Anda di halaman 1dari 1

Sejarah Bola Tampar

Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110


tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab
memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan
permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau
mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk
memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada
mulanya, permainan ini dinamakan Mintonette, tetapi ditukar kepada volley ball
kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau
lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia
menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan
kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.

Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di


Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913
dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang
Dunia Kedua, terutamanya oleh tenteratentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola
Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan
Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum
lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan
kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima
dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964. Di Malaysia, permainan
bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur
Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.

Anda mungkin juga menyukai