Anda di halaman 1dari 24

SEJARAH BOLA TAMPAR

ASAL-USUL BOLA TAMPAR

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan(1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing- masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun. Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpu dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu.Di Malaysia,permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959.

PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR

Bola tampar berkembang pesat sejak mula dimainkan serta dinikmati oleh masyarakat di seluruh dunia. Walaupun sukan bola tampar bermula secara sederhana di Amerika Syarikat, sukan ini memberi kesan yang sungguh mendalam serta tidak diduga di seluruh dunia. Permainan bola tampar pada hari ini dimainkan dengan cara yang amat berbeza daripada permainan asalnya yang telah diciptakan sejak lebih satu kurun yang lalu. Permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah pendidikan jasmani YMCA di Holyoke, Massachusetts pada tahun 1895. Morgan mengambil keputusan menggabungkan elemen daripada beberapa permainan lain, iaitu bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling, dalam mewujudkan satu permainan baru. Pada mulanya Morgan yang mencipta permainan ini, dikenali pertama kali sebagai mintonette, bagi menawarkan aktiviti fizikal kepada dan ketenangan yang kurang menggunakan tenaga fizikal kepada ahli perniagaan. Morgan meminjam net yang digunakan dalam permainan tenis untuk permainan ciptaannya, tetapi dibentangkan pada ketinggian 6 kaki, 6 inci (kira-kira 2 meter), hanya lebih tinggi sedikit daripada purata ketinggian kepala seseorang. Pada 1896, dua pasukan yang setiap satunya mengandungi lima orang pemain telah mengambil bahagian buat pertama kalinya dalam permainan sebenar mintonette di Springfield, Massachusetts. Ketika permainan sedang berlangsung, kira-kira setahun kemudian, seorang pensyarah telah menyuarakan pendapatnya bahawa lelaki yang sedang bermain kelihatan seolah-olah menampar bola bolak-balik melintasi jarring, maka permainan ini lebih sesuai dipanggil sebagai bola tampar. Morgan menyukai pandangan itu lantas menukar nama permainan tersebut. Bola yang pertama kali digunakan merupakan tiub daripada bola keranjang, namun Morgan mendapati ia terlalu ringan dan lambat. Beliau cuba menggunakan bola keranjang tetapi terlalu besar dan berat.

Memandangkan ibu pejabat syarikat Spalding terletak di Holyoke, dan syarikat itu menghasilkan peralatan sukan, Morgan meminta A.G Spalding menghasilkan bola untuk permainan ciptaannya.Maka satu bola khas telah dihasilkan untuk sukan ini pada tahun 1900. Dalam meniti perkembangan bola tampar, kelemahan paling ketara ialah dari segi popularitinya kerana peraturan kerap berubah-ubah. Jurulatih menghadapi kesukaran mengajar permainan bola tampar kerana peraturan permainan ini berubah setiap beberapa tahun. Kebanyakan perubahan melibatkan bola yang digunakan serta saiz gelanggang. Bilangan pemain di setiap gelanggang bergantung kepada keluasan ruang yang ada, dan pemain tidak bertukar tempat secara bergilir. Pada masa dahulu, peralatan dan peraturan permainan sangat mudah. Peraturan permainan yang pertama telah disiarkan dalam sebuah artikel di dalam YMCA Athletic Handbook pada 1897. Gelanggang pula berukuran 40 kaki dan 80 kaki (12 meter dan 24 meter) dengan net yang membahagikan gelanggang dipasang pada ketinggian 6 kaki sehingga 6 kaki (1.8 meter hingga 2 meter). Setiap pasukan mempunyai empat pemain dan setiap permainan mempunyai empat inning. Penservis menggunakan bet untuk melakukan servis bola melintasi jaring. Jika servis gagal melintasi jaring, ia dianggap servis salah dan penservis keluar (tamat). Sekiranya penservis tersebut merupakan pemain terakhir dalam pasukannya yang melakukan servis, pasukannya keluar (tamat). Servis, serta hantaran balas, perlu dipukul sangga (voli), dan bukan dimainkan dua kali berturut-turut oleh pemain yang sama. Hanya penservis boleh mendapatkan mata untuk pasukannya. Permainan ini kemudiannya diubahsuaibagi membolehkan bilangan pemain dalam sesuatu pasukan tidak terhad kepada sesuatu jumlah. Permainan merangkumi pergerakan bola yang tidak henti-henti melintasi jaring, iaitu satu kombinasi permainan tenis dan bola baling. Permainan diteruskan dengan hantaran bola bolakbalik sehunggalah satu pasukan gagal membalas hantaran bola atau bola itu mencecah lantai. Ini dikira sebagai satu skor bagi satu pasukan, atau satu penservis keluar (kini, istilah yang digunakan ialah sebelah keluar) untuk pasukan lawan. Pada 1896, sukan ini juga diperkenalkan di Dayton. Ohio, dan kebanyakan peraturan diubah. Ketinggian jaring diselaraskan kepada 7 kaki 6 inci (2.3 meter); kelecek dihapuskan dan setiap permainan dimainkan sehingga ke mata 21. Bola tampar terus popular dengan cepat di seluruh dunia.

Permainan ini diperkenalkan ke negara Filipina dan China pada tahun 1910, ke Jepun pada 1913, ke Siberia dan tentera Poland pada 1915, ke Uruguay pada 1916, ke Brazil pada 1919, dan Syria pada 1922. Di Filipina, lebih kurang pada 1916, satu stail pertahanan menghantar bola dengan lambungan melengkung tinggi untuk dipukul oleh pemain lain, iaitu umpan dan rejam, diperkenalkan. Pemain di negara itu juga memperkenalkan hantaran bomba, atau kill dan menggelar orang yang membuat hantaran bola itu sebagai bomberino. Pada 1919, Pasukan Tentera Ekspedisi Amerika (American Expeditionary Forces) telah mengagihkan hampir 16 000 bola tampar kepada tentera negara itu serta sekutunya. Pengarah YMCA telah dihantar ke Eropah pada penghujung Perang Dunia Pertama iaitu lebih kurang pada 1919 untuk membantu dalam pemulihan tentera bersekutu, telah memperkenalkan permainan bola tampar di kebanyakan negara Eropah. Ini merupakan rangsangan utama pengembangan sukan ini di peringkat antarabangsa. Pada 1920, peraturan tiga sentuhan setiap sebelah dan serangan barisan belakang dilaksanakan. Pada 1920-an dan 1930-an, banyak university di Amerika Syarikat mula mengadakan kelas bola tampar serta menubuhkan pasukan dalaman kolej. Pada 1949, Florida State University menjadikan bola tampar sebagai sukan universiti bagi kaum lelaki, dan merupakan yang pertama menawarkan biasiswa bola tampar dan jurulatih sepenuh masa di negara itu. Pada 1952, NCAA bersetuju untuk membiayai permainan bola tampar dan menganjurkan kejohanan kebangsaan. Persatuan Kebangsaan Olahraga Antara Kolej (National Association of Intercollegiate Athletics) atau ringkasnya NAIA, menjadi tuan rumah kejohanan bola tampar buat pertama kalinya pada 1967. Pada 1974, Persatuan Kebangsaan Persatuan Sekolah Tinggi (National Federation of High School Association/ NFHS) telah mempromosikan kejohanan negeri pada peringkat kebangsaan. YMCA mempunyai pengaruh kuat dalam bola tampar dalam tempoh 20 tahun pertama perkembangan sukan ini. Pada 1920, kejohanan kebangsaan pertama YMCA diadakan di Brooklyn, New York, dan 27 pasukan dari 11 negeri mengambil bahagian. Pada 1925, Persatuan Olahraga Amatur (AAU) mula menguasai permainan ini, dan pada 1928, Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA) ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus permainan ini di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa kerana pertandingan dan peraturan perlu diadakan. Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat yang pertama telah diadakan dan penyertaan juga dibuka kepada pasukan bukan YMCA. Pada 1930-an, program sukan rekreasi merupakan sebahagian daripada aktiviti penting kehidupan harian rakyat Amerika. Ketika itu bola tampar pantai dua sepasukan dimainkan. Pada 1934, pengadil bola tampar kebangsaan diiktiraf sebagai antara yang diperlukan dalam permainan ini. Pada 1937, sewaktu konvensyen AAU di Boston, tindakan diambil bagi mengiktifar USVBA sebagai badan induk kebangsaan bagi bola tampar di Amerika Syarikat. Pada 1946, satu kajian rekreasi di Amerika Syarikan mendapati bola tampar berada pada kedudukan kelima dalam kalangan sukan berpasukan yang sedang dipromosi dan dianjurkan. USVBA merupakan ahli cawangan Federation Internationale de Volleyball (FIVB) yang ditubuhkan pada 1947 di Paris, Perancis. Pada 1948, kejohanan bola tampar tepi pantai dua sepasukan diadakan buat pertama kalinya. USVBA membiayai Kejohanan Terbuka Wanita Kebangsaan yang julung kali diadakan pada 1949, Kejohanan Tentera Kebangsaan dari tahun 1952 ke tahun 1964, dan Kejohanan Kolej Kebangsaan pada tahun 1949. Pada tahun 1949 juga, USVBA menambahkan kategori (division) kolej bagi pasukan kolej yang bertanding. Bagaimanapun, dalam tempoh 10 tahun yang pertama, pertandingan kolej amat kurang. Pelajar dan guru yang berminat membentuk pasukan masing-masing. Banyak pasukan dibubarkan apabila pemain yang berminat menamatkan pengajian. Pasukan berdaya saing terdapat di merata tempat, dan tiada badan pentadbiran khusus untuk memberi kepimpinan dalam sukan bola tampar pada peringkat ini. Menjelang 1951, bola tampar dimainkan oleh lebih 50 juta orang setiap tahun di lebih 60 negara di seluruh dunia. USVBA membiayai pasukan Amerika Syarikat yang pertama di Kejohanan Dunia yang julung kali diadakan pada 1949, di Sukan Seluruh Amerika (Pan Amerika Games) pertama pada 1955, dan di Sukan Olimpik pada 1964. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyenaraikan bola tampar sebagai Sukan Olimpik pada 1957 dan mengambil keputusan untuk memasukkan sukan ini ke dalam pertandingan Olimpik pada 1964.

Pada 1959, Persatuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU), menganjurkan Sukan Universiti buat pertama kalinya di Turin, Itali. Bola tampar merupakan antara lapan acara yang dipertandingkan. Pada tahun 1960, beberapa institusi di Midwestern menubuhkan Persatuan Bola Tampar Antara Kolej Midwest (MIVA), dan pada 1964 Persatuan Bola Tampar Antara Kolej di Southern California ditubuhkan. Pada tahun 1960, teknik baru diserapkan dalam permainan, termasuk rejam lembut (dink), hantaran bawah lengan (bump), blok di jaring, dan terpa (dive) dan pusing (roll) untuk bertahan. Bola yang digunakan dalam Sukan Olimpik 1964 diperbuat daripada serpihan getah yang mempunyai panel kulit. Bola yang hampir serupa digunakan pada hari ini. Pada 1965 Persatuan Bola Tampar Pantai California ditubuhkan, dan pada 1968, NAIA menjadikan bola tampar sebagai salah satu sukan yang kompetitif. Pada lewat 1960-an NCAA menyarankan agar bola tampar dijadikan sebagai tambahan kepada program sukan yang ditawarkan. Pertandingan bola tampar disiarkan secara langsung di televisyen buat pertama kalinya pada Kejohanan Sedunia 1974 di Mexico. Walaubagaimanapun, siaran langsung itu hanya boleh ditonton di Jepun. Pada tahun 1975, USVBA mewujudkan program latihan sepenuh masa untuk pasukan wanita kebangsaan di Pasadena, Texas, dan pada 1977 pasukan lelaki Amerika Syarikat menubuhkan pusat latihan sepenuh masa di Dayton, Ohio. Dengan pelaksanaan Title IX, Persatuan Antara Kolej Wanita (AIAW) mengembangkan peluang bersukan bagi kaum wanita di sekolah tinggi dan kolej. Biasiswa kolej dan jurulatih sepenuh masa untuk pasukan wanita ditawarkan buat pertama kalinya pada 1975. Pada 1981, NCAA mengiktiraf perkembangan bola tampar dalam kalangan kanakkanak perempuan dan wanita dan buat pertama kalinya menganjurkan kejohanan kebangsaan untuk wanita. AIAW diserapkan ke dalam NCAA kerana NCAA menjadi badan induk bola tampar kolej lelaki dan wanita. Dalam tahun 1983 Persatuan Bola Tampar Profesional (AVP/ Association of Volleyball Professional) ditubuhkan. Selepas Amerika Syarikat memulaukan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1980 di Moscow, pasukan bola tampar Olimpik lelaki Amerika Syarikatmemenangi pingat emas Olimpik pertama dalam sejarah bola tampar Amerika Syarikat pada 1984: pada sukan yang sama, pasukan wanita negara itu memenangi pingat perak.

Mulai 1985 sehingga 1988, pasukan bola tampar lelaki Amerika Syarikat telah memenangi Tiga Kejuaraan FIVB (FIVB Triple Crown), iaitu Piala Dunia 1985, Kejohanan Dunia 1986, dan pingat emas Olimpik 1988. Pada tahun 1986, Persatuan Bola Tampar Profesional Wanita (WPVA) telah ditubuhkan, dan pada 1987, FIVB mengadakan Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai (Beach Volleyball World Championship). Dalam tahun 1990 Liga Dunia diadakan, yang disertai pasukan dari seluruh dunia bagi memenangi hadiah wang tunai yang banyak. Pada 1992, Pertandingan Bola Tampar Pantai Empat Sepasukan dimulakan di Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama kedua-dua pasukan bola tampar Olimpik lelaki dan wanita Amerika Syarikat memenangi pingat gangsa. Bola tampar merayakan ulang tahunnya yang ke-100 pada 1995. Pada 1996, bola tampar pantai dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik secara rasmi, dan pasukan lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat emas dan perak. Dalam pertandingan bola tampar pantai tahun 2000, satu pasukan lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat emas lagi, dan pada 2004, pasukan wanita Amerika Syarikat pula memenangi pentandingan pantai buat pertama kalinya, dengan memenangi pingat emas dan gangsa. Di Amerika Syarikat, terdapat kejohanan bola tampar yang dianjurkan oleh NCAA untuk pasukan lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa pula, terdapat pelbagai pertandingan dan kejohanan berdasarkan penganjuran Sukan Olimpik yang diadakan setiap empat tahun sekali. Sukan bola tampar telah meningkat dan berkembang ke seluruh dunia. Walaupun berasal dari Amerika Syarikat namun bola tampar disambut baik d seluruh dunia. Antara sukan popular yang disertai, ranking bola tampar berada hanya di belakang bola sepak. Kini, lebih 46 juta rakyat Amerika bermain bola tampar. Di seluruh dunia pula, 800 juta pemain mengambil bahagian dalam bola tampar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA. Di Malaysia, permainan bola tampar telah diperkenalkan oleh pasukan pelawat iaitu pasukan pemain dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Pada ketika itu, banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan bola tampar telah diadakan di Bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa tersebut. Permainan bola tampar di Malaysia adalah dikawal dan di bawah pengelolaan Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA - Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun 1990-an, pelbagai program perkembangan bola tampar dan kejohanan kebangsaan bola tampar yang berjaya telah diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia. Permainan bola tampar mini (bawah 12 tahun) telah diperkenalkan dan diperkembangkan permainannya. Permainan bola tampar adalah merupakan salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Permainan Bola Tampai Pantai Kebangsaan pula telah diperkenalkan pada 1992 di Malaysia. Pada tahun 1993 pula, Liga Semi-pro pula diperkenalkan di Malaysia. Permainan bola tampar ini merupakan permainan yang agak unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola keranjang, bola jaring dan bola baling. Ciri unik permainan ini dapat dilihat dari segi cara bola itu dimainkan oleh para pemainnya. Kemahiran menghantar bola yang ditunjukkan oleh pemain- pemaindalam permainan bola tampar ini adalah luar biasa dan bukan cara kebiasaan yang biasa kelihatan dalam aktiviti permainan lain yang menggunakan bola. Tambahan pula, permulaan permainan bola tampar ini dilakukan di luar gelanggang berbeza dengan permainan lain.

PERKEMBANGAN TERBARU UNDANG-UNDANG BOLA TAMPAR

Kawasan Permainan y Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.

Dimensi y Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurangkurangnya 7m dari permukaan permainan. y Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurangkurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan. Permukaan Permainan y y Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata. Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. y Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain di atas permukaan yang kasar atau licin. y Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna cerah .Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yang berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan y Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidak dibenarkan.

Jaring,tiang dan antena y Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. y Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan tepi,) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi. y Tiang-tiang yang menyangga jarring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah. Peralatan y y Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan. Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk satu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna kasut mestilah seraga untuk sesuatu pasukan tetapi jenamany boleh berbeza warna. y Kasut mestilah ringan dan mudah lentu dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. y Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum. Nombornombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan belakang. y Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi dan mempunya ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang.Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah sekurang- kurangnya 2cm.

Bola y Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. y y y y Warna: Seragam dan cerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat: 260-280 gram Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm 2

Pertukaran Yang Dibenarkan Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi yang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya .Di y y gelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual pertandingan mesti menukar jersinya.

Referi pertama boleh membenarkan seorang atau beberapa orang pemain: y y Bermain tanpa kasut Menukar jersi yang basah semasa selangan set atau selepas penggantian pemain,dengan syarat jersi baru itu mempunyai warna,corak dan nombor yang sama. y Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan bermain dengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang sama bagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul.

Objek dan Pakaian yang Dilarang y Adalah dilarang memakai objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaan atau memberi sesuatu kelebihan yang tidak semula jadi kepada pemain. y y Pemain boleh memakai cermin mata atau risiko sendiri. Adalah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang tidak mempunyai nombor yang rasmi atau warna yang berbeza daripada pemain lain.

Kesalahan-kesalahan Dalam Memainkan Bola Pukulan Empat Kali y Sesuatu pasukan didapati melakukan kesalahan jika memukul bola sebanyak empat kali (tidak termasuk bola yang dihadang) sebelum menghantarkannya semula ke pihak lawan. Bola Dipegang y Kesalahan berlaku jika seseorang pemain didapati tidak memukul bola dengan jelas atau memegang dan melambung bola. Sentuhan Dua Kali y Kesalahan juga berlaku apabila seseorang pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan secara berturut-turut (kecuali pukulan penerimaan bola pertama). Menyeberangi Jaring y Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menyentuh bola pihak lawan tanpa mengganggu pemain pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawan membuat pukulan serang.

JURULATIH

Jurulatih dapat ditakrifkan sebagai orang yang melatih orang lain (seperti ahli sukan dan lain-lain) supaya mahir. Seorang jurulatih amat penting dalam sesebuah pasukan bagi melengkapkan pelbagai aspek. Jurulatih memainkan peranan yang penting kerana kehadiran seorang jurulatih menjadi tonggak bagi sesebuah kejayaan pasukan.

APAKAH MOTIF MENJADI SEORANG JURULATIH?


y y y y y Seorang jurulatih dipilih bagi membimbing sesebuah pasukan bagi membolehkan prestasi pasukan tersebut bertambah baik dan maju. Jurulatih juga berguna sebagai penggalak semangat bagi sesebuah pasukan. Strategi sesebuah pasukan juga disusun oleh jurulatih bagi mendapatkan strategi pasukan yang efektif dan berkesan. Mengenal pasti keperluan setiap individu. Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat,latihan terkawal,membuat penilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkindalam setiap pertandingan. Mewujudkan satu persekitaran dimana seorang atlet itu sentiasa mendapat motivasi bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.

FAKTOR YANG MEMOTIVASIKAN PEMAIN UNTUK BERMAIN BOLA TAMPAR. y y y y


Faktor yang paling utama sekali dalam memotivasikan pemain untuk bermain bola tampar adalah minat yang mendalam terhadap sukan ini. faktor lain adalah kelebihan fizikal yang ada pada pemain itu sendiri. Jika pemain itu mempunyai tinggi yangsesuai untuk bermain bola tampar,maka ia akan terdorong untuk bermain bola tampar. Faktor lain adalah dari segi komitmen. Jika pemain tersebut yakin bahawa dia boleh memberi komitmen kepada permainan ini sepenuhnya,maka individu tersebut tanpa ragu-ragu akan melibatkan diri dalam permainan bola tampar. Faktor yang seterusnya adalah disebabkan bakat.jika individu tersebut mempunyai bakat,maka individu tersebut akan besrsungguh-sungguh melibatkan dirinya dalam permainan ini.

PENDEKATAN KEJURULATIHAN y y y y y
setiap individu yang ingin mendekatkan diri dalam bidang kejurulatihan haruslah mengetahui apa itu permainan bola tampar. Individu tersebut juga harus mengetahui kesemua peraturan tentang bola tampar dan maihr mengaplikasikannya. Pengetahuan dan kemahiran tentang bola tampar boleh dipelajari daripada individu yang mahir dalam bidang bola tampar. Individu itu perlulah mencari inisiatif bagi menarik minat pelajar dalam meneruskan sesi latihan. Selain itu,jika ingin mendekatkan diri dalam bidang kejurulatihan,pengetahuan tentang kesihatan dan sukan juga amat penting.

SIFAT-SIFAT BAIK SEORANG JURULATIH


Berdisiplin: y y y menepati masa tingkahlaku mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan

Bersikap positif: y y y Semangat kesukanan Menerima kekalahan atau kemenangan dengan baik Keikhlasan

Berkelakuan Baik : y y y Mengamalkan etika sebagai jurulatih dari aspek tingkah laku, seperti percakapan sikap, perangai dan lain-lain. berpersonaliti, berperwatakan, kestabilan emosi dan kawalan diri berkelakuan yang boleh diterima umum, seperti tidak bertindak secara liar atau terlalu ghairah ketika menghadapi kemenangan atau kekalahan.

Kendiri : y y y Bertanggungjawab terhadap tindakan Menggalakkan keharmonian Mengeratkan perpaduan

y y

Tabiat kerja yang baik Pengurusan masa yang berkesan

Mempunyai semangat kesukanan : y y y Berfikiran terbuka dalam pasukan Tidak menyalahkan pasukan jika mengalami kekalahan. Mengamalkan strategi yang adil

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya,saya telah berjaya melakukan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu En Kamarun kerana telah memberi saya peluang melakukak tugasan ini. Jasa beliau tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Tidak lupa juga kepada pensyarah lain yang turut memberi peluang kepada saya.

Seterusnya,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi sokongan moral dalam melakukan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang menyokond dan memberi bantuan dari segi maklumat dan sokongan moral. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua.

Akhir sekali,saya berharap agar tugasan saya ini dapat diterima oleh semua lebih-lebih lagi pensyarah saya iaitu En Kamarun. Saya juga berharap agar pengetahuan tentang sukan bola tampar ini menjadi sumber rujukan dan amat berguna kepada semua.sekian terima kasih.

REFLEKSI

Setelah selesai menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengetahuan yang saya perolehi. Antaranya, saya dapat mengetahui pelbagai maklumat tentang sukan bola tampar.Tanpa dengan melakukan tugasan ini, sudah tentu saya tidak mengetahui perkara ini. Oleh itu, banyak perkara baru yang saya pelajari.

Disamping itu, , saya juga dapat mempertingkatkan pengetahuan saya tentang sejarah bola tampar dan peraturan-peraturannya.Selain itu juga saya dapat mempelajari beberapa perkara tentang sistem kejurulatihan.terima kasih kepada pensyarah kerana saya mendapat didikan dan bimbingan daripada pensyarah yang amat saya hargai iaitu En.Kamarun Beliau telah memberi penerangan yang berkesan bagi menyiapkan tugasan ini. Saya rasa amat bertuah kerana dapat dibimbing oleh beliau.

Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan lagi prestasi pengetahuan pada masa hadapan dengan pengetahuan yang saya perolehi daripada tugasan ini.Saya juga berharap dapat menggunakan kemahiran dan pengetahuan saya ini di masa akan datang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSIEN ONN BATU PAHAT

------------------------------------------------PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JULAI 2009 GERKO

NAMA NO. KAD PENGENALAN OPSYEN PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: MUHAMMAD AZIZI BIN ABU KASSAIM : 910303 04 - 5445 : RBT / BI / BM 1 : EN. KAMARUN BIN ISHAK : 18 OKTOBER 2010

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN ISI 1 : SEJARAH BOLA TAMPAR y ASAL-USUL BOLA TAMPAR y PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR y PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG BOLA TAMPAR ISI 2 : JURULATIH y MOTIF MENJADI SEORANG JURULATIH y FAKTOR YANG MEMOTIVASIKAN PEMAIN BERMAIN BOLA TAMPAR y PENDEKATAN KEJURULATIHAN y SIFAT-SIFAT BAIK SEORANG JURULATIH REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai