Anda di halaman 1dari 16

Seni Kraf Wau - Khazanah Tradisional Negara

Pengenalan Sejarah Wau


1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus. 2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi. 3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai Layang-layang di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. 4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit. 5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong. Di Malaysia
1

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layanglayang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.[perlu rujukan] Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsurunsur kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek lagi. Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian). Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia. [sunting] Mitos permainan wau Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu pun menangis wa,wa,wa,wa, maka, menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau". Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila Dewi Dewa Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke laut. Maka Mak si Dewa Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesa duduk di kayangan, lalu dia turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan dilihatnya tembuni Dewa Muda terapung-apung di Sungai Nil. Tembuni itu dipulihkan menjadi seorang dewa yang dinamakan Awang si Jambul Lebat dan selaput tembuni Dewa Muda itulah dijadikan rangka Wau untuk Dewa Muda. Untuk menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk dijadikan bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Muda dijadikan tangan dan badan wau serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. Bila Wau ini dinaikkan, maka busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam. Dari bunyi busur itulah wujudnya nama "Wau". Mengikut asal usul ini juga, wau yang tidak ada busur atau busurnya tidak berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam dipanggil "layang-layang". Mengikut asal usul yang lain pula, wau wujud dari semangat padi. Pada satu hari, seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa dengan seorang anak perempuan yang cantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiap-tiap hari membawakan minuman dan makanan kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi, yang akhirnya menimbulkan perasaan cemburu di hati isteri. Anak perempuan itu dipukul oleh si isteri lantas melarikan diri dari rumah petani tersebut menghala angina barat. Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak berbuah dan diserang penyakit. Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi. Untuk memohon maaf, petani itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan sekarang ini dan dinaikkan setelah menuai.
2

Mengikut asal usul yang lain, Wau Bulan lahir sebagai lambang penyatuan kembali Empayar Srivijaya oleh Dewa Muda. Setelah kemangkatan pembina Empayar Srivijaya iaitu Sri Maharaja Sri Jayanaga, maka empayar yang meliputi seluruh Asia Tenggara ini mulai berpecah diperintah secara berasingan dari negara induk Srivijaya iaitu Medang Bhumi. Di awal abad ke-8 muncul seorang tokoh, iaitu cucu Sri Maharaja Sri Jayanaga yang bernama Jaya Sinha. Beliau mempunyai berbagai gelaran, antaranya Sabjaya atau Sanjaya Putera, Inu Dewa, Seri Panji, Mahisa Kelana Seri Panji, Raden Inu Kertapati atau Raden Asmarajaya dan Hyang Kamajaya, tetapi dia lebih terkenal dalam ceritacerita tradisi sebagai Dewa Muda. Dewa Muda telah mengadakan beberapa serangan untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya. Sebelum Dewa Muda mengadakan serangan, dia telah lama bertapa dan apabila selesai, dia pulang dari gua tempatnya bertapa dengan membawa rangka atau lembaga wau bulan yang baginya merupakan peta penyerangan dan penaklukan kembali Empayar Srivijaya atau Asia Tenggara itu.Dewa Muda menakluk kembali empayar yang agung itu kira-kira pada tahun 713 hingga 779 Masihi. Setelah mendapat kemenangan, Wau Bulan yang menjadi lambang Empayar Srivijaya dikenali sebagai Sejagat Tanah Jawa. Kepala dan tengkuk wau bulan yang berbentuk garuda itu melambangkan raja segala burung yang sebenarnya seorang wali. Namanya ialah Riah, dalam Bahasa Arab disebut Nabi Mahlail Alaihissalam antara 313 rasul dan dalam Bible, beliau disebut dengan nama Mahalelselt. Dalam cerita-cerita tradisi dia digelar Burung Petala Indera. Jadi, kepala Wau Bulan ini melambangkan roh dan semangat Empayar Srivijaya, dan memberi erti asas kebudayaan dan asas peradaban dalam empayar ini. Dikisahkan bahawa busur wau ini memiliki dua belas bahasa, dua belas ragam yang melambangkan negeri atau daerah yang disatukan kembali dengan negara pusat Empayar Srivijaya. Dua belas negeri tersebut ialah Filipina, Vietnam, Segenting, Kemboja-Laos-Thailand Tengah dan Utara, Burma, Burma Barat dan Benggala Timur menganjur ke Kepulauan Andaman, Pulau Irian dan Pulau Sulawesi. Sementara dua belas ragam bererti dua belas suku terdapat di dua belas daerah/negeri tersebut tadi. Bulatan bulan pada Wau Bulan melambangkan negeri-negeri daratan yang dinamakan Nusarantang-kawasan yang bersambung. Bintang yang terletak di antara bulatan bulan sabit penuh dilambangkan sebagai negara pusat atau kawasan pusat pemerimtahan yang dinamakan Nusa Kencana-Kawasan Emas dan bulan sabit penuh yang menjadi bahagian bawah wau ini dilambangkan dengan negeri-negeri kepulauan yang dinamakan Nusantara-Kawasan yang dirantai oleh laut-laut. Wau Bulan ini memiliki tiga teraju yang melambangkan tiga bahagian empayar Srivijaya dan tiga teraju ini diikat oleh satu tali, yang melambangkan Empayar Srivijaya ini diperintah oleh satu pentadbiran pusat. Dalam asal usul yang lain pula, wau dinyatakan berasal dari Kembayat Negara di
3

zaman Siti Zubaidah dan wau ini bernama Wau Lenggang Kembayat. Wau inilah yang dinaikkan oleh Pembina Empayar Srivijaya iaitu Dewa Muda. Bentuknya tidaklah seperti Wau Bulan seperti yang dinyatakan dalam asal usul di atas. Wau Lenggang Kembayat ini bentukya seperti Wau Ikan yang wujudnya sekarang ini.

wau bulan besar

Kategori Wau

1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian 2. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan 3. Wau untuk hiasan dan replika
Pertandingan Ketinggian

1. Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi. 2. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan. 3. Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau. 4. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi. Pertandingan Kecantikan 1. Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau. 2. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.

Motif flora menjadi inspirasi rekaan corak

Kehalusan inilah yang menjadikan wau sebagai seni warisan negara Wau Hiasan dan Replika

1. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya. 2. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati. 3. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan

Jenis-jenis Wau
Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular

Wau Bulan

Wau yang paling popular. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau. Sangat popular di Kelantan.

Wau Kucing

Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.

Wau Jala Budi Wau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan. Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala.

Wau Merak Perbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak .

Wau Barat Seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.

Wau payung berekor

Wau helang

Wau kenyalang

10

Wau puyuh

Wau daun

Alatan dan Bahan

1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan 2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut. 3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau. 4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau. 5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

Proses Penghasilan Wau


1. Memilih buluh 2. Meraut buluh 3. Membuat rangka 4. Menampal rangka 5. Membuat corak 6. Menampal corak 7. Memasang teraju

11

Memilih Buluh Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.

Meraut Buluh Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.

12

Membuat Rangka Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.

Menampal Rangka Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.

Membuat Corak dan Menampal Corak Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.

13

Memasang tali teraju Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya

14

Bahagian-bahagian Wau

Tokoh-tokoh Wau

Hashim B. Awang Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mula membuat wau sewaktu kanak-kanak lagi. Beliau pernah memenangi pertandingan wau hiasan selama tiga tahun bertuut-turut. Karya wau beliau menjadi hiasan di Bangunan Suruhanjaya Malaysia di London.

15

Wan Su B. Wan Othman Berasal dari Besut, Terengganu. Beliau juga merupakan seorang pengukir terkenal. Melalui kemahiran mengukir, beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir

16

Anda mungkin juga menyukai