mana pihak dan berpegang pada rukun negara serta ajaran agama masing masing.
Perkara ini perlu dilaksanakan tidak kira di mana jua pelajar berada. Hal ini kerana,
apabila sesuatu individu itu menunjukkan dirinya sebagai seorang yang bertamadun
dan beradab, secara tidak langsung individu ini telah mengangkat martabatnya
sebagai pelajar UiTM serta warganegara Malaysia.

2. Bagaimanakah cara untuk menyemai semangat patriotisme dikalangan pelajar?


Pelajar boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang berunsurkan patriotisme seperti
perkhemahan badan kokurikulum, kawad kaki dan menyertai program kenegaraan.
Hal ini kerana pelajar akan diajar untuk berdisiplin dan meningkatkan nilai murni
dalam diri mereka. Seterusnya, pelajar hendaklah mempelajari dan mendalami
sejarah negara kita secara berterusan. Bagi sesetengah individu, sejarah yang
tertulis dalam buku teks mungkin tidak menarik minat mereka. Walaupun begitu,
masih banyak inisiatif lain yang boleh membantu golongan ini agar dapat bersama-
sama mempelajari sejarah. Contohnya, mempelajari sejarah melalui dokumentari
yang ditayangkan di Netflix, menonton drama yang dilakonkan semula dan
sebagainya. Selain itu, pelajar perlu cakna dan ambil tahu isu semasa yang berlaku
di dalam dan luar negara agar lebih peka dan matang dalam merancang dan
bertindak untuk masa hadapan kelak.

3. Apakah proses pembentukan sesebuah negara?


Asas pembentukan sesebuah negara asalnya adalah berdasarkan latar belakang
kawasan tersebut yang mana bersifat nasional dan atas dasar politik. Apa yang lebih
penting adalah kawasan tersebut mempunyai ciri ciri utama dalam membentuk
sesebuah negara seperti:
i. Mempunyai sempadan yang tetap dan diiktirafkan oleh masyarakat antarabangsa.
ii. Mempunyai penduduk yang tetap.
iii. Mempunyai kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam.
iv. Kedaulatan iaitu negara diperintah sendiri di mana bebas dari naungan penjajah.
v. Hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan.
vi. Lambang negara antaranya seperti perlembagaan, agama rasmi, dan simbol.
vii. Kegiatan ekonomi yang terancang; terlibat dalam ekonomi domestik dan
antarabangsa.
viii. Mempunyai kemudahan sosial seperti pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai