Anda di halaman 1dari 1

Bola sepak diminati oleh semua golongan, dari semua peringkat umur.

Disana sini orang bermain


bola sepak. Sebenarnya tiada bukti kukuh yang menyatakan dari manakah bola sepak berasal. Ini
kerana tiada satu pun catatan sejarah yang menyatakan tentang permulaan bola sepak. Terdapat
empat negara yang masing-masing mengakui sebagai tempat bermulanya bola sepak. Negara itu
ialah Rom Kuno, China, Greece dan Jepun.

Adalah dipercayai perlawanan bola sepak yang pertama ialah di antara China dan Jepun.
Catatan ini terdapat di sebuah muzium di Munich yang ditulis oleh Li Ju. Beliau mencatatkan
perlawanan itu berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Orang-orang Jepun dikatakan telah
bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di Kyoto. Orang-orang Rom dan Greek Kuno pula
mengakui bahawa mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi. Selain dari
catatan sejarah permulaannya, tidak ada pula catatan tentang bagaimana ia dimainkan.

Menjelang selepas masihi Mexico dan England pula mengakui bahawa bola sepak berasal dari
negara mareka. Walau bagaimanapun, pengakuan kedua negara ini tidak disertai dengan bukti yang
kukuh. Di England, bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun 276 masihi. Pada masa ini, bola
sepak dimainkan dengan tiada peraturan, mereka boleh memegang dan membawa lari bola. Pintu
gol pula bermacam-macam jenis dan saiz. Akhirnya pada tahun 1846, Universiti Cambridge dan
beberapa pusat pengajian tinggi di England telah menggubal undang-undang tentang permainan
bola sepak. Walaupun ianya tidak lengkap, tetapi dari sinilah permulaan undang-undang bola sepak
yang dapat kita lihat hinggalah ke hari ini. Apabila Persatuan Bola Sepak England ditubuhkan pada
tahun 1863 undang-undang bola sepak terus diperkemas dan menjadi undang-undang rasmi bola
sepak. Pada tahun 1871, pertandingan Piala Persatuan Bola Sepak England dimulakan. Pada tahun
1885, bola sepak profesional telah dimulakan, pemain dibayar mengikut kebolehan mereka.
Perlawanan bola sepak yang pertama bertaraf antarabangsa ialah di antara England dan Scotland
tahun 1872 di Glasgow, Scotland.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah ditubuhkan pada tahun 1904 di
Paris. Negara yang bertanggungjawab dalam penubuhan persatuan ini ialah Belgium, Perancis,
Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland. Selepas perang dunia pertama anggota FIFA melebihi
50 buah negara, dan kini hampir 180 buah negara menjadi ahlinya. Selepas itu bola sepak terus
berkembang dan diminati ramai. Pada tahun1930 Pertandingan Piala Dunia diperkenalkan dan ianya
terus kekal hingga ke hari ini. Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan yang terungul
dalam arena bola sepak.

Anda mungkin juga menyukai