Anda di halaman 1dari 1

Sejarah Boling Kelapa

Boling merupakan antara olahraga yang tertua. Kewujudannya telah bermula seawal 7000 tahun yang lalu dengan penemuan bola boling, pin dan peralatan lain boling di kuburan-kuburan tua Mesir Kuno. William Pehle, Seorang ahli sejarah Jerman, mendakwa permainan boling bermula di Jerman sekitar 300 AD. Di Jerman, permainan ini merupakan satu upacara keagamaan untuk menentukan kewujudan dosa pada seseorang. Dalam upacara ini, seseorang yang dipersalahkan dikehendaki untuk membaling batu atau sebiji bola yang tertuju pada 9 tongkat kayu yang dikenali sebagai keglers. Sekiranya semua keglers ini jatuh bererti kehidupannya bersih. ada abad ke-17, orang English, Belanda dan Jerman telah membawa masuk boling versi mereka sendiri ke Amerika Syarikat. Melalui inilah, boling mengalami perubahan dan dimodenkan. Pada tahun 1952, pemasangan komersil pertama mesin penyusun pin menggantikan tenaga manusia diperkenalkan. Tahun demi tahun dan hinggalah sekarang, boling telah mengalami perubahan. Dengan kepesatan teknologi masa sekarang, perubahan jelas dapat dilihat melalui penciptaan bola boling. Namun, dalam masyarakat kampung Malaysia yang belum dimajukan pada masa dahulu, permainan boling diinovasikan dengan menggantikannya dengan botol-botol air atau buluh-buluh sebagai pin dan menggunakan kelapa sebagai boling. Justeru, permainan traditional Boling Kelapa telah dikembangkan dan permainan ini menarik dan kos permainannya murah serta bahan-bahannya mudah didapati.

sumber rujukan: http://www.bowlingmuseum.com/Visit/HistoryofBowling.aspx

Anda mungkin juga menyukai