Anda di halaman 1dari 14

Nama: Che Siti Rabi’atul Adawiyah bt.

Che Zulkeflee

Kelas: 1 Bukhari

Sekolah: Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz

Nama Guru: Puan Nabilah bt. Manshor

Subjek: Pendidikan Jasmani (PJPK)

Tajuk: Sukan&Permainan Moden (Bola Tampar)


Isi kandungan
Pendahuluan

Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk membuat folio ini. Saya
telah diberi tugasan folio oleh guru PJPK saya, Puan Nabilah. Saya ditugaskan untuk memilih
sukan atau permainan moden dan membina folio tentang sukan tersebut.Di samping mebuat
folio ini, saya juga dapat mengetahui serba sedikit tentang sukan yang saya pilih iaitu bola
tampar. Saya juga memilih sukan ini kerana ia merupakan sukan yang menarik dan terkenal di
Malaysia. Dengan bermain bola tampar, kita boleh menguatkan otot di tangan kita kerana sukan
ini hanya menggunakan kekuatan tangan. Melalui tugasan ini, saya dapat menambah ilmu
pengetahuan saya tentang sukan yang saya tidak pernah main. Di sini, saya akan sertakan juga
tentang pengenalan dan cara bermain sukan bola tampar.

Sejarah Pengenalan Sukan

Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 – 1942)
pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts,
Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola keranjang
(bola), dan beliau menamakan permainan baru ini sebagai ”Mintonette”.

Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah cadangan
dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam persidangan. Pada
tahun 1952. Jawatan kuasa Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah
memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan, “Volleyball”.

Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball –


FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947. Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang
pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia
yang pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951.
Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan
Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik
yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki
manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita.

Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan
antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang
menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dariEropah, 34 dari
NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan,
telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.

Perkembangan bola tampar di Malaysia

Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China
telah melawatke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar
yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada ketika itu, perlawanan bola
tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina (Chinese Athletics Association) mengikut
negeri masing-masing.

Federation of Malaya Amateur Volleyball


Association (kini dikenali sebagai Persatuan Bola
Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai
1959 dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau
Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan kepada Majlis
Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar
antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball –
FIVB) pada tahun 1962.
MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan penaja 4
Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau
Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem 9 orang pemain sebelah masih
digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut
system antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama berlangsung di Singapura.
Acara wanita hanya diperkenalkan dalam tahun 1966.

Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan peringkat


antarabangsa telah dilancar dan di kelolakan dengan jayanya oleh MAVA. Antaranya adalah
seperti bola tampar mini bawah12 tahun, pertandingan bawah 15 tahun, bola tampar pantai,
liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan
Remaja Lelaki Sedunia.

Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua negeri di
Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan AngkatanTentera Malaysia, manakala
Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai ahli bersekutu. Bola Tampar Mini
diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960-an. Pada tahun 1990, permainan
bola tampar mini telah mula diperkenalkan di Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan
Kejohanan Bola Tampar Mini Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola Tampar Mini telah
diambil alih oleh MSSM. Kejohanan tersebut telah berlangsung bersama-sama
dengankejohanan bawah 18 tahun di Sintok (UUM), kedah.
Cara Bermain

 Pukulan servis

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di
gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain
bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu biasa digunakan.

 Servis bawah bahu

Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini
juga mengelakkan daripada faul servis.

 Servis atas bahu

Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk
memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.
 Pukulan menyangga

Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain
belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola
rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan.
Bahagian tangan yang sesuai untuk

menyangga ialah antara tangan hingga ke siku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan
kuasa hayunan menyangga dengan baik.

 Pukulan mengumpan

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini
bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat
apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa
melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan
mengekalkan kelajuan bola.
 Pukulan rejam

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman adalah
untuk mematikan servis di dalam gelanggang lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang
pihak lawan. Kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara
pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.

 Menghadang

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun
begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua
orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan
mencuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.
 Reli

Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadangkala sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan
sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini
dinamakan reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah
menarik jika berlaku banyak permainan reli.
Peraturan permainan bola tampar

Peraturan yang telah diubah suai membantu pemain pada semua peringkat yang sesuai dengan
kehendak mereka. Berikut antara peraturan yang telah dibuat bagi permainan bola tampar dan
diseragamkan pada semua peringkat. Antaranya:-

 Ukuran gelanggang

Permainan enam pemain dimainkan oleh dua pasukan, setiap satu pada petak gelanggang 9.1m
yang dibahagikan oleh jaring. Kebiasaannya, dalam permainan bola tampar belia, dua pasukan
tiga pemain bermain pada petak 4.6m. Penggunaan saiz gelanggang boleh diubah suai
bergantung kepada kehendak setiap pasukan tetapi mestilah sama saiz pada kedua-dua
bahagian. Berikut merupakan beberapa saiz gelanggang yang disarankan untuk permainan bola
tampar:-

Gelanggang 6m x 6m untuk empat lawan empat

Gelanggang 4.6m x 4.6m untuk tiga lawan tiga

Gelanggang 3.6m x 3.6m untuk dua lawan dua

Gelanggang 9.1m x 9.1m untuk enam lawan enam (biasa dalam setiap permainan)

 Penandaan gelanggang

Semua kawasan yang menandakan kawasan ialah 5cm lebar. Bola yang jatuh di atas garisan
adalah bola dalam, dalam permainan bola tampar. Jadi, semasa menandakan ukuran ukuran
gelanggang, ukur dari luar garisan. Pita plastik yang dibuat khas untuk gelanggang bola tampar
boleh didapati daripada kedai-kedai sukan dan syarikat-syarikat pengedar bola tampar.
Sekiranya pasukan menggunakan garis serangan, letakkan kira-kira 3m daripada jaring pada
setiap bahagian gelanggang.

 Ketinggian jaring

Jaring membahagikan gelanggang di tengah, dan ketinggian bergantung kepada kemahiran


mengikut peringkat yang berlainan sama ada kanak-kanak, belia dan sebagainya. Jaring yang
tinggi membuatkan pemain mengumpan dan memukul bola lebih tinggi dan lembut. Untuk
pemain-pemain baru, ini menghasilkan permainan yang lebih lambat dengan lebih voli dan
sentuhan kepada setiap permainan. Menggunakan jaring yang tinggi dalam latihan akan
memberikan pemain lebih masa untuk bergerak dan bertindak terhadap bola.Untuk permainan
belia, jaring diletakkan di antara 1.9m dan 2.4m, bergantung kepada ketinggian pemain yang
paling tinggi dan umur pemain-pemain. Ketinggian jaring yang sederhana dalam belia kanak-
kanak ialah 1.98m.

 Bola

Bola tampar saiz lima adalah yang paling biasa untuk semua peringkat bola tampar, daripada
kanak-kanak kepada remaja dan seterusnya dewasa. Untuk umur yang rendah dan pemain
dewasa yang baru, USVBA mencadangkan bola yang lebih ringan dengan impak yang lebih
rendah. Berikut adalah saiz bola yang sesuai bagi setiap peringkat umur.

Peralatan pemain

Peralatan individu pemain adalah kurang mahal dan mudah diperolehi. Berikut adalah senarai
yang diperlukan bagi menjamin keselamatan pemain semasa bermain:-

Pakaian seragam - Pakaian seragam boleh daripada seluar pendek dan kemeja-T atau kemeja
lengan panjang. Sebilangan pemain suka berlengan panjang kerana dapat melindungi serta
mengurangkan kesakitan apabila mengambil bola pada lengan. Pakaian seragam selalunya
diperlukan untuk pasukan sekolah atau kelab-kelab yang diberikan secara percuma atau dengan
diskaun.

Kasut – kasut bola tampar atau gelanggang sudah memadai. Kasut untuk berlari tidak sesuai
kerana ia tidak memberikan sokongan yang lateral. Kasut bola tampar mestilah selesa dan
dipakai sebentar sebelum dipakai untuk aktiviti yang lasak. Kasut yang baik menyokong
lengkungan dan mengalas tumit dan jari.

Pad lutut – pad lutut ada dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kebanyakan diperbuat daripada busa
atau getah yang dibalut dengan bahan elastic yang lembut. Pad patut muat dan selesa untuk
masa yang lama. Oleh kerana pad direka untuk melindungi lutut, pad lutut ini membuatkan
sentuhan atas lantai lebih mudah kepada atlet muda. Sekiranya kedai tempatan tidak menjual
pad lutut, pemesanan melalui majalah atau catalog adalah amat mudah.

Permainan bola tampar

Bola tampar belia dimainkan dengan tiga pemain pada satu bahagian dan sekurang-
kurangnya dua pengganti. Pemain-pemain yang tidak memulakan permainan akan bermain
sama banyak dengan pemain yang memulakan permainan, kerana setiap orang berputar ke
dalam dan keluar dalam permainan dan tiada pemain yang khusus pada satu kedudukan.
Penggantian adalah tidakterbatas, dan setiap pemain yang memasuki perlawanan, bermain
melalui tiga putaran sebelum berhenti berehat. Apabila menjalankan permainan empat lawan
empat atau enam lawan enam, terdapat had dalam penggantian dan beberapa kali pemain-
pemain boleh memasuki perlawanan itu. Dalam permainan bola tampar belia, tiga pemain atas
gelanggang menempatkan kedudukan mereka supaya seorang pemain berada di bahagian
depan separuh gelanggang (gelanggang hadapan) dan dua pemain lain berdiri di belakang
(gelanggang belakang). Dalam bola tampar enam orang, pemain ditempatkan agak sama, untuk
melindungi kawasan gelanggang hadapandan belakang.
Perlawanan bermula dengan satu pasukan menservis bola di atas jaringke pasukan
lawan. Pasukan lawan cuba menerima servis itu denganmenggunakan hantaran lengan hadapan
atau langkah sangga mencungkilkepada pengumpan (sentuhan pertama), yang mengumpan
kepada penyerang(sentuhan kedua), yang cuba memukul bola ke dalam gelanggang
lawan(sentuhan ketiga). Walaupun tidak salah untuk memukul bola melepasi jaringpada
sentuhan pertama atau kedua, pemain-pemain tahu bahawa mengawakkombinasi tiga pukulan
itu membenarkan pasukan mereka mengumpan bola keatas untuk serangan yang lebih afektif.
Selepas servis, pemain-pemain bolehbergerak ke mana-mana kedudukan yang disukai. Selepas
servis, permainanditeruskan sehingga bola terkena lantai atau pemain dari mana-mana
pasukanmembuat kesalahan (contohnya, memukul bola ke luar garisan atau ke jaring).Pemain
berputar satu kedudukan (arah jam) apabila pasukan merekamemperoleh servis untuk kali
pertama dalam perlawanan).Dalam perlawanan enam pemain yang biasa, pemain-pemain
yangbermula dari gelanggang belakang tidak dibenarkan untuk mengadang ataumenyerang di
hadapan garis serangan. Peraturan gelanggang belakang ini tidakdigunakan dalam bola tampar
belia.Dalam bola tampar belia, pengganti memasuki perlawanan selepaspemain atas
gelanggang telah melalui setiap kedudukan, sekali. Selepas setiapperlawanan, pasukan boleh
mengambil masa keluar selama 30 saat dalamperlawanan untuk membincangkan strategi atau
membuat pertukaran.

Pencabulan

Bergantung kepada sistem skor yang digunakan, pasukan yang melakukan salah satu daripada
kesalahan-kesalahan berikut akan didenda satu mata atau diketepikan (servis diberikan
kepada pasukan lawan). Pengadil memula serta memberhentikan perlawanan membuat
keputusan terakhir atassemua peraturan permainan.

 Bola terkena lantai


 Bola dipegang, dibawa, dibaling, diangkat atau ditolak secara tidaksah
 Pemain menyentuh jarring
 Kaki pemain melepasi garis tengah ke dalam gelanggang lawan. Sekiranya sebarang
bahagian badan pemain di atas paraspinggang, menyentuh gelanggang pasukan lawan,
itu juga satu kesalahan.
 Pemain yang menyentuh bola dua kali berturutan (pengecualian –apabila melakukan
adangan, pemain boleh mengadang dankemudian menyentuh bola semula sebelum ahli
pasukan yang lainmenyentuhnya).
 Pasukan menyentuh bola lebih daripada tiga kali berturutan (kecuali semasa
mengadang; lihat poin sebelumnya)
 Bola jatuh diluar gelanggang atau menyentuh objek di luar gelanggang.
 Pemain memijak garisan semasa membuat servis.
 Pemain menyerang atau mengadang bola apabila bola beradasepenuhnya dalam
gelanggang lawan sebelum bola disentuh olehpasukan penyerang. Sekiranya sebarang
bahagian bola melepasi jaring, pasukan lawan boleh menyentuhnya.

Anda mungkin juga menyukai