Anda di halaman 1dari 4

Permainan Dart Sejarah Permainan Dart Beberapa pendapat menyatakan bahawa sejarah dart bermula ketika tenteratentera berasa

bosan lalu mereka saling mencabar kekuatan diri dengan melemparkan tombak mereka ke dasar tong. Hal ini kemudiannya mula berkembang menjadi satu permainan memotong batang pohon sebagai target mereka. Permainan ini mula berkembang ketika musim sejuk dengan menggunakan panah yang lebih pendek serta peraturan mula dicipta dan dilaksanakan. Permainan ini mula dikenali sebagai Dart. Ia mempertahankan hubungan tentera selama pembentukan Kerajaan Inggeris. Apabila permainan membuang tombak mula menjadi hobi universal, permainan ini diubahsuai dengan menggunakan panah yang larasnya ditetapkan iaitu sepotong batang memotong kayu yang mempunyai panjang empat inci dengan bulu pada salah satu hujung dan logam pada hujung yang lain. Pada tahun 1898, sebuah melipat kertas target telah diperkenalkan oleh Amerika dan laras diperbuat dari logam yang juga diperkenalkan oleh orang Inggeris pada tahun 1906. Ketika itulah, sistem penomboran pada papan dart dirumuskan dan diterima. Peraturan untuk jarak bagi melempar panah juga terjadi pada masa yang sama, namun terdapat banyak standard yang telah digunakan. Jarak untuk melempar diukur dengan cara tiga buah peti yang ditempatkan dari hujung ke hujung meja tempat pembuatan bir bernama Hoki & Sons yang menyediakan bir ke bahagian barat daya Inggeris. Peti bir tersebut mempunyai panjang lebih kurang tiga kaki panjang lalu ia menjadikan jarak dari garis papan dart tersebut ialah 9 meter. Saiz peti akhirnya dikurangkan menjadi dua kaki dan empat buah peti digunakan sebagai pengukur untuk jarak lapan kaki panjangnya. Ukuran tersebut telah menjadi pola standard untuk beberapa tahun. Pada tahun 1900, permainan dart dan peraturan yang telah ditentukan telah diperakui dan diterima pakai pada hari ini. Saiz papan, jarak untuk melempar panah, saiz panah yang digunakan adalah mengikut standard.

Sejarah Permainan Bowling Kewujudan permainan bowling telah bermula seawal 7000 tahun yang lalu. Ia berdasarkan penemuan bola boling, pin dan peralatan lain bowling di perkuburan tua Mesir Kuno. Penemuan ini membuktikan bahawa permainan bowling telah dimainkan sejak berabad-abad yang lalu. Namun begitu, seorang ahli sejarawan Jerman, Willian Pehle mendakwa permainan bowling bermula di Jerman sekitar 300 A.D. bowling.html) (http://haxims.blogspot.com/2012/02/sejarah-adanya-olahraga-bola-

Di Jerman, permainan ini merupakan satu upacara keagamaan untuk menentukan kewujudan dosan pada seseorang. Dalam upacara ini, seseorang yang dipersalahkan dikehendaki untuk membaling batu atau sebiji bola yang menuju pada 9 tongkat kayu yang dikenali sebagai keglers. Sekirannya semua keglers ini jatuh, ia bererti bahawa kehidupannya bersih. Permainan ini kemudiannya diperkenalkan oleh para biarawan Jerman kepada masses, kemudian berkembang sebagai adat untuk menguji kepercayaan seseorang.

(http://haxims.blogspot.com/2012/02/sejarah-adanya-olahraga-bola-bowling.html) Berbeza pula di England, bowling bermula pada awal 1100-an. Beberapa variasi bowling, seperti half-bowl, Skittles dan ninepins, telah wujud pada pertengahan 1300-an. Namun begitu, menurut penulisan yang pertama, permainan itu dicipta oleh Raja Edward III pada tahun 1366. Raja Edward III telah mengharamkan permainan ini dimainkan oleh askar-askarnya kerana permainan itu telah menyebabkan mereka tidak melakukan latihan memanah. Kemudiannya, pada zaman pemerintahan Raja Henry VIII, permainan bowling telah mendapat popularity dan dimainkan sebagai simbol bangsawan dan status sosial.

Gambar 2 : Permainan bowling yang divariasikan

Pada abad ke- 27, oang English, Belanda, dan Jerman telah membawa masuk bowling versi mereka sendiri ke Amerika Syarikat. Melalui usaha inilah, bowling mengalami perubahan dan dimodenkan. Pada tahun 1952, pemasangan komersil pertama mesin penyusun pin menggantikan tenaga manusia diperkenalkan dan akhirnya bowling semakin dikenali lalu mendapat tempat apabila sukan bowling pertama iaitu Championship Bowling oleh NBC disiarkan. Perubahan dan pemodenan yang dialami telah membawa kepada penubuhan Kongres Bowling Amerika (ABC) pada 9 September 1985. Kongres ini berperanan dalam menentukan piawai bowling di Amerika Syarikat serta mengatur pertandingan rasmi.

(http://puterachini.blogspot.com/2011/09/sejarah-bowling.html)

Gambar 3 : Mesin Penyusun Pin

Tahun demi tahun sehinggalah sekarang, bowling telah mengalami perubahan. Dengan kepesatan teknologi masa sekarang, perubahan jelas dapat dilihat melalui penciptaan bola bowling. Bola bowling yang dahulunya diperbuat daripada kayu keras iaitu lignum vitae kini diperhebatkan dengan diperbuat daripada getah Evertrue. Sembilan tahun kemudian, Brunswick Corporation telah memperkenalkan Mineralite Ball (http://puterachini.blogspot.com/2011/09/sejarahbowling.html)

Selama bertahun-tahun, permainan bowling telah berubah. Pelbagai taktik telah dicipta. Permainan bowling telah menjadi salah satu sukan popular dan mendapat tempat di seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai