Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Bola Sepak

     
           Bola sepak diminati oleh semua golongan, dari
semua peringkat umur. Disana sini orang bermain bola
sepak. Sebenarnya tiada bukti  kukuh  yang
menyatakan dari manakah bola sepak berasal. Ini
kerana tiada satu pun catatan sejarah yang menyatakan
tentang permulaan bola sepak. Terdapat empat negara
yang masing-masing mengakui sebagai tempat
bermulanya bola sepak. Negara itu ialah Rom Kuno,
China, Greece dan Jepun. 

        Adalah dipercayai perlawanan bola sepak yang


pertama ialah di antara China dan Jepun. Catatan ini
terdapat di sebuah muzium di Munich yang ditulis oleh
Li Ju. Beliau mencatatkan perlawanan itu berlangsung
sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Orang-orang Jepun
dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama
iaitu di Kyoto. Orang-orang Rom dan Greek Kuno pula
mengakui bahawa mereka telah bermain bola sepak
sekitar tahun 500 sebelum masihi. Selain dari catatan
sejarah permulaannya, tidak ada pula catatan tentang
bagaimana ia dimainkan.

        Menjelang selepas masihi Mexico dan England


pula mengakui bahawa bola sepak berasal dari negara
mareka. Walau bagaimanapun, pengakuan kedua
negara ini tidak disertai dengan bukti yang kukuh. Di
England, bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun
276 masihi. Pada masa ini, bola sepak dimainkan
dengan tiada peraturan, mereka boleh memegang dan
membawa lari bola. Pintu gol pula bermacam-macam
jenis  dan saiz. Akhirnya pada tahun 1846, Universiti
Cambridge dan beberapa pusat pengajian tinggi di
England telah menggubal undang-undang tentang
permainan bola sepak. Walaupun ianya tidak lengkap,
tetapi dari sinilah permulaan undang-undang bola sepak
yang dapat kita lihat hinggalah ke hari ini. Apabila
Persatuan Bola Sepak England ditubuhkan pada tahun
1863 undang-undang bola sepak terus diperkemas dan
menjadi undang-undang rasmi bola sepak. Pada tahun
1871, pertandingan Piala Persatuan Bola Sepak
England dimulakan. Pada tahun 1885, bola sepak
profesional telah dimulakan, pemain dibayar mengikut
kebolehan mereka. Perlawanan bola sepak yang
pertama bertaraf antarabangsa ialah di antara England
dan Scotland tahun 1872 di Glasgow, Scotland. 

       

          Persekutuan Persatuan Bola Sepak


Antarabangsa (FIFA) telah ditubuhkan  pada tahun 1904
di Paris. Negara yang bertanggungjawab dalam
penubuhan persatuan ini ialah Belgium, Perancis,
Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland. Selepas
perang dunia pertama anggota FIFA melebihi 50 buah
negara, dan kini hampir 180 buah negara menjadi
ahlinya. Selepas itu bola sepak terus berkembang dan
diminati ramai. Pada tahun1930 Pertandingan Piala
Dunia diperkenalkan dan ianya terus kekal hingga ke
hari ini. Pertandingan ini merupakan salah satu
pertandingan yang terungul dalam arena bola sepak. 

       

         Bola sepak mula diperkenalkan di Malaysia dalam


tahun 1825 oleh askar-askar Inggeris. Bola sepak
merupakan satu-satunya permainan pertama dari luar
yang dibawa masuk ke negara ini. Pada tahun 1905,
Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan. Stadium
pertama yang dibina ialah Stadium Merdeka yang
menelan belanja sejuta runggit. Bersempena dengan
pembukaan Stadium Merdeka dan sebagai menyambut
hari kemerdekaan satu Pesta Bola Merdeka telah
diadakan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini. 

       

         Kini, bola sepak merupakan permainan utama di


dunia dan dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat
Kejohanan Piala Dunia merupakan kejohanan yang
paling diminati  yang diadakan empat tahun sekali.
Negara seperti Brazil, Itali, Perancis, England adalah
negara terkuat dalam  bola sepak. Bola sepak juga kini
dijadikan permainan secara kormesil yang
mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada
pemain dan kelab-kelab. Antara pemain yang terunggul
abad ini ialah Pele, Johan Cruff, Franze Beckembauer,
Maradona, Ronaldo dan ramai lagi.

Anda mungkin juga menyukai