Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH

William G. Morgan telah memperkenalkan dan mempelopori permainana bola


tampar pada tahun 1895. Beliau merupakan seorang pengarah sukan YMCA (Young
Men’s Christian Association) di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Nama asal
permainan ini ialah ‘minonette’ dan kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh
Dr A. halstead pada tahun 1896. Sejak diperkenalkan, permainan bola tampar terus
menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang
pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916 oleh National Collegiate Athletic
Association (NCAA).

Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang telah berlaku dalam
permainan bola tampar adalah :

TAHUN PERUBAHAN TEKNIKAL DAN PERKEMBANGAN


1900 Sistem skor 21 poin diperkenalkan.
1912 Sistem ‘bergilir’ (rotation) diperkenalkan.
1916 Undang-undang permainan diterbitkan.
1917 Sistem skor 15 poin diamalkan.
1918 Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tinggi jaring
ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter.
1921 Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.
1923 Saiz gelanggang 9 m x 18 m dipiawaikan dan kekal sehingga masa
kini.
1947 IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal
permainan bola tampar.
1949 Kejohanan Bola Tampar Sedunia (untuk lelaki) buat kali pertama
diadakan di Prague.
1964 Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu
acara sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.
Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong
dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyak perlawanan persahabatan
dan pertunjukan telah diadakan di bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur
dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan Tionghua yang wujud pada
masa itu. Di Malaysia, permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar
Amatur Malaysia (MAVA – Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan
pada tahun 1959.

Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh
pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Permainan ini adalah agak unik jika dibandingkan dengan permainan bola yang
lain seperti bola keranjang, bola baling dan bola jaring. Cirri unik ini dapat dilihat dari
segi cara bola itu dimainkan oeleh pesertanya. Kemahiran menghantar bola yang
ditunjukkan oelh pemain-pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan bukan cara
natural yang biasa kelihatan dalam aktiviti yang menggunakan bola. Permulaan
permainan ini juga dillakukan dari luar gelanggang..

Anda mungkin juga menyukai